31 Mei 2011

Jerman Tutup Semua Loji Nuklear 2022

KOMBINASI gambar menunjukkan loji tenaga nuklear Jerman yang akan ditutup menjelang 2022

BERLIN: Jerman menjadi kuasa besar industri pertama dunia yang bersetuju mengakhiri penggunaan tenaga nuklear menjelang 2022 selepas melihat bencana nuklear yang berlaku di Jepun akibat gempa bumi dan tsunami.

Menteri Alam Sekitar Norbert Roettgen mengumumkan keputusan itu awal semalam, yang dicetuskan krisis di loji nuklear Fukushima Daiichi di Jepun yang disifatkan sebagai tidak boleh dipulihkan.

“Selepas mesyuarat panjang, satu persetujuan dicapai kerajaan campuran ini iaitu untuk mengakhiri penggunaan tenaga nuklear,” katanya kepada wartawan selepas mesyuarat tujuh jam di pejabat Canselor Angela Merkel. “Keputusan ini konsisten, jelas dan tepat,”.

Jerman mempunyai 17 reaktor dan lapan daripadanya tidak menyalurkan kepada sistem rangkaian elektrik.

Tujuh daripadanya adalah reaktor nuklear paling tua di negara itu, dihentikan oleh kerajaan persekutuan selama tiga bulan untuk penyiasatan keselamatan selepas kecemasan yang berlaku di Fukushima Mac lalu.

Rektor kelapan ialah loji Kruemmel, utara Jerman yang mana dibekukan berikutan masalah teknikal yang berulang.
Keputusan semalam menjadikan Jerman negara kuasa besar industri pertama dunia yang mengumumkan rancangan untuk menghentikan penggunaan tenaga atomik secara keseluruhan.

Ini juga bermakna, negara itu perlu mencari 22 peratus bekalan elektrik yang pada masa ini dibekalkan loji nuklear dari sumber lain.

Roettgen menegaskan tiada kemungkinan bekalan elektrik akan terganggu.
“Kami akan memastikan bekalan elektrik sentiasa ada untuk semua pengguna,” katanya tanpa memberikan maklumat lanjut.

Jumaat, menteri alam sekitar daripada 16 wilayah Jerman dipanggil bagi menyaksikan penutupan tujuh loji secara kekal.

Roettgen berkata lapan reaktor itu tidak akan diaktifkan. Enam lagi reaktor akan ditutup penghujung 2021 dan tiga lagi loji yang paling moden akan turut ditutup operasi menjelang penghujung 2022.

Keputusan semalam secara berkesannya mengembalikan jadual yang ditetapkan oleh kerajaan campuran parti Sosial Demokrat – parti Green sejak sedekad lalu. – AFP

Ulasan GB

German, sebuah negara maju nak tutup logi nuklear,
Malaysia pula nak bina logi nuklear.
BODOH betongkol-tongkol!

Tiada ulasan: