28 Jul 2011

Ambiga-Wan Ahmad Bertemu Lagi Esok Dalam Forum Di PJ

Ambiga-Wan Ahmad bersemuka lagi Jumaat ini

Pengerusi BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga dan timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar akan bersemuka sekali lagi Jumaat ini untuk berhujah sama ada sistem pilihan raya Malaysia perlukan pembaharuan.

Kedua-dua mereka telah mengesahkan kehadiran masing-masing di forum "undang-undang pilihan raya, SPR & reformasi pilihan raya" anjuran Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham) di Dream Centre di Seksyen 13, Petaling Jaya.

Ahli jawatankuasa Proham, Datuk Dennison Jayasooria memberitahu Malaysiakini bahawa kedua-duanya telah memaklumkan kepada beliau mengenai kehadiran mereka di forum tersebut.

"Bagaimanapun, kita akan memfokuskan kepada topik yang berlainan daripada ceramah semalam,' katanya.

Ambiga dan Wan Ahmad bertembung dalam ceramah di Shah Alam semalam anjuran Kumpulan Karangkraf, kumpulan media yang menerbitkan akhbar harian bahasa Melayu, Sinar Harian dan kumpulan majalah popular.

Bagaimanapun, Jayasooria berkata, hadirin di ceramah Jumaat ini adalah "berbeza sama sekali" dan ahli panelnya termasuk peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah dari Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Asean. Moderatornya ialah Tan Sri Ramon Navaratnam dari Proham. -mk

Ulasan GB

Takut bebenar Wan Ahmad sekarang ini dengar akan kena tangkap dan dipenjara jika PR memerintah, sehingga menyebabkan beliau ambil keputusan penuhi semua jemputan forum supaya dilihat SPR itu "bersih".

Sekurang-kurangnya itulah tanggapan rakyat kini - kerana kehadiran beliau di dalam forum seperti yang berlansung baru-baru ini anjuran Karangkraf sebenarnya tidak membawa apa-apa signifika di dalam hujjah-hujjahnya kecuali menunjukkan bahawa "SPR hanyalah sekadar budak kerani kepada UMNO BN". Ia diakui oleh Wan Ahmad yang menyatakan hanya Putrajaya ada kuasa memenuhi tuntutan Bersih.

Jika demikian halnya seperti yang GB ulas sebelum ini, sahihlah SPR itu hanyalah kuda tunggangan UMNO BN!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dalam forum pertama Tim.Pengerusi SPR ni sudah pun nyatakan akan pendirian SPR.Kononnya SPR tak ada kuasa nak buat apa-apa,cuma terima gaji buta aje.Buat 100 kali forum pun jawapan dia macam itu jugak,buang masa je.Apa nak dicakapkan kepada sebuah ajensi yang jadi cawangan UMNO.Masa untuk bercakap,berforum dan berbincang sudah tiada.Sekarang masa untuk "action".