28 Jun 2011

Frotilla II Gaza: Israel Isytihar Perang, Ada Hikmah PR Tak Hantar Wakil

Israel isytihar perang

TEL AVIV - Kerajaan Israel semalam mengarahkan pasukan tentera negara itu bertindak tegas bagi memastikan konvoi kemanusiaan ke Gaza, Freedom Flotilla 2 tidak mencapai matlamat untuk memecahkan sekatan haram rejim Zionis ke atas wilayah Palestin itu.

Israel sebelum ini mengeluarkan beberapa amaran terhadap percubaan itu dan cuba mengugut peserta konvoi bahawa Pasukan Pertahanan Israel (IDF) telah diarah untuk tidak membenarkan konvoi itu tiba di Gaza.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengadakan pertemuan dengan anggota Kabinet dan pegawai kanan tentera laut rejim itu bagi membincangkan mengenai rancangan menyekat kemaraan konvoi kemanusiaan ke Gaza, semalam.

Dalam mesyuarat itu, Kabinet Israel turut dimaklumkan tiada maklumat mengenai individu atau kumpulan pengganas akan menyertai konvoi itu, namun Israel dijangka akan tetap menyekat penghantaran bantuan itu.

“Kami bersedia berhadapan pelbagai senario, daripada tiada keganasan kepada sangat ganas,” menurut sumber tentera Israel.

Kelmarin, rejim Israel mengugut wartawan asing supaya tidak menyertai konvoi itu yang dituduhnya cuba mencabuli undang-undang Israel dan akan menghalang peserta memasuki negara Zionis itu selama 10 tahun.

Tindakan Tel Aviv mengeluarkan amaran biadap itu membuktikan Israel tidak menghormati kebebasan media seperti yang didakwa rejim itu selama ini.

Selain itu, Kementerian Luar Israel juga diarah menghalang penghantaran bantuan kemanusiaan kepada 1.5 juta penduduk Palestin yang menderita akibat sekatan tidak berperikemanusiaan rejim itu dengan mengadakan beberapa mesyuarat dengan pemimpin Eropah dan Amerika Syarikat.

Menurut penganjur, beberapa kapal termasuk kapal dari Amerika Syarikat (AS), The Audacity of Hope dijadual mula berlayar dari Greece, hari ini dan akan bertemu dengan kapal lain dari Perancis dan Ireland di satu titik pertemuan di Laut Mediterranean.

Pegawai kerajaan Greece kelmarin, dilaporkan cuba menghalang beberapa kapal daripada berlayar ke Gaza dipercayai selepas menerima tekanan AS dan Israel.

“Kami melantik peguam untuk menentang perintah tahanan ke atas kapal ini dan akan berusaha memastikan kapal-kapal ini dibenarkan berlayar, hari ini,” menurut penganjur.

Konvoi Freedom Flotilla 2 disertai 10 kapal dan 500 penumpang dari lebih 30 negara negara dan dijadual mula berlayar ke Genting Gaza, hari ini.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dah takut?

Tanpa Nama berkata...

Siapa yg takut...?
Kalau melibatkan keselamatan, tambahan pula PBB pun tak mampu nak jaga keselamatan mereka yg ke sana, itu menghulurkan kepala utk ditembak jawabnya.
Mcm dlm berita ini, ada hikmahnya tidak dpt ikut sekali.
Bila dah tenang, kita pergi la...

Tanpa Nama berkata...

mula2 nk tegur title artikel ni....seriously? Ada hikmah tak hantar wakil? -___-"

dan kpd Anonymous di atas, "bila dah tenang, kita pergi la", anda suggest kita pergi bila dah tenang? Tau tak bila dah tenang tu? Bila Imam Mahdi dah turun, Umat Islam hancurkan yahudi, selamatkan palestin.

So pergi lepas tu la? For now, lantak kau wahai penduduk palestin, kami sibuk dengan urusan kami?

Seriously people... -___-