6 Mac 2011

Jatuhkan Pemimpin UMNO Baru Kita Tahu Jumlah Harta Mereka

Rakyat perlu menjatuhkan pemimpin Umno untuk membolehkan rakyat mengetahui harta kekayaan mereka, gesa seorang pemimpin PAS di Kerdau malam tadi.

“(Tun) Dr Mahathir Mohamad, (Datuk Seri) Najib Tun Razak dan (Tan Sri) Muhyiddin Yassin, kita kena jatuhkan baru kita tahu jumlah harta mereka,” kata Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Pemimpin PAS bersuara lantang itu berkata demikian dalam ceramahnya membantu calon PAS, Hasanuddin Salim di Kerdau malam tadi.

Beliau menambah, mereka (pemimpin Umno) takut apa yang berlaku kepada Presiden Tunisia Zine El Abidine Ben Ali dan Presiden Mesir Hosni Mubarak kerana setelah jatuh, rakyat baru tahu harta kekayaan mereka.

Ceramah Khalid di Desa Murni, Kerdau diadakan bersebelahan dengan ceramah Barisan Nasisonal (BN) yang menurut beberapa ahli

PAS, ceramah BN itu tidak lain tidak bukan sekadar mahu menganggu ceramah PAS.

Hanya beberapa kerat sahaja yang berada di kawasan ceramah BN walaupun disediakan sate, mi dan nasi briyani manakala ceramah

Khalid yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dihadiri sekitar 400 hingga 500 orang.

Umno ganggu ceramah PAS

“Umno cuma nak ganggu ceramah PAS kerana mereka takut kepada kita di Kerdau,” kata Khalid secara berseloroh.

Khalid juga menjelaskan betapa pentingnya PAS menang di Kerdau dalam pilihan raya kecil kali ini.

“Kita perlu menang di sini untuk membolehkan kita menjawab tohmahan-tohmahan yang dikeluarkan kepada Pakatan Rakyat.

“Kerajaan (Pakatan Rakyat) yang hendak kita buat dengan PKR dan DAP adalah kerajaan anti rasuah, bukan seperti Umno yang menipu rakyat,” katanya.

Dalam ceramah tersebut, Khalid menyelar sikap isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor yang berbelanja besar dan membeli pakaian- pakaian mahal di luar negeri.

Beliau mengaitkan Rosmah dengan Imelda Marcos (isteri Presiden Filipina, Ferdinand Marcos) dan Leila Ben Ali (isteri Presiden Tunisia), yang membeli pakaian-pakaian mahal di Perancis dan Itali dengan menggunakan wang rakyat.

Pilihan raya umum Kerdau esok menyaksikan calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad menentang Hasanuddin dari PAS, dengan jumlah pengundi 8,999 orang.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ya, kita baru boleh tahu kekayaan mereka adalah diatas atau dibawah senarai 40 orang terkaya di Malaysia..atau di dalam senarai 10 orang terkaya di Asian.

Anda Sendiri Fikir berkata...

Salam Bro... Gua dah Habaq dah.... lagi tak guling kerajaan rosmah selagi itulah kita tak tahu berapa puluh bilion harta beliau and the kroni.... yang RM888 bilion tu pun pasti termasuk sekali.

Tanpa Nama berkata...

kita sebagai rakyat orang2 mengaku ISLAM sepatutnya jangan bersengkol dengan orang yang berlaku tidak adil kepada rakyat ...rakyat bukan di ringankan beban tetapi menambahkan beban ....lepas satu , satu lagi tak henti kejutan di beri kepada rakyat dimana rakyat mesti menanggun nya ...sampai bila ?

Tanpa Nama berkata...

Betul sangat-sangat,

Macam Khir Toyo, baru 2 penggal jadi MB dah boleh buat MAHLIGAI ALA BALI, tu rumah baru aset ntah berapa juta/biliion plak ntah.

Pak Menteri, PM dan TPM macamana punya plak? nak menuduh tak berani tapi dari gaya Bini PM bershopping nampak gaya memang kaya sangat-sangat.

-wakleman