5 Ogo 2011

Kerakyatan Sedang Digadai, PAS Selangor Buat Laporan Polis

Lebih 1,000 PR didakwa jadi warga, PAS S'gor lapor polis

PAS Selangor hari ini membuat laporan polis ekoran dakwaan pertukaran rekod lebih 1,000 penduduk tetap (PR) menjadi warganegara dalam masa satu hari sahaja.

Setiausaha jabatan pilihan raya PAS negeri Mohamad Asri Sapar berkata, selepas memfailkan bantahan rasmi dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 2 Ogos, maklumat di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bertukar keesokan harinya.

Katanya, berdasarkan maklumat yang diterimanya, beliau terkejut kerana rekod 1,108 penama itu bertukar menjadi warganegara.

"Saya khuatiri ada pihak-pihak tertentu sedang berusaha untuk memasukkan bukan warganegara sebagai pengundi," laporan polisnya itu dipetik.

Beliau ditemani Setiausaha PAS Selangor Khairuddin Othman ketika membuat laporan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Shah Alam petang ini.

Dalam aduannya, Mohamad Asri, 37, berkata beliau khuatir terdapat unsur subahat di kalangan SPR dan JPN untuk menjayakan "usaha haram" itu.

"Adalah amat membimbangkan sekali bahawa usaha haram ini bukan sahaja akan menjejaskan proses pilihan raya di negara ini malah turut menjejaskan integriti kad pengenalan serta kepentingan dan keselamatan negara," katanya.

Mohamad Asri juga menyerahkan senarai 1,108 nama terlibat untuk membantu siasatan pihak polis. -mk


PAS tangkap pengedar MyKad kepada warga asing

"Kita sudah buat laporan polis tapi masih belum ada tindakan yang diambil dan kita tidak tahu kes ini disiasat atau tidak."

SHAH ALAM: PAS Selangor mengesan sindiket pemberian kad pengenalan kepada warga asing yang didakwa didalangi rakyat tempatan berlaku di DUN Paya Jaras, Subang dekat sini.

Setiausaha PAS Selangor Khairuddin Othman berkata, PAS mengesan pada Februari lalu apabila tangkapan dibuat di sebuah rumah.

Beliau juga kesal ekoran laporan hasil siasatan berhubung sindiket pemberian kad pengenalan kepada warga asing masih belum mendapat perhatian pihak polis.

“Peliknya kad pengenalan itu boleh dibaca ‘card reader’ tetapi semakan di dalam talian Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menunjukkan mereka sebagai penduduk tetap (PR)

“Kami menangkap seorang penduduk luar Selangor yang ditemui sedang mengedarkan kad pengenalan dan borang kepada sekumpulan warga Indonesia dalam sebuah rumah pada tengah malam.

“Satu kes lagi melibatkan seorang individu dari Johor yang mengedarkan kad pengenalan kepada warga Kemboja.

Kerakyatan sedang digadai

“Kita sudah buat laporan polis tapi masih belum ada tindakan yang diambil dan kita tidak tahu kes ini disiasat atau tidak,” katanya.

Dalam pada itu Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad perkara itu tidak boleh dipandang ringan kerana melibatkan keselamatan negara serta menimbulkan kebimbangan di kalangan rakyat Malaysia.

Ujar Khalid kes tersebut juga seperti kes yang berlaku di Sabah ketika Barisan Nasional berjaya menguasai negeri itu.

“Jika kerakyatan sedang digadai untuk kemenangan BN, ini satu pengkhianatan yang sangat teruk.

“Bagi negara demokrasi, orang yang melakukan kerja ini boleh dihukum dengan hukuman berat,” katanya. -FMT



6 ulasan:

sisla berkata...

emmm rasenye mmg hancur malaysia lme2 di sbbkn nk rebut kuasa dptkn habuan gadai segalanya...sume dh xleh caya rasenye..nk rujuk kat polis pn bleh caya ke polis2 ni klu dlm bab2 umngok y suap diowg mkn? kurang ajar btol hisyamudin y kasi kerakyatan tu.... stress tau rakyat mcm ni... najib ni sme ngn firaun btol la kurang di ajar btol.....

Tanpa Nama berkata...

Bagaikan mencurah air di daun keladi. Kalau begini sikapnya SPR , JPN dan Polis, tak mustahil satu hari nanti kemarahan rakyat tidak lagi dapat dibendung dan berlakunya revolusi seperti di Mesir, Tunisia, Syria, Lubnan, Yaman dan sebagainya.

Tanpa Nama berkata...

repot polis? tuihhh ! kalu le gtak sirik gi bomoh je..tukar jebon2 ni jd babi.

Tanpa Nama berkata...

Satelah buat laporan polis,terus heret JPN,SPR dan Hishammudin kemahkamah atas tuduhan "treason" dan mengancam keselamatan negara.

waksab berkata...

Program 6P yang sedang rancak dilakukan kini rupa-rupanya ada udang sebalik mee.Mengesan PATI yagn tiada passport hanya retorik sahaja.Mereka bertujuan memberikan taraf kewarganegaraan kepada PATI yang masuk secara haram dan jgn hairan nanti dlm UMNOPORN akan ada menteri asal Indon atau Bangla...Negara menuju kehancuran di bawah UMNOPON..

http://waksab.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

Senang betul diaorang tu dapat kewarganegaraan. Saya juga pemegang PR tetapi telah bersekolah tadika hingga ke kolej di Malaysia, bila nak memohon kewargenagaraan sewaktu saya berumur 21 tahun dahulu, semua ujian di jpn lulus baik ujian temuduga dan tulisan tetapi permohonan freeze selama 10 tahun, selepas tu baru di panggil untuk ujian di KDN, tetapi permohonan gagal.

Tapi diaorang ni dalam 24 jam sahaja boleh dapat kewarganegaraan, entahlah, i am speechless.