12 Jul 2011

UMNO Masih Kuno Tabur Fitnah Kepada Rakyat

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak masih menggunakan cara lama hanya untuk mengaburi mata rakyat Malaysia yang tinggal di kampung- kampung tanpa menyedari beliau hakikatnya memalukan diri sendiri ke seantero dunia.

Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, meskipun mengetahui akan keganasan yang dilakukan polis pada perhimpunan Bersih 2.0 di Kuala Lumpur Sabtu lalu sehingga mengakibatkan kecederaan dan seorang meninggal dunia, namun masih berkeras menidakkan hal itu demi memastikan mereka yang tiada akses kepada media baru terus memihak kepada kerajaan.

Namun malang sekali, taktik Najib itu kata Khalid, tidak terpakai kepada masyarakat metropolitan yang jauh lebih ke depan sehingga menyebabkan reputasi Najib terus merudum.

"Dia ingat dia masih boleh gunakan taktik lama untuk menipu rakyat tapi rakyat sudah tahu. Hari ini berlaku, hari ini juga keluar berita di Youtube, Facebook, Malaysiakini, TV Selangor dan semua media alternatif apa sebenarnya yang berlaku .

"Dia tak sedar dia kini dalam penafian dan hidup dalam satu zaman yang sudah berlalu samalah dengan zaman BN, zaman media dikuasai,dimonopoli oleh kerajaan pun sudah berakhir. Sekarang ini dengan Twitter, Facebook, rakyat boleh dapat maklumat.Ini yang akan membuat kejatuhan mereka," kata Khalid kepada Tv Selangor.

Khalid antara puluhan yang turut mengalami kecederaan di kepala akibat tindakan ganas polis menembak gas pemedih mata secara semberono pada Sabtu lalu.

Dalam insiden yang berlaku di Stesen Sentral Kuala Lumpur, Ketua Pembangkang dan pengawal peribadi beliau turut dikejarkan ke hospital.

Manakala seorang ahli PAS disahkan meninggal dunia sebaik sahaja tiba di Hsopital Kuala Lumpur selepas pengsan di perkarangan KLCC akibat lari menyelamatkan diri dari serangan polis.

“Dia cukup tahu apa yang berlaku. Hakikatnya dia nak menafikan apa sebenarnya yang berlaku dan memberi gambaran kepada rakyat Malaysia yang tidak mendapat berita daripada sumber alternatif seolah-olah semua yang hendak dilakukan oleh Bersih gagal, nak dapatkan orang ramai pun tak ramai hanya 6 ribu orang... selepas itu polis layan dengan baik macam kenduri kahwin dan sebagainya. Ini semua boleh dikatakan sebagai penafian tapi hakikatnya semua orang tahu apa yang sebenarnya yang berlaku,"kata Khalid.

Tambah beliau, tindakan polis menyembur air kimia dan melepaskan ledakan gas pemedih mata secara membabi buta jelas membuktikan keganasan polis ketika menjalankan tugas.

“Keganasan itu memang berlaku kerana bila disembur dengan air kimia, ditembak dengan gas pemedih mata dan sebagainya itu semua adalah keganasan. Kalau dia tak percaya, waktu dia masuk ke pejabat, kita minta FRU sembur, nak tengok ganas tak ganasnya bila ditembak dengan gas dan sebagainya," selar Khalid kepada kenyataan sinis Najib yang memperlekehkan kecederaaan yang dialami termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jelas Khalid, penipuan yang dilakukan oleh Najib adalah kaedah lama Umno-Barisan Nasional bagi menutup kelemahan kerajaan dan cuba memikat hati rakyat yang kurang berpengetahuan, sedangkan bagi orang ramai yang terdedah dengan teknologi terkini, fakta itu hanya di hujung jari mereka.

Oleh itu, beliau menggesa kerajaan pusat supaya berani dan bersedia memberi peluang kepada pihak pembangkang mengadakan himpunan secara sah dan berpermit bagi mendengar suara rakyat.

“Saya sebenarnya mengharapkan bahawa kerajaan ini akan mempunyai keberanian untuk membenarkan sekali saja satu himpunan diadakan secara halal, berpermit anjuran pihak yang selain daripda kerajaan dan Barisan Nasional. Buat satu himpunan dan kita tengok bagaimana sokongan rakyat terhadap program-program yang bukan daripada Barisan Nasional," katanya. -tvsnews



Ulasan GB

Apa yang YB Shah Alam nyatakan itu bertepatan dengan apa yang telah GB ulas sebelum ini. GB menyatakan hal yang sama di SINI. Petikan:

Pemerintahan kuno rejim Najib bersama polis yang lebih kuno menganggap rakyat bodoh wajar ditentang habis-habisan.

Mengapa GB katakan mereka kuno?

Kerana mereka masih mahu mengekalkan kuasa dengan cara kekerasan, dengan cara ugutan, dengan cara memanipulasi SPR, dengan cara penipuan, dengan cara tekanan, dengan cara tangkapan, dengan cara yang jijik seperti mewujudkan kisah-kisah dongeng seperti terjumpanya parang dan bom molotov coktail untuk memburukkan BERSIH, malah tanpa segan silu menggunakan mimbar jumaat cuba mempengaruhi rakyat untuk membenci BERSIH.

Kita merasa hairan di zaman era internet ini, di zaman digital ini, mentaliti pemimpin negara dan polis masih terjajah dengan pemikiran lapuk sedemikian sedangkan rakyat sedunia sudah mara ke depan menghormati kebebasan rakyat berhimpun dan bersuara.

Didokong pula oleh media massa yang juga bermentaliti kuno sama seperti menteri-menteri kabinet Malaysia yang diterajui UMNO BN.

Tidak hairan di satu ketika baru-baru ini, pemimpin Papua New Guinea menyifat negaranya saling tak banyak beza dengan Malaysia!


4 ulasan:

naz berkata...

kalau caya cakap umno/bn...maka akan akan jadi bodoh sampai ke tua......

dantrat berkata...

rakyat pliz ambik masa dan fikir baik buruk sokong najib..

TERBAIK SAAT INI!!:
JOM UNDI BLOG PILIHAN ANDA!!!
BAND MUZIK TERHANGAT MASA KINI!!

waksab berkata...

Keganasan yang mereka lakukan walaupun dinafikan,Allah akan bayar tunai di dunia lagi...

http://waksab.blogspot.com/2011/07/keganansan-umnoapcoallah-bayar-serta.html

Tanpa Nama berkata...

Tuhan tidak akan merubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri yang merubahnya. Generasi muda mari UBAH, ini adalah masa depan anda!!!!!