30 Mei 2011

Koma & Buta Kerana Disimbah Asid

Johor Bahru: “Mereka yang melakukan ini dayus. Akibatnya suami saya bukan saja melecur hampir keseluruhan muka dan badan hingga ke paras pinggang, malah cacat penglihatan seumur hidup,” kata isteri kepada mangsa simbahan asid, Zaiton Aris, 50, semalam.

Ibu kepada empat cahaya mata itu berkata, akibat perbuatan itu suaminya, seorang pemandu teksi, Khairul Zaman Jaiman, 47, bertarung nyawa di Wad Rawatan Kebakaran di Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini.

Menceritakan insiden menyayatkan hati itu, Zaiton berkata, kejadian pada jam kira-kira 12 tengah hari, 5 Mei lalu apabila teksi suaminya ditahan dua lelaki menaiki Proton Saga warna putih di Jalan Sena di Taman Rinting, di sini, iaitu satu kilometer dari kediaman mereka.

“Saya difahamkan, dia memberhentikan kenderaan apabila dua lelaki mahu bertanya arah. Apabila suami menurunkan cermin kenderaan, seorang daripada mereka menyimbah asid ke muka suami.

“Suami meraung kesakitan sambil meminta tolong sebelum orang awam yang berada di lokasi menyiram air dan menghantarnya ke hospital,” katanya. -hm

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tiba masanya tv-tv tayangkan ceta2 yg baik2, sbb selama ni ditayangkan perangai2 buruk dulu, lepas tu baru le kononnya terima balasan atau insaf.

Tak yah le.. sbb bukan tu yg Islam ajar, bukan disuruh lakon/tayangkan yg x elok.. sbb hak yg x elok tu le yg org2 akan tiru bukan sebaliknya.

Tapi apa nak buat? Rahmat Allah ditarik sikit sikit sbb pemerintah x nak Islam sepenuhnya.