24 Mac 2011

Tubuh Suruhanjaya: Rahim Anggap Semua Orang Serupa Dia, Suka Tonton Video Lucah

Video seks: Tidak perlu tubuh suruhanjaya diraja, kata PAS

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berkata kes video skandal seks melibatkan seorang pemimpin tertinggi pembangkang memadai diserahkan kepada polis untuk disiasat kebenarannya tanpa perlu kepada penubuhan suruhanjaya diraja.

“Tak perlu buat (Suruhanjaya Diraja)...kalau tidak dibuat pun, orang akan siasat sebab dah buat laporan polis,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Pesuruhjaya PAS Terengganu itu berkata demikian ketika diminta mengulas permintaan kumpulan yang mengelarkan diri mereka `Datuk T’ yang turut disertai bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik yang mahukan satu suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk menyiasat ketulenan video itu.

Rahim dalam satu sidang akhbar hari ini mengaku menjadi antara tiga orang yang bertanggungjawab menunjukkan video itu kepada media terpilih di Hotel Carcosa Seri Negara dua hari lepas.

Dua lagi individu yang terlibat adalah seorang ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim.

Diminta mengulas sama ada PAS bersedia untuk ahli panel suruhanjaya jika ia ditubuhkan, Harun berkata beliau secara peribadi tidak akan menyertainya.

“Kita malaslah, nanti orang kata orang Pas tengok gambar tidak elok pula. Kita tidak mahu terheret dalam masalah ini,” katanya.

Beliau juga enggan mengulas sama ada video tersebut sengaja diada-adakan oleh pihak tertentu untuk menjatuhkan seorang pemimpin parti pembangkang berkenaan.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam membuat laporan polis berhubung rakaman video aksi seks seorang lelaki yang didakwa dirinya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Anwar, 64 yang merupakan Anggota Parlimen Permatang Pauh menafikan dirinya adalah lelaki yang melakukan adegan seks di dalam klip video itu dan menyifatkannya sebagai serangan bermotifkan politik serta satu percubaan untuk memaksa beliau keluar daripada politik nasional. -TMI


'Datuk T' mahu s'jaya diraja siasat video seks

Bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik - yang mengakui antara tiga orang di sebalik penayangan video seks - mahu suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menentukan ketulenan klip itu.

Katanya, suruhanjaya itu perlu turut dianggotai tiga ketua parti pembangkang pembangkang, termasuk Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Turut hadir di sidang akhbar yang diadakan secara tergesa-gesa di ibu negara itu, seorang lagi anggota 'Datuk T' - singkatan bagi perkataan "Trio " - ialah ahli perniagaan Shazryl Eskay Abdullah.

Aggota ketiga - bendahari Pertubuhan Pribumi Perkara (PERKASA) dan bekas senator, Datuk Shuib Lazim - tidak hadir.

Video seks selama 20 minit itu memaparkan seorang lelaki melakukan aksi seks dengan seorang wanita dalam sebuah bilik hotel.

Suami Dr Wan Azizah yang juga ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan beliau sebagai lelaki dalam video tersebut.

Kerjasama apa sahaja

Sementara itu, Rahim mencadangkan anggota lain suruhanjaya diraja itu boleh melibatkan pemimpin NGO, peguam negara, pengamal media dan wakil negara luar.

"Semua ini supaya kebenaran yang ditemui nanti tidak boleh dipersoal," kata Rahim.

Dalam masa yang sama, Abdul Rahim meminta Anwar yang sering dirujuknya sebagai "si fulan itu" menimbang meletak jawatan seperti yang dilakukannya sebelum ini ketika berdepan dakwaan tuduhan melakukan hubungan seks dengan gadis bawah umur pada 1994.

Abdul Rahim menegaskan, beliau meletak jawatan kerana dianggap sebagai beban kepada parti walaupun mahkamah memutuskan beliau tidak bersalah.

Sementara itu, mereka juga memberitahu akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis yang menyiasat perkara itu.

"Kita akan berikan apa sahaja kepada pihak polis. Seluar dalam (sendiri) pun kita akan beri kalau dia mahu," selorohnya sambil disambut gelak ketawa pemberita dalam dan luar negara.

Sidang media itu menarik perhatian kira-kira 50 wakil media dari dalam dan luar negara hadir membuat liputan walaupun mendapat notis di saat-saat akhir. -mk


Ulasan GB

Kenapa perlu tubuh Suruhanjaya jika telah wujud pengakuan dari anggota "Datuk T" sendiri bahawa memang beliau ada di dalam video berkenaan? Tidakkah itu sudah cukup untuk membuktikan satu konspirasi dan menjelaskan bahawa video itu palsu dan sengaja direka untuk menjatuhkan seseorang?

Rahim Tamby Chik menganggap semua orang serupa dengannya, suka kepada perkara-perkara yang lucah - sehingga beliau mencadangkan nama-mana Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng untuk menganggotai Suruhanjaya berkenaan kononnya bagi menentukan ketulenan klip itu.

Tulen atau tidak tulen sudah tidak merupakan persoalan - kerana ia telah jelas tidak tulen - yang perlu kini polis kena segera tangkap anggota Datuk T berkenaan. Hanya dengan cara itu dapat membersihkan imej polis yang sekarang ini didakwa terlibat dalam video ini.

Kerja-kerja "superimposed" dan pengedaran bahan lucah sudah menjadi tabiat golongan UMNO dan para penyokongnya. Perhatikan saja blog-blog kepunyaan mereka, anda akan menyaksikan pelbagai bahan kotor dan jijik hasil perlakuan kotor yang terbit dari jiwa yang kotor untuk memfitnah mangsa.

Bertambah dasyat apabila bahan lucah juga digunakan semasa kempen-kempen pilihanraya seperti yang GB dedahkan sebelum ini di SINI.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Suatu masa silam aku memang penyokong UMNO/BN. Ini adalah kerana keluargaku juga memang mengkaguminya. Semasa hayatnya, ibu, bapa dan kedua-dua mertua aku merupakan penokong kuat UMNO/BN. Tapi kebelangan ini aku amat malu dengan penampilan UMNO/BN yang semakin tercalar reputasinya berikutan dengan penglibatan dalam pelbagai skandal termasuk yang paling menjijikkan ialah skandal seks. Kalangan atasan dilihat begitu tidak bermoral. Hal sedemikian kelak akan mempengaruhi generasi mendatang kerana mereka akan menjadikan kalangan pemimpin sebagai idola pilihan.

mat bosan berkata...

Rahim Tambi Chik mana ada kredibiliti lagi.Dia sudah dianggap ahli politik bakul sampah.Buat kerja kotor nak cari sikit dana untuk terus hidup.Dia mahukan Suruhanjaya DiRaja sebab dia tahu mana-mana Suruhanjaya DiRaja boleh kawtim punya.Lihat apa yang berlaku pada Suruhanjaya Diraja siasat kes Beng Hock.Malaon ni sepatutnya sudah lama dipenjara,bukan Lim Eng Guan.