12 Ogo 2011

"Abang Pegang-pegang Manja Saja...."

Georgetown - Baru bertunang, tetapi si lelaki sudah pandai melepaskan penat lelahnya dengan melelapkan mata apabila tidur di atas bahu pasangannya.

Pengakuan itu dibuat sendiri oleh gadis berkenaan ketika sedang diperiksa penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp) di Jalan Bayan Mutiara berhampiran Jeti Pantai Jerejak.

Pemeriksaan pada kira-kira jam 12 tengah malam itu mendapati kereta pasangan berkenaan diletakkan berhampiran dengan deretan kedai makan, namun agak tersorok di tempat gelap.

Ketika melalui jalan berkenaan, penguat kuasa Jaipp mendapati kedua-duanya yang belum berkahwin berada dalam keadaan mencurigakan dengan berdua-duaan di dalam kereta.

Selepas diminta keluar daripada kereta, kedua-duanya masih berpakaian lengkap, namun berada dalam keadaan seolah-olah selepas bangun tidur.

Gadis berkenaan yang baru sahaja berusia 22 tahun mengaku tunangnya tidur di atas bahunya sahaja, namun tidak melakukan perbuatan lain.

Penguat kuasa Jaipp kemudiannya bertanya lagi supaya dia tidak bercakap bohong dan menyebabkan kenyataannya berbeza dengan si lelaki.

“Dia tidur saja atas bahu saya sebab dia penat, kalau pegang pun, pegang-pegang manja sajalah, tidak lebih daripada itu cik,”
katanya membuat pengakuan.

Seorang penguat kuasa bertanya sama ada keluarganya tahu dia keluar sehingga lewat malam bersama tunangnya, namun kata gadis itu, ibunya tahu.

Dalam pada itu ditanya adakah ibunya tahu dia tidur di situ hingga lewat malam, gadis yang memakai baju T berwarna merah dan seluar jean itu kemudiannya menggelengkan kepala tanda ibunya tidak tahu yang dia keluar dari rumah sehingga tidur di dalam kereta.

Penguat kuasa Jaipp juga memeriksa keadaan dalam kereta dan tidak menjumpai sebarang barang mencurigakan melainkan hanya kerusi pemandu dan juga penumpang di bahagian depan yang diturunkan ke belakang.

Ketua Operasi dan Penguatkuasa Jaipp, Khairul Azman Azizan berkata, pasangan berkenaan kemudiannya diberikan notis mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang atas kesalahan berkelakuan tidak sopan di tempat awam.

Menurutnya, jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda sebanyak RM1,000 atau penjara enam bulan.

Hadir sama dalam operasi Ops Santai itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa Jaipp, Jaafar Ismail termasuk 14 penguat kuasa. -SH

4 ulasan:

hyhhh berkata...

semakin teruk la remaja dekarang nie..

Jom terjah sini:
Antara Sebab Malaysia Kalah Degan Singapore

Awan Network berkata...

Yang manja2 tue la yang bahayanya..

Entri Terhangat!! :
Video Kenakan Kawan..LAWAK GILER!!
Preview - Libas

Tanpa Nama berkata...

Ada kalanya ibu bapa terlibat dengan hal maksiat ni.Baru bertunang sudah benarkan bakal menantu keluar masuk rumah cara bebas,seolah-olah depa dah jadi suami isteri yang sah.Yang parah lagi,belum apa-apa lagi teman wanita/teman lelaki juga sudah bebas dalam rumah hidup macam suami isteri.Ibu bapa jadi tunggul,tak tau nak buat apa.

Tanpa Nama berkata...

Percayalah kalau kita sifatkan teman anak kita sbg anak kita sendiri, treat dia sbg anak sendiri, nasihat, tegur, marah, sayang, beri tanggung jawab, sindir, buntang mata, rotan, insyaAllah x tergamak mereka buat serong... Coz bila syaitan menghasut dia teringat yang dia ada emak ayah yg juga mak ayah teman dia jugak...lebih baik mereka jumpa di rumah depan mata kita drp dating di luar kita x nampak apa mereka buat... At least bila syaitan menghasut kita ada depan mereka...tapi kalau x jaga batas buat ibu bapa mcm tunggul...itu kes lain...