6 Apr 2011

Wujud Bayang Ketiga, Bukti Video Itu Lakonan

Kuala Lumpur: Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata, terdapat bayang ketiga dalam rakaman video fitnah yang disebar di laman You Tube dan internet, yang menunjukkan video berkenaan sengaja dirakam.

Menurutnya, salah seorang daripada trio Dato T, Shazryl Eskay Abdullah, yang menayang video itu kepada beberapa wartawan dan beliau sebelum ini, mendakwa video itu dirakam dalam keadaan gelap menggunakan kamera infrared.

Terdapat tiga bayang yang jelas dalam video berkenaan yang menunjukkan ada cahaya dari arah kamera itu. Ini membuktikan video itu sengaja dirakam dan diketahui individu dalam video berkenaan,” ujarnya ketika ditemui Keadilandaily hari ini.

Johari juga mengulangi bahawa bentuk tubuh badan Anwar sangat berbeza dengan lelaki di dalam video itu seperti perutnya yang lebih buncit dan dadanya (bahagian tetek) yang menggelendur atau berisi.

“Bahagian tetek (dada) Anwar flat, rata. Tidak berisi seperti itu,” ujarnya.

Sementara itu, blogger eyesdot.com mengemukakan beberapa bukti bahawa video itu sengaja dirakam dengan menimbulkan beberapa persoalan termasuk kedudukan meja solek dalam rakaman berkenaan.

“Dalam keadaan bilik hotel yang serba sederhana, dengan hanya menawarkan katil, almari solek dan sebuah almari televisyen, apakah yang boleh dijangka untuk satu lagi almari solek berlaci bersebelahan dengan tv?

“Itu hanyalah sebuah almari tv, bukan almari solek kerana almari solek terletak berhadapan dengan katil,” ujarnya.

Menurutnya, pada saat ke 0.29 hingga 0.32 rakaman video itu, lelaki kedua yang berpakaian penuh dilihat memegang dua alat kawalan jauh.

“Satu untuk video kamera (yang didakwa CCTV) dan satu lagi remote TV. Seolah-olah orang ketiga dalam video tersebut ingin memastikan status video kamera itu dalam keadaan ‘record’,” ujarnya.

Beliau turut mempersoalkan tulisan berbahasa Thailand yang tertera dalam video tersebut setelah dialih bahasa bermaksud nama sebuah jalan di Bangkok, Thailand.

“Phaholyothin Road Bangkok adalah nama jalan di mana terletaknya hotel yang kononnya dikatakan berlaku di sekitar Kuala Lumpur tetapi sebenarnya berlaku di Thailand
.

“Terdapat beberapa hotel di Phaholyothin Road Bangkok, dan aktiviti paling digemari sekitar Phaholyothin Road adalah aktiviti pelacuran.

“Justeru itu, masihkah anda percaya aksi ini berlaku di Kuala Lumpur sepertimana didakwa Trio yang dikepalai oleh Rahim Thambi Chik? Masihkah anda percaya dengan Trio pembawa fitnah jahat?,” tulisnya. -KD

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

“Terdapat tiga bayang yang jelas dalam video berkenaan yang menunjukkan ada cahaya dari arah kamera itu. Ini membuktikan video itu sengaja dirakam dan diketahui individu dalam video berkenaan,” ujarnya ketika ditemui Keadilandaily hari ini.

Komen : kamera infra red memang macam tu, dalam recording nampak macam ada lampu disuluh pada objek. Even objek2 yang mengeluarkan cahaya infrared pun boleh menberi kesan macam tu, contohnya remote tv atau motion detector. Tapi disebabkan ianya cahaya infared, mata manusia memang tak boleh nampak cahaya tu. cuba rujuk mana-mana cctv installer, diaorang boleh sahkan. aku dah kerja dalam industri ni bertahun2.


Johari juga mengulangi bahawa bentuk tubuh badan Anwar sangat berbeza dengan lelaki di dalam video itu seperti perutnya yang lebih buncit dan dadanya (bahagian tetek) yang menggelendur atau berisi.
“Bahagian tetek (dada) Anwar flat, rata. Tidak berisi seperti itu,” ujarnya.

Komen : toksah gaduh2, suruh anwar bukak baju sampai pusat, baru boleh sahkan. bukan aurat pun. Tp, tunjuk dulu jam Omega tu, bukan apa, kalau betul ada, apa salahnya kak wan tunjuk kat public, tak susah kan?


Sementara itu, blogger eyesdot.com mengemukakan beberapa bukti bahawa video itu sengaja dirakam dengan menimbulkan beberapa persoalan termasuk kedudukan meja solek dalam rakaman berkenaan.
“Dalam keadaan bilik hotel yang serba sederhana, dengan hanya menawarkan katil, almari solek dan sebuah almari televisyen, apakah yang boleh dijangka untuk satu lagi almari solek berlaci bersebelahan dengan tv?
“Itu hanyalah sebuah almari tv, bukan almari solek kerana almari solek terletak berhadapan dengan katil,” ujarnya.

Komen : Ini anggapan kita sahaja, hanya org yang pernah masuk bilik tu yang boleh tentukan layout bilik itu, selebihnya hanya spekulasi.


Menurutnya, pada saat ke 0.29 hingga 0.32 rakaman video itu, lelaki kedua yang berpakaian penuh dilihat memegang dua alat kawalan jauh.
“Satu untuk video kamera (yang didakwa CCTV) dan satu lagi remote TV. Seolah-olah orang ketiga dalam video tersebut ingin memastikan status video kamera itu dalam keadaan ‘record’,” ujarnya.

Komen : bro, cuba perhatikan remote pertama tu betul2, bukan remote astro ke? remote astro berbeza kalau nak dibandingkan dengan remote peralatan lain sebab remote cover led astro penuh dan melengkung, manakala remote peralatan lain biasanya expose atau bersegi. lagi satu, selaama aku kerja dalam bidang ni, tak pernah lagi tgk remote untuk cctv bentuk macam tu, baik us made, taiwan ataupun cina. lagi satu, pada DVR cctv, tak perlu tekan apa2 butang untuk pastikan DVR tu dalam status record, especially emmbedded DVR, sebab ada LED yang indicate DVR dalam status record.


Beliau turut mempersoalkan tulisan berbahasa Thailand yang tertera dalam video tersebut setelah dialih bahasa bermaksud nama sebuah jalan di Bangkok, Thailand.
“Phaholyothin Road Bangkok adalah nama jalan di mana terletaknya hotel yang kononnya dikatakan berlaku di sekitar Kuala Lumpur tetapi sebenarnya berlaku di Thailand.
“Terdapat beberapa hotel di Phaholyothin Road Bangkok, dan aktiviti paling digemari sekitar Phaholyothin Road adalah aktiviti pelacuran.

komen : sesiapa pun boleh letak remark kat video tu, nak letak subtitle pun boleh, nak tukar suara pun boleh, apa nak pelik. itu semua untuk mengaburi pihak berkuasa. takkan nak letak "copyright by dato T" kantoi la bro.

Tanpa Nama berkata...

anon 12:28

DSAI tak payah buka baju. Isterinya telah membuat kenyataan:

"Video tersebut adalah bukti paling kukuh bagi sesiapa yang benar-benar mengenali Datuk Seri Anwar bahawa tuduhan terbaru ini satu lagi fitnah zalim dan palsu.

"Siapa lagi yang lebih mengenali beliau dengan begitu intim kalau bukan kami, keluarga terdekat beliau, yang telah bersama beliau dalam susah dan senang, khusus dari saat beliau berada di arus perdana kepimpinan negara hinggalah ke hari-hari beliau mulai pulih dari serangan apabila beliau dibebaskan daripada penjara.

"Jelas kelihatan susuk tubuh badan pelaku dalam video tersebut amat berlainan daripada susuk badan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hal ini diperkukuh lagi memandangkan sejak lebih setahun yang lalu, anak-anak Datuk Seri Anwar Ibrahim sering menemani beliau setiap kali beliau pergi melakukan aktiviti senaman dan fisioterapi selaku sebahagian daripada aktiviti pemuliharaan kesihatan tulang belakang," tambahnya.

Tanpa Nama berkata...

soalnya tak salah kalau DSAI sendiri yang tunjukkan bukti, selagi tak salah dr Islam dan undang2 negara. Setakat cakap mulut je mana cukup, sesiapa pun boleh menipu, terutama bila kerkenaan saudara mara sendiri. Dalam kes ni, takkan la kak wan nak kata itu laki dia, maruah suami pun nak kena jaga juga. Tapi biar berpada-pada, sebab ini berkaitan kepentingan umum.

Tanpa Nama berkata...

anon 12:28 !!!

Senang saja,
1. kalau BN ikhlas suruh la Polis check cap jari pada jam Omega yang diambil tu, mesti ada cap jari Anwar + Eskay.
2. Mana lagi bukti CCTV entrance, tangga, lift? yang tunjukkan DSAI masuk pada date/time tersebut.

Tanpa Nama berkata...

anon 2:33 PM

tak payah susah2 ambik cap jari, ada jalan paling mudah. Suruh ke Wan Azizah tunjukkan jam tangan DSAI kat mesia, mudahkan? Lain la kalau jam tu dah memang tak ada kat tangan dia.

Tanpa Nama berkata...

nak ikut hukum dunia ka ?atau nak ikut hukum allah ? kalau setakat my card ja islam tak payah cakap la,betul atau tak pekara no 2,ada otak pikir la sendiri benda ni betul atau hanya mainan politik kotor golongan yg buta mata dan hati,cakap sejuta kali pun x guna kalau mata hati dah hitam,taubat la sebelum terlambat,ingat kerana mulut badan akan binasa nanti di akhirat,kita yang bentuk kerajaan bukan kerajaan yang bentuk kita.

Tanpa Nama berkata...

Salam,
masing2 taksub dgn parti/pemimpin masing2. Saya ni masih blm memihak kepada sesiapa atau pon mana2 parti politik di malaysia ni kerana terlalu jijik. Namun begitu keadaan semasa menunjukkan DSAI diserang dgn cara yg amat kotor sekali.. sekali lagi. Kenapa pemimpin lain dr parti lain amat takut dgn DSAI?
Sesuatu jenayah tu sepatutnya dituduh oleh pihak pendakwa terhadap pihak yg dituduh dgn bukti2 yg kukuh yg dpt membuktikan yg dituduh melakukan perbuatan yg dituduh tersebut. Pihak pembela pula sepatutnya di beri akses kepada bahan2 bukti tersebut untuk disahkan/dibangkang, kalau tak tau apa bukti2 yg ada mcm mana nak prepare? Jam tu ada ke tidak pd Azizah ke tak bukan menjadi isu. Isu nya betul ker jam tu ada kat DAto T? Video tak jelas tidak blh dijadikan bukti. Tak kisah la org ni kata DSAI ker bukan DSAI ke, tetap tak blh di jadikan bahan bukti, kata org inconclusive. Aku tgk DSAI rilek jek, sepatutnya pemimpin perlu fokus kepada perkara lebih penting seperti harga barang naik, harga minyak naik, rasuah. Ni dok nak tgk video lucah kat parlimen. Apa bodoh la rakyat malaysia dpt pemimpin bangang mcm ni. Perubahan adalah perlu dg sesuatu organisasi yg tleh tepu kepimpinannya. Salam.
MASIHHIJAU

Tanpa Nama berkata...

patut lah BN masih menang sehingga kini kerana masih ada rakyat malaysia yg bebal bin bodoh bin bangang seperti di atas....

Kalau pilihanraya dilakukan secara adil aku rasa BN dah lama dikebumikan !!!

Tanpa Nama berkata...

aku bukan pakar kinesiologi. tapi aku pernah hadir taklimat ringkas mengenainya yang pernah disampaikan oleh pakar iaitu prof dr norhisham wahab sedikit masa lalu. menurutnya manusia ada 4 level iaitu spiritual, emosi, mental dan fizikal. hanya mereka yang berada di level fizikal saja yang dapat dikenal menerusi sifat luaran atau fizikalnya. selaian itu setiap manusia pada level ini adalah sangat terdedah kepada bermacam ujian dan dia amat tahan uji. tetapi ia mempunyai bakat kepimpinan yang amat tinggi. aku yakin dsai juga berada pada level tersebut dan percayalah dia akan mencapainya.

bunbinban berkata...

hahaha...aku senang je. Let say mmg anwar dlm video tu, ok. Tapi pemimpin UMNO yg dok dlm barisan kabinet Malaysia tu tinggi benor ke moralnya?. Jgn nak korner sana sini, jawab soalan mudah ni je, bermoral sgt ke Pemimpin UMNO?. hahaha...benda dah jadi rahisa umum bro, jgn melalak pasal moral si Anwar tu, moral pemimpin yg lain dlm UMNO tu apa mcm?. Rasuah, bukak aurat, menipu, sombong, isyarat lucah, dikriminasi gender, menghina nabi dan sunnahnya dan sebagainya adalah termasuk dlm moral2 yg songsang walaupun dari kacamata umum zaman moden ni tidak di iktirafkan salahlaku moral. tepuk dada tanya iman.

orang lama berkata...

Di dalam video tu bukan remote astro yg di pegang oleh tangan kanan siboroi bertshirt tapi remote utk videocam jenis nightvision. Remote control yg ada led dan bentuk fizikal jenis dlm video tu berlambak di pasaran, di pasar malam,di supermarket dan kedai2 elektronik seluruh unia bukan hak milik astro saja. Remote di tangan kiri pulak yg dipegang oleh beliau ialah utk remote control tv.

Setiap hotel/resort yg menyediakan khidmat siaran tv satelite tidak meletakkan sekali decoder di dalam bilik tetamu dan decoder termasuk remote control decoder tv satelite terletak dan di kawal sepenuhnya di jabatan front office hotel/resort untuk mudah di monitor semua siaran yg disalurkan kepada setiap bilik tetamu.

Dan remote itu juga bukan untuk control aircond sebab lokasi aircond ialah di dinding atas kepala katil, di mana tiada individu yg kelihatan menghalakan apa2 jenis remote ke arah aircond. Kita boleh lihat pergerakan bilah sirip bukaan aircond sepanjang 107 saat video.

Ini semua lakonan niat jahat rejim penyamun utk perangkap dan menjatuhkan maruah DSAI dan PR.