20 Jun 2011

Seorang Amah Indonesia Telah Dipancung Di Arab Saudi

Seorang perempuan Indonesia telah dipancung dengan pedang, pada hari Sabtu (18/6/2011). Perempuan itu dihukum kerana membunuh seorang perempuan Arab Saudi, kata Kementerian dalam Negeri Arab Saudi.

Perempuan bernama Ruyati binti Sapubi (gambar) terbukti bersalah membunuh perempuan Saudi Khairiya binti Hamid Mijlid dengan menyerangnya berulang kali di kepala dengan pemotong daging dan menikamnya di leher, kata kementerian itu dalam sebuah pernyataan yang dipetik oleh pejabat berita rasmi SPA.

Pejabat berita itu tidak menyatakan motif kejadian itu, ataupun menyatakan hubungan antara kedua perempuan itu. Tapi beberapa pejabat di Indonesia menyatakan bahawa sekitar 70 peratus dari 1.2 juta warga Indonesia yang bekerja di Arab Saudi adalah sebagai pembantu rumah (amah).

Pemancungan di wilayah Mekah di Saudi barat itu membuat jumlah yang dihukum di kerajaan tahun ini menjadi 28 orang, menurut hitungan AFP berdasarkan pada laporan-laporan pejabat dan kumpulan hak asasi manusia.

Kes-kes rogol, pembunuhan, kemurtadan, rompakan bersenjata semuanya boleh dihukum dengan hukuman mati menurut interpretasi keras hukum syariah Islam Arab Saudi.


Indonesia kritik Arab Saudi pancung amah

JAKARTA: Indonesia semalam menyelar tindakan Arab Saudi memancung seorang pembantu rumah negara itu yang didapati bersalah membunuh isteri majikannya.

Pembantu rumah berkenaan, Ruyati binti Sapubi, didakwa membunuh warga Saudi, Khairiya binti Hamid Mijlid dengan menetaknya berulang kali dengan pisau pemotong daging dan menikamnya di leher.

Warga Indonesia itu menjalani hukumannya di barat Makkah, Sabtu lalu.

“Tanpa berprasangka terhadap sistem perundangan Arab Saudi, kerajaan Indonesia mengkritik pelaksanaan hukuman itu yang dilakukan tanpa meneliti amalan antarabangsa,” kata jurucakap Kementerian Luar, Michael Tene, kepada AFP.

“Kami menyedari kes itu dan Ruyati mengaku melakukan pembunuhan berkenaan.

“Tetapi kami tidak dimaklumkan mengenai waktu pelaksanaan hukuman berkenaan,” katanya.

Tene berkata, kerajaan Indonesia akan memanggil duta Saudi di Jakarta untuk menyuarakan rasa tidak puas hatinya.

Kira-kira 70 peratus daripada 1.2 juta warga Indonesia di Arab Saudi bekerja sebagai pembantu rumah.

Seramai 28 orang menjalani hukuman pancung di Arab Saudi tahun ini. - AFP

3 ulasan:

Awanama berkata...

Bagus! Beramailah Indonesia mengunjungi dan kerja di tanah Arab. Arab adalah makluk yang bodoh, gila seks dan kejam. Pergi kerja dengan mereka dan rasai layanan mereka.
Walaupun saya adalah saudara islam, tapi saya dan keturunan saya tak akan sekali pun terima dengan akal waras kami bahawa Arab adalah orang bertamadun. Mereka adalah lebih haram dan busuk dari khinzir. Saudara Indonesia dan ibubapa dan suami yang gila uang, janganlah lagi lepaskan anak perempuan, isteri kamu pijak bumi Arab, kalau kamu tak ummrah dan haji. Sayangkan wanita kamu, jangan bodoh dan buta kerana uang sahaja.

Awanama berkata...

memang patutla org indon ni kena pancung..g mana2 negara tabiat jahat xpernah nk tinggal..krajaan malaysia bila pula nk laksanakan hukuman cmtu..bnyak sgt geng indon yang duk mengemis kat cni..buat menyemak kat negara malaysia jerk..

Awanama berkata...

Aku setuju apa yg kau katakan..... Memang semak pun.