11 Jul 2011

Polis Punca Himpunan Bersih Bertukar Kecoh - Khalid Ibrahim

Polis di-Raja Malaysia (PDRM) diingatkan supaya tidak menggunakan sebarang bentuk kekerasan dan bertindak ganas bagi meleraikan sebuah demonstrasi aman seperti yang berlaku kelmarin.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebaliknya berkata, polis seharusnya menggunakan budi bicara dan memainkan peranan penting dalam mengawal keadaan supaya perhimpunan yang diadakan berjalan dengan aman tanpa sebarang provokasi memandangkan para demonstran tidak bersenjata mahupun mendatangkan bahaya.

Justeru Khalid mempersoalkan mengapa PDRM tidak berupaya mengawal sesebuah perhimpunan supaya ia berlangsung dengan aman sama seperti di negara maju lain yang turut mengamalkan sistem demokrasi.

"Perhimpunan Bersih hari ini (semalam) sepatutnya berjalan dengan aman tanpa sebarang insiden tetapi kerana keegoaan polis yang bertindak melampaui batas telah menyebabkan perhimpunan ini berlaku sebaliknya.

"Ramai orang awam termasuk pemimpin parti politik yang mahukan keadilan dalam sistem pilihan raya di negara ini, telah cedera dan dirawat di hospital," ujar Khalid dalam satu kenyataan media.

Khalid seterusnya meminta pihak berkuasa supaya membebaskan individu yang ditangkap dengan segera.

Ini kerana katanya, para peserta demonstrasi hanya melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat dalam sebuah negara demokrasi di mana rakyat bebas bersuara dan berhimpun seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Jelasnya lagi, ancaman dan kekerasan oleh pihak polis tidak akan menguntungkan mana-mana pihak.

Beliau juga turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Baharuddin Ahmad yang meninggal dunia sewaktu perhimpunan aman tersebut berlangsung. -tvsnews






5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

polis bertindak seolah2 negara dalam keadaan darurat.

Tanpa Nama berkata...

Malaysia Negara Polis, buktinya pelabur hanya berminat melabur negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.

syritc berkata...

sokong sangat3..depa yg dok buat kecoh kata kita plak..

TERBAIK SAAT INI!!:
MODEL TERBARU KERETA VIOS!!
PELACUR MELACUR DALAM RIMAH TERES!!

Tanpa Nama berkata...

BN kata tak dapat sambutan, buat lagi himpunan BERSIH 2 pada hari jumaat pula...

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan BN yang perintah malaysia dan perintah poli serta SPR