4 Jun 2011

[Video] Mat Sabu Iltizam PRU13 Berlansung Secara Adil, Telus, Amanah Dan Bersih

Timbalan Presiden baru PAS Mohamad Sabu memberi komitmen untuk bekerjasama dengan semua peringkat kepimpinan parti termasuk Dewan Ulama disamping terus memperjuangkan dasar-dasar parti.

"Saya tak akan buat secara (keputusan) berseorangan. Saya juga takkan buat sebarang perubahan dasar dan hala tuju," katanya kepada Media selepas diumumkan memenangi Persaingan 3 Penjuru Pemilihan Timbalan Presiden PAS hari ini.

Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu mendapat 420 undi menewaskan penyandang Nasharuddin Mat Isa dan Pesuruhjaya PAS Pahang Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau mempunyai hubungan baik dengan akar umbi dalam PAS disamping mempunyai hubungan akrab dengan pemimpin-pemimpin DAP dan PKR.

Bercakap kepada wartawan, beliau menegaskan antara fokus utamanya ialah memastikan Pilihan Raya Umum ke 13 berlangsung secara adil, telus, amanah dan bersih.

"Perjuangan untuk dapatkan Demokrasi dan Pilihan Raya Adil. Kita akan sokong dan bantu himpunan bersih.

"Kita akan fokus soal daftar pemilih. Operasi gunakan pendaftaran tidak sah di Sabah, kemudian di Terengganu kiga. Kini kita dengar nak buat lagi di Selangor," tegas beliau.

Mat Sabu juga tidak gentar dengan tuduhan media UMNO bahawa kemenangan beliau membuktikan PAS kini membuang kepimpinan ulama.

Malah beliau hairan kerana UMNO sendiri tidak mengiktiraf kepimpinan Ulama kerana Ulama mereka hanya diletakkan dalam biro sedangkan dasar, perjuangan dan kepimpinan PAS sentiasa didukung ulama.

"Media UMNO kata PAS dah berubah, nak hapuskan kepimpinan Ulama. Peranan kita lebih sebagai Jawatankuasa Eksekutif. Ulama masih pegang seperti Majlis Syura dan Dewan Ulama dan mereka yang buat dan jaga dasar PAS agar mengikut Al-Quran dan Hadith.

"Yang saya hairan mengapa mereka (Umno) nak lawan dan tak sokong ?," soalnya. -tvsnews



4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bukan berminat sangat nak komen kerana tiada kaitan dengan kami.

Kalau tidak kerana PAS kalah teruk pada setiap pilihanraya kecil, mungkin ramai masih tidur memilih peminpin lemah lembit. Kesian TGNA terpaksa kerja keras walaupun dah berumur.

PAS memerlukan golongan profestional didalam barisan pemimpin, barisan yang boleh mentakbir negara, bukan barisan yang tak tau menyelesai masalah.

Tahniah kepada semua. Terbukti barisan baru terpilih adalah dari yang amat kuat berkerja, berani, lantang, cerdik pandai dan disukai oleh semua lapisan kaum bukan Islam, syabas.

Barisan baru memang amat layak memimpin. Selamat maju jaya PAS menakluki Putrajaya.

Tanpa Nama berkata...

Tahniah!!! Abang Mat adalah salah satu pejuang Pas yg sejati & tabah menghadapi KERAjaan Mahafiraun. Abg Mat memang dah lali dgn cubaan & dugaan selama ini. Selamat berjuang Abg Mat "Lawan Tetap Lawan"..."Lawan Sampai Menang"....Takbir!!!

Tanpa Nama berkata...

Tim baru ni memang ok,nak hadap PRU ke13.Ada sikit slack aje,Stopa Ali.Presiden elok cari S/U Agong baru.Stopa Ali sudah banyak bawa masaalah kepada Presiden dan PAS.Suruh dia jaga Harakah aje dah cukup.Biar Harakah jadi bankrap.

Tanpa Nama berkata...

kalau adil dan telus dah lama tunggang terbalik UMNO