21 Mac 2011

Rakyat Takkan Percaya Lagi Auta Taib Mahu Berundur

Ahli parlimen Bandar Kuching, Chong Chieng Jen berkata beliau tidak hairan dengan pengumuan hasrat Tan Sri Abdul Taib Mahmud untuk berundur daripada jawatan ketua menteri Sarawak.

Beliau telah membuat kenyataan sebegitu 20 tahun lepas, dan beliau masih membuatnya (pengumuman) 20 tahun kemudiannya. Saya tak tahu sama ada beliau masih akan membuat kenyataan tersebut 20 tahun kemudiannya selepas membuat kenyataan itu sekarang,” kata Chong.

Katanya, bagi Taib membuat kenyataan sejurus sebelum pilihan raya negeri adalah satu petunjuk yang beliau sendiri sedar yang beliau telah terlalu lama menyandang jawatan tersebut.

Tiga puluh tahun sebagai ketua menteri, sudah mencukupi. Tambahan pula, terdapat banyak soalan yang tidak terjawab mengenai harta keluarganya di dalam dan luar negara," kata Chong, yang juga setiausaha DAP Sarawak.

Katanya, kenyataan Taib tidak memberi sebarang makna dan satu-satunya cara supaya Taib benar-benar meletakkan jawatan ialah jika pembangkang menafikan BN majoriti dua pertiganya dalam dewan undangan negeri, atau jika parti pemerintah kalah sekurang-kurangnya 24 daripada jumlah 71 kerusi.

“Ini akan memaksa beliau meletakkan jawatan,” katanya.

“Dan beliau akan 100 peratus bersara atau meletakkan jawatan jika
pembangkang menang sekurang-kurangnya 36 kerusi untuk menumbangkan BN," tambahnya.

Chong berkata kemenangan besar BN dalam pilihan raya negeri akan meningkatkan peluang untuk Taib mengekalkan jawatannya.

"Gesaan saya kepada rakyat ialah jika anda mahu Taib berundur, beri kemenangan kepada pembangkang di sekurang-kurangnya 24 kerusi, jika pun tidak 36 kerusi, dalam pilihan raya negeri yang akan datang," tambahnya. -mk

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Manusia yang lebih kaya dari Sultan Brunei ini,tak akan letak jawatan sebab perletakkan-jawatan bermakna akan diheret kemahkamah dan semua harta didalam dan luar negara akan dibekukan.Inilah sebabnya Najib sendiri telah membuat kenyataan:"Akan mempertahankan Putrajaya hingga ketitisan darah yang akhir".Ini bukan soal jawatan,kuasa mahu pun wang tapi soal "takut dan khuatir" akan diseret kemahkamah atas pelbagai tuduhan dan akhirnya akan dipenjara dan kehilangan segala-galanya.Ini yang nak dipertahankan hingga ketitisan darah yang akhir.