8 Jul 2011

Himpunan BERSIH 2.0 Serentak Di 24 Bandaraya Dunia Esok!

Dengan pihak berkuasa meningkatkan tekanan menjelang perhimpunan di Stadium Merdeka esok, BERSIH 2.0 Global meminta rakyat Malaysia di seluruh dunia supaya turut berhimpun padaazlan masa yang sama, sebagai tanda sokongan kepada pilihan raya yang bebas dan adil.

Dalam kenyataannya, BERSIH 2.0 Global, menggesa supaya perhimpunan diadakan serentak di 24 bandaraya di 15 negara di Eropah, Asia Timur, Australasia dan Amerika.

"Di mana pun berada, kita hendaklah memakai baju-T kuning serta membawa sepanduk, belon dan plakad kuning bersama slogan menyokong pilihanraya yang bersih dan adil di Malaysia," kata wakil gerakan global itu.

"Kami bersuara kerana kita hidup di negara demokrasi yang terbuka di mana kebebasan bersuara dan berhimpun secara aman dan hak untuk mengadakan demonstrasi adalah satu norma dan bukannya pengecualian.

"Seperti kes perhimpunan di Kuala Lumpur, kami berhasrat untuk berhimpun secara aman dan bermaruah, serta kita akan berbuat demikian tanpa takut dengan meriam air, gas pemedih mata, intimidasi polis, atau tangkapan sewenang-wenangnya kerana berpakaian kuning.

"Kami, rakyat biasa Malaysia di seluruh dunia, menyokong BERSIH 2.0 kerana kita boleh dan kerana kita sepatutnya (berbuat demikian)."

Rangkaian Perpaduan Global BERSIH 2.9 menegaskan bahawa kini menjadi tanggungjawab Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk "memenuhi tugas dan tanggungjawabnya" dengan mengakui "kehendak rakyat" dan untuk membenarkan perhimpunan tersebut diteruskan secara aman. -mk

Ulasan GB

Pemerintahan kuno rejim Najib bersama polis yang lebih kuno menganggap rakyat bodoh wajar ditentang habis-habisan.

Mengapa GB katakan mereka kuno?

Kerana mereka masih mahu mengekalkan kuasa dengan cara kekerasan, dengan cara ugutan, dengan cara memanipulasi SPR, dengan cara penipuan, dengan cara tekanan, dengan cara tangkapan, dengan cara yang jijik seperti mewujudkan kisah-kisah dongeng seperti terjumpanya parang dan bom molotov coktail untuk memburukkan BERSIH, malah tanpa segan silu menggunakan mimbar jumaat cuba mempengaruhi rakyat untuk membenci BERSIH.

Kita merasa hairan di zaman era internet ini, di zaman digital ini, mentaliti pemimpin negara dan polis masih terjajah dengan pemikiran lapuk sedemikian sedangkan rakyat sedunia sudah mara ke depan menghormati kebebasan rakyat berhimpun dan bersuara.

Didokong pula oleh media massa yang juga bermentaliti kuno sama seperti menteri-menteri kabinet Malaysia yang diterajui UMNO BN.

Tidak hairan di satu ketika baru-baru ini, pemimpin Papua New Guinea menyifat negaranya saling tak banyak beza dengan Malaysia!


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

he..heee bodoh rupanya umno ni..org cerdik tak akan ikut org bodoh, bodoh sama bodoh aje boleh gang

Bukan Anonymous berkata...

hebat noh aura BERSIH 2.0..sampai jalan2 raya licin BERSIH..hehe

TERKINI!!:
58 JALAN DI SEKITAR KL DITUTUP!!
SEKATAN DI SELANGOR BERMULA!!