3 Mac 2011

Ummi Hafilda Askar Upahan UMNO

Jasin — PAS menyifatkan Ummi Hafilda Ali sebagai “askar upahan” Barisan Nasional (BN) kerana membantu parti itu dalam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau.

Ummi Hafilda, adik kepada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali, tampil menyampaikan ceramah dalam kempen pilihan raya kecil di Kampung Chinchin Hulu di sini malam tadi.

Dalam ceramahnya, Ummi Hafilda menggesa pengundi di Merlimau agar menolak kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.

“Ini politik kotor yang digunakan Umno-BN untuk mempengaruhi pengundi, ini pilihan raya kecil antara calon dengan calon . . . ia tak tumbangkan kerajaan (negeri).

“Saya jemput dia (Ummi Hafilda) ceramah banyak lagi, saya suka kalau dia mari banyak lagi . . . apa kesan dia sebagai askar upahan untuk tarik pengundi? Dia ini dipanggil macam askar upahan, saya lebih percaya dia dibayar . . . saya sifatkan Ummi Hafilda ini sebagai askar upahan,” kata Pengarah Pilihan Raya PAS pusat Datuk Halim Abdul Rahman pada sidang media di Markas PAS di sini.

Ummi Hafilda pernah menggemparkan negara kerana mendedahkan salah laku Anwar yang juga Ketua Umum PKR, 13 tahun yang lalu.

Kata Halim, tindakan Ummi Hafilda membantu kempen pilihan raya kecil BN menunjukkan beliau tidak matang dalam berpolitik.

“Ini pilihan raya kecil, saya nasihatkan Ummi Hafilda kalau nak impak yang lebih besar di pilihan raya umum . . . Anwar tak bertanding sini, apa kena mengena dengan Anwarnya?

“Tiada kaitan pun dengan Azmin, ini adalah kempen yang kebudak-budakan, ia juga tak beri kesan pun pada kita. Tak isu pun, di sini isu tempatan banyak . . . Ummi Hafilda ini, kes sedang bicara di mahkamah buat apa dia bangkitkan,” kata beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS Merlimau.

Tegas Halim, Ummi Hafilda seolah-olah dipergunakan untuk memburukkan kepimpinan Anwar dan juga Pakatan Rakyat yang turut dianggotai DAP.

“Sebab itu saya kata tak berapa masak cara politik Ummi Hafilda, mesti ada orang guna dia . . . saya nasihat kalau nak guna, guna di pilihan raya umumlah bukan pilihan raya kecil . . . tiada kesan.

“Ini adalah satu taktik yang tidak masak dalam pilihan raya kecil, kalau kita buka rasuah kerajaan melaka dan tak ada integriti ketua menteri itu ada kesan.

“Datuk Seri Anwar sekarang sedang dibicara, jadi kita serah kepada mahkamah sahaja, tak tahu kalau Ummi Hafilda ini nak jadi hakim saya tak tahulah,” katanya.

Pilihan raya kecil DUN Merlimau menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara Roslan Ahmad, ahli jawatankuasa Umno Jasin dan Yuhaizat Abdullah iaitu Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka dan Timbalan Yang Dipertua PAS Jasin.

Dalam sidang media itu juga, Halim mendakwa Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam seolah-olah merestui kempen ala samseng yang digunakan BN untuk menakut-nakutkan pengundi.

“Apa yang berlaku selama ini jelas menampakkan budaya samseng masih diamalkan Umno-BN, inikah budaya Umno-BN?

“(Mohd) Ali Rustam tak boleh kawal seolah-olah dia merestuinya, sepatutnya dia kawal tapi nampaknya perkara itu masih lagi berlaku...budaya samseng ini direstui Ali Rustam,” katanya. -TMI


Umno BN restu budaya samseng di Merlimau

JASIN, 3 Mac: Umno BN seolah-olah merestui budaya samseng sewaktu kempen pada pilihan raya kecil (PRK) Dun Merlimau.

Pengarah Pilihan raya PAS PRK Dun Merlimau, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam sebagai pengarah PRK bagi BN yang hanya berdiam diri menunjukkan beliau mahu keadaan ini berterusan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas beberapa insiden keganasan yang didakwa dilakukan oleh penyokong BN dalam tempoh beberapa hari kempen ini.

"Datuk Seri Ali Rustam tak boleh kawal tindakan ini ke?

“Ini menunjukkan beliau merestui budaya samseng ini," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Pengkalan Chepa pada sidang media di Markas Induk PAS, di sini hari ini.

Beliau juga yakin perbuatan khianat yang dilakukan termasuk cubaan membakar pentas ceramah DAP sengaja dilakukan untuk membangkitkan kemarahan penyokong Pakatan Rakyat khususnya PAS.

"Saya percaya mereka buat macam ini supaya orang PAS marah, dan balas balik apa yang dilakukan itu.

"Dengan itu mereka boleh tuduh orang PAS ganas, ekstremis," katanya. -HD


2 ulasan:

cekli@abg chor berkata...

Inilah bahana apabila seoarang AYAH tidak mengaku anak. Ummi sedarlah bahawa Allahyarham Ali bapak kepada kamu 'sudah tak mengaku kamu itu anaknya'.

Sewajarnya kamu bertaubat nasuha moga-moga Allah swt memberi keampunan janganlah ditambah disa yang ada.

Tanpa Nama berkata...

Askar Upahan laku kat Afrika saja. M'sia lebih hebat pakai servis:

A. Bomoh Upahan seperti Mona Fendey.
B. Surat Sokong Upahan seperti yang diamal turun temurun.
C. Pengiring Upahan seperti Altantunya.
D. Pelacur Upahan arif depan belakang seperti yang berkembang pesat masakini kerjanya hanya menjatuhkan orang.