30 Jul 2011

Buang Bayi Menjadi-jadi - Apakah Penyelesaiannya?

Bayi kena tinggal di gerai makan

ALOR SETAR - Sepasang suami isteri tidak menyangka niat murni mereka membantu seorang gadis yang meminta menjaga bayinya dengan alasan ingin ke tandas, menyebabkan mereka terpaksa menunggu selama satu jam di kawasan Terminal Bas Shahab Perdana, namun gadis itu terus menghilangkan diri.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam kelmarin, pasangan suami isteri yang singgah menjamu selera di sebuah gerai makanan berhampiran terminal, dihampiri seorang gadis yang sedang mendukung seorang bayi.

Gadis berkenaan meminta wanita menjaga bayinya kerana dia ingin pergi ke tandas, bagaimanapun setelah sejam berlalu, kelibat gadis itu tidak kelihatan.

Bimbang dengan keadaan itu, pasangan suami isteri terbabit bergegas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar untuk membuat laporan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Adzaman Mohd Jan ketika dihubungi Sinar Harian, semalam, mengesahkan menerima laporan daripada pasangan suami isteri terbabit kira-kira jam 12.30 malam kelmarin.

“Bayi itu berada dalam keadaan sihat dan sudah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk pemeriksaan lanjut serta akan dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berhubung proses penjagaan.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Pengarah HSB, Datuk Dr Juita Ghazalie ketika dihubungi berkata, bayi seberat 1.58 kilogram itu kini ditempatkan di dalam inkubator dan berada di dalam keadaan stabil.

“Sewaktu dibawa ke HSB, tiada kesan kecederaan pada tubuh bayi terbabit bagaimanapun bayi itu memerlukan pengawasan rapi memandangkan kelahirannya tidak matang.

“Bayi itu akan diletakkan di bawah pengawasan hospital sehingga beratnya mencecah 1.8 kg,” katanya. -SH


Mayat bayi di tepi lebuh raya

SEREMBAN – Seorang penunggang motosikal yang dalam perjalanan dari Muar, Johor ke Kuala Lumpur terkejut apabila menjumpai mayat seorang bayi lelaki semasa sedang berhenti rehat di bawah sebuah jejambat di Kilometer 282.4 Lebuh Raya Utara - Selatan, berhampiran susur masuk Nilai, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, Azmi Talib, 44, bersama rakannya berhenti di tepi lebuh raya itu sebelum terlihat sebuah beg tangan wanita berwarna hitam di bawah jejambat berkenaan.

Disebabkan rasa curiga, Azmi berkata, dia kemudian mendapatkan beg berkenaan sebelum membukanya.

“Sebaik membuka beg tersebut, saya terlihat satu objek yang dibalut dengan tuala putih.

“Saya cuba memegang objek berkenaan tetapi terasa sesuatu yang lembik. Namun, saya terperanjat apabila melihat kaki bayi terkeluar di hujung tuala berkenaan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di lokasi penemuan mayat bayi berkenaan, semalam.

Panik dengan penemuan itu, Azmi berkata, dia pergi ke tepi lebuh raya dan menahan sebuah kereta peronda Plus yang kebetulan berdekatan dengan lokasi kejadian.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Mohd. Yusoff Awang berkata, buat masa ini, polis belum mempunyai sebarang maklumat lengkap berhubung penemuan itu termasuk punca kematian bayi berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, bayi berkenaan dipercayai berbangas Melayu dan baru saja dilahirkan kerana masih terdapat tali pusat.

“Kita juga menjumpai satu bungkusan plastik yang mengandungi uri tidak jauh dari lokasi mayat bayi berkenaan dijumpai,” katanya.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

Berikutan itu, katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung ke jadian itu diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran. -SH


Ulasan GB

Apabila sistem hidup lebih menjurus kepada henodisme, maka perzinaan yang akhirnya mengakibatkan lahirnya bayi pada pasangan yang tidak mempunyai ikatan pernikahan.

Jalan mudah yang diambil ialah membuang bayi tersebut.

Semua pihak berkewajipan memandang isu ini sebagai isu yang serius. Dan tiada jalan lain selain dari mengembalikan sistem kehidupan kepada fitrahnya - Islam.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sian baby,, diorang tak salah pun

Si S*xy Kembali Beraksi(18sx)+[mak bapak pun tak boleh tengok]

Iklan2 Kondom Yang Kreatif (7Pic)

Tanpa Nama berkata...

Allah yang menjadikan manusia, Nabi dan Rasul diutuskan, Quran diberikan dan sunnah/hadis ditinggalkan. Semuanya itu untuk mendidik, memberi peringat dan pangajaran serta panduan bagi manusia, masalahnya manusia sendiri menolak, mengenepikan dan meninggalkan. Mencari ajaran lain untuk dijadikan panduan hidup, maka akan sesatlah didunia dan akhirat lebih malang akan tinggal dalam neraka selama-lamanya,

Disinilah perlunya bimbingan dan penguatkuasaan peraturan atau undang-undang, pemerintah atau kerajaan sangat berperanan dalam hal ini ini.

Kerajaan yang tidak berpandukan hukum quran adalah golongan zalim dan sesat. Maka Allah tidak akan memberikan perlindungan kepada pemerentah zalim, malahan Allah akan menurunkan bala. Wahai pemimpin umno setelah hampir 54 tahun kamu memeretah telah banyak membuat kerosakkan dimuka bumi Malaysia ini. Sekara terima lah kesannya. APA YANG DISEMAI, ITULAH HASIL YANG DITUAI.

Pejuang Rakyat berkata...

Nyahkan umno dan bn pada pilihan raya ini. Insya Allah segala gejala yang berlaku di Malaysia akan dihentikan. Syarat utama undilah Pakatan Rakyat Insya Allah anda akan selamat dan terpelihara. Tetapi jika bn terus menang, ingatlah mereka yang mengundi bn akan juga terpalit dengan dosa dan bertanggungjawab atas apa yang berlaku.. Ada akal gunakanlah sebaiknya. Kecuali mereka yang hatinya telah mati. UNDI PR Insya Allah selamat