2 Apr 2011

A.R. Badul Diburu Polis Kerana Mencabuli Pelajar

Kuala Lumpur: Seorang pelawak berusia 63 tahun yang popular sejak era 70-an diburu polis selepas seorang pelajar perempuan membuat laporan mendakwa dicabul lebih tiga kali lelaki itu.

Lebih keji, pelawak otai yang lebih memberi tumpuan dalam bidang pengarahan itu dikatakan menyogok sejumlah wang kepada pelajar berusia 13 tahun itu dengan harapan mangsa patuh kepada arahan, selain tidak membongkar kejadian itu kepada ahli keluarga serta orang ramai termasuk ibu saudara mangsa yang juga rakan baiknya.

Difahamkan, pelajar malang itu dicabul lebih tiga kali sejak Disember 2010 hingga pertengahan Mac lalu, di dua kediaman berasingan milik ibu saudara mangsa di Kepong dan Klang, selain beberapa kali di luar kediaman berkenaan apabila mereka bertemu.

Akibat tidak tahan dengan perbuatan keji itu, pelajar terbabit membuat laporan di Balai Polis Jinjang, kira-kira jam 10 pagi semalam.

Sumber polis berkata, kejadian pertama berlaku kira-kira jam 11 malam Disember tahun lalu di sebuah rumah di kondominium di Kepong apabila mangsa dicabul di kediaman ibu saudaranya itu.

Beliau berkata, ketika kejadian suspek berkunjung ke rumah berkenaan kononnya melawat ibu saudara mangsa yang juga rakan baiknya.

“Bagaimanapun, selepas berbual lebih 30 minit, ibu saudara mangsa mendakwa letih dan mahu tidur sebelum mengarahkan suspek berehat dalam bilik tetamu jika tidak mahu pulang.

“Suspek bersetuju sebelum masuk ke bilik berkenaan. Lima minit kemudian suspek keluar semula sebelum memanggil mangsa masuk ke dalam bilik berkenaan dan meminta mangsa mengurut badannya,” katanya.

Mangsa pada mulanya menolak, namun bersetuju berbuat demikian selepas dipujuk suspek.

“Sebaik masuk ke dalam bilik itu, suspek dikatakan mencium mulut dan pipi mangsa serta memegang bahagian sulit mangsa.

“Tersentak dengan perbuatan itu, mangsa berlari keluar dari bilik. Bimbang mangsa mengadu kepada ibu saudaranya, suspek memohon maaf, selain berjanji tidak akan mengulanginya.

“Termakan pujukan suspek, mangsa bersetuju merahsiakan perbuatan itu. Malah, suspek dikatakan menyogok RM100 kepada mangsa sebelum berpura-pura insaf dengan keterlanjurannya itu,” katanya.

Sumber berkata, kejadian terbaru berlaku pertengahan Mac lalu kira-kira jam 5.30 petang di sebuah lagi rumah ibu saudara mangsa di Klang.

“Kejadian berlaku dalam tandas di rumah berkenaan apabila suspek meluru masuk sebelum mencabul mangsa yang ketika itu ingin membuang air. Kali ini, bertindak lebih ganas ketika memegang bahagian sulit dan payudara mangsa,” katanya.

Difahamkan, suspek sekali lagi memberikan wang RM100 kepada mangsa untuk menutup mulut.

Biarpun mangsa enggan menerima wang berkenaan, suspek dikatakan meletakkan wang itu di atas meja sebelum meninggalkan rumah berkenaan.

Sumber berkata, disebabkan mangsa masih mendiamkan diri selepas insiden itu, dia dikatakan dicabul lagi suspek setiap kali bertemu ataupun apabila suspek berkunjung ke kediaman ibu saudaranya itu.

Tidak tahan dengan perbuatan itu, mangsa memberitahu ibu saudaranya sebelum mereka tampil membuat laporan di balai polis.

Katanya, sehingga kini, suspek masih belum ditahan, namun usaha memburunya giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu namun enggan mengulas lanjut.

Ulasan GB

Artikel HM tidak menamakan siapa pelakon otai itu, tetapi mudah untuk diketahui jika beliau berumur 63 tahun yang popular sejak era 70-an. A.R. Badul atau nama sebenarnya Armaya Arman Ramlie memang terkenal sejak 70'an melalui Si Badul (1978), Panglima Badul (1979).

Dah tua-tua pun perangai masih miang lagi Badul?

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

orang biasa diburu vvip dilindungi

garagaikareng berkata...

Ada rakaman tak? boleh bagi pada "datuk T" jemput org ramai, kita tonton kat CARCOSA tu, sekarang ni melakukan, memiliki, menonton, menayang pada org ramai video lucah ni dah tak salah, bahkan dilindungi oleh undang-undang, lahanat punya org.

razaakiah berkata...

biar pihak Polis menyiasat perkara ini, jangan terlalu awal kita menjatuh hukum. jika benar memang ada perlakuan ini sewajarnyalah pelaku diambil tindakan

Tanpa Nama berkata...

VVVVIP pun ada kes camtu,lagi teruk,tapi x pernah didakwa... mungkin file kes tu anai-anai dah makan atau dihanyutkan banjir...

Che Men berkata...

Greenboc jelas sekali tidak berakhlak Islam... Mengaibkan dan menghukum orang sebelum dia dibuktikan bersalah...

Unknown berkata...

kat mana yang GB hukum dan aibkan?
menulis nama beliau dan memaparkan gambarnya?

Bukankah beliau itu sdg diburu oleh polis?

Dan dengan menulis nama beliau secara terang maka mudah beliau untuk dikesan supaya orang ramai boleh membantu.

CHE MON berkata...

jgn pedulikan ulasan che men tu GB.

dia berlagak nak tunjuk dia lebih berakhlak Islam, tapi silap gaya lebih teruk dari Badul.

Tanpa Nama berkata...

Che Men maksudkan kata2 GB yg ni rasanya:

"Dah tua-tua pun perangai masih miang lagi Badul?"

Ayat yg seolah2 Badul mencabul dan disifatkan sebagai miang.

Rasanya GB perlu perbetulkan ayat terakhir tu.

-Mohd, Mansoura, Rusila

Tanpa Nama berkata...

tapi bagi siapa yang mengenali Badul, huh, bukan setakat yang metro laporkan ini saja.

lebih dasyat dari itu. kalau tak masakan dia asyik bercerai dengan iesteri-isterinya

KUALA LUMPUR 22 Jun – Pelakon AR Badul hari ini bercerai dengan isteri kelimanya, Muna Liza Basir secara tebus talak dengan membayar RM1.

Badul atau nama sebenarnya Armaya Aman Ramlie berkahwin dengan Muna Lisa pada 23 Jun 2001 dan dikurniakan seorang anak lelaki.

POYO berkata...

cabut gigi dia tu baru ada akai