15 Feb 2011

UPU Merlimau Utara Agih Bubur Assyura Kepada Penduduk Sempena Mauludir-Rasul

Sempena sambutan Mauludir-Rasul, UPU Merlimau Utara pada hari ini telah menyiapkan dan mengagihkan bubur asy-syura kepada penduduk tempatan.

Majlis membuat bubur Assyura diadakan secara bergotong royong oleh semua para petugas di UPU Merlimau Utara. Majlis bermula jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang yang diketuai oleh Ustaz Nordin Md dahan, Pengarah Bilik Gerakan UPU Merlimau Utara.

"Kita telah agihkan kepada penduduk-penduduk di sekitar kawasan ini termasuklah beberapa buah isirumah di Kilang Berapi, Taman Harmoni, Taman M.U. dan Taman Muhibbah," kata seorang petugas yang terlibat mengagihkan bubur berkenaan.

"Program ini diharapkan dapat mengeratkan lagi ukhwah di antara penduduk tempatan dengan jentera parti yang kini sedang giat berusaha untuk mendekati hati masyarakat setempat," tambahnya lagi.

"Alhamdulillah, rata-rata masyarakat tempatan menerima kehadiran kami dengan baik," ujarnya.

Mengenai pilihanraya N27 DUN Merlimau yang akan diadakan pada 6 Mac ini, pihak UPU Merlimau Utara juga telah bersedia untuk menerima petugas-petugas luar yang mungkin akan datang sebelum penamaan calon yang berlansung pada 26 Februari ini.

Terdapat 7 peti Undi di dalam Dun Merlimau diantaranya ialah:

1. 139/27/01 – AYER MERBAU
2. 139/27/02 – CHINCIN
3. 139/27/03 – JASIN LALANG
4. 139/27/04 – MERLIMAU UTARA
5. 139/27/05 – MERLIMAU PASIR
6. 139/27/06 – PERMATANG SERAI
7. 139/27/07 – PENGKALAN SAMAK

1 ulasan:

En Azman berkata...

Kami menyediakan 3 buah rumah sewa dan 1 Hostel Sempena PRK DUN Merlimau Untuk 14 Feb-8 Mac. Hubungi segera 0123736548 / 0136042525 / 06-5293031 @ http://jasinhomestay.blogspot.com/