17 Feb 2011

Dilemma Melayu Disebabkan Tak Percaya Kebaikan Islam - Nik Aziz

Nik Aziz: Tidak percaya kebaikan Islam, Umno sesatkan bangsa

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata kegelishan atau dilema di kalangan rakyat pelbagai kaum negara ini termasuk orang Melayu sendiri berpunca daripada “Umno yang menolak perjuangan berasaskan bangsa.”

Sehubungan itu kata Mursyidul Am PAS, akhirnya Umno yang menyesatkan bangsa itu sendiri akibat tidak percayakan kepada kebaikan ajaran agamanya sendiri.

Menteri Besar Kelantan ini berkata, tidak timbul isu dilema Melayu atau dilema mana-mana kaum apabila persoalan bangsa dan perjuangan sesuatu kaum itu berteraskan kepada ajaran Islam.

Katanya, apa yang penting diamalkan ialah semua menjadi hamba abdi kepada Allah dan sebagaimana seruan azan memanggil solat , disebutkan “Allahu Akbar”, maka yang maha besar ialah Allah bukannya Melayu atau Cina atau India.

“Sementara dalam bacaan tahyat dan salam terangkum maksud memuliakan Nabi Ibrahim dan Nabi Muhammad serta ucapan selamat kepada seluruh bangsa di dunia ini.

“Maka inilah kehebatan faedah ibadat dan muamalat yang digabung dalam solat gunanya untuk dipraktikkan dalam kehidupan manusia,” kata beliau dalam tulisan terbaru blognya.

“Sekali lagi diulangi, tidak timbul langsung dilema Melayu di sisi Islam. Ini kerana Islam sudah menyediakan ramuan yang cukup untuk dijadikan panduan hidup bagi mencapai keamanan, kedamaian serta kemakmuran di dunai sampai ke akhirat,” katanya.

Pada hari yang sama semalam, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sambil mengakui pengetahuan agama Nik Aziz lebih “dalam”, tetapi menggesa agar Menteri Besar Kelantan itu berhenti daripada menyalah guna dan menyalah tafsir Islam demi kepentingan politik diri sendiri.

“Saya akui pengetahuan agama Nik Aziz dalam tetapi alangkah baiknya jika Nik Aziz berhenti daripada menyalahguna dan menyalah tafsir Islam demi kepentingan politik diri sendiri.

“Tidak ada sesiapa yang dapat lari daripada hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.,” kata Dr Mahathir dalam jawapan panjang lebar menjawab tulisan Nik Aziz awal bulan ini.

Justeru kata bekas presiden Umno ini, “bertaqwalah kepada Allah s.w.t. dan hentikanlah mengeliru umat Islam di Malaysia kerana ingin menang pilihan raya.”

Awal bulan ini, Nik Aziz menjawab tuduhan Dr Mahathir ke atasnya dengan menegaskan, Umno yang selama ini “menzalimi orang-orang Melayu” dan menafikan beliau menjadi punca perpecahan orang Melayu Islam negara ini.

Dalam tulisan kali ini, Nik Aziz menambah, amatlah malang jika rakyat negara ini terus engkar dengan mengagung-agungkan bangsa sedangkan ia bukan ajaran Nabi.

Kata beliau, seharusnya rakyat tidak boleh melakukan suatu seruan perjuangan yang bercanggah dengan maksud surah Al-Fatihah (ayat 5-7).

“Caranya, kita tidak boleh menerima seruan perjuangan Melayu yang menolak Islam. Bila tolak Islam maknanya terima ajaran sekular.

“Atas sifat sekular, mereka itu akan terus berbelit-belit hinggalah sanggup duduk di atas prinsip agama lain (suku), politik lain (suku),” katanya lagi.

Lalu kata Nik Aziz, timbul ajaran yang asing dari Islam, antaranya mengajar umat Islam supaya “tidak bawa politik ke masjid kerana masjid itu tempat beribadat.”

“Apakah ajaran seperti ini pernah diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w? Sebenarnya, Nabi sendiri tidak pernah ajar supaya perkara politik itu disebut di luar masjid,” katanya lagi.

“Demikian pula, khutbah Jumaat atau khutbah hari raya merupakan ceramah mingguan atau musim perayaan di atas mimbar masjid juga menyentuh semua perkara yang relevan dengan kehidupan manusia.

“Maknanya dalam masa berkhutbah, pihak khatib adalah penceramah yang menyampaikan seruan Islam demi kebaikan sistem hidup yang lengkap termasuk aspek sosial, ekonomi dan politik,” katanya.

Nik Aziz seterusnya menulis, maka terimalah perjuangan Islam dan tinggalkan perjuangan sekular, sekali gus “sudah tentu kita tidak akan berdilema dengan identiti siapa kita.”

Tulisan Nik Aziz kali ini bermula dengan isu Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang menurutnya, kegagalan polisi itu pada 1990 adalah tercatat dalam sejarah.

Kata beliau, hakikatnya pelaksanaan DEB menyebabkan Bumiputera tidak kemana, melainkan ada segolongan sahaja yang mengecapi nikmat.

“Tetap sasaran pemilikan kekayaan negara hanya 18 daripada 30 peratus yang disasarkan. Kenapaa gagal? Dr. Mahathir selaku perdana menteri masa itu ada jawapan sebenar. Habis kenapa Dr. Mahathir sembunyi punca?” katanya lagi.

Justeru kata Nik Aziz, sementara umat Islam menyambut Maulidur Rasul maka sepatutnya mengambil ajaran Nabi iaitu mengajar agar menjalin persaudaraan dan berkasih sayang.

“Nabi tidak ajar kita supaya mementingkan bangsa. Justeru tidak harus kita mengungkitkan soal dilema atau tidaknya bangsa kita,” katanya.

Kata Nik Aziz, apabila disebutkan kepentingan satu-satu bangsa, sudah tentu akan ada bangsa lain yang sensitif dan berdendam.

“Maknanya bila diutamakan kepentingan orang Melayu, sudah tentu orang Cina dan India akan berdendam kerana inginkan kepentingan yang sama.

“Atas dasar inilah Islam mengajar kita mengutamakan persaudaraan. Lantaran atas nama bangsa akan timbul apa sahaja tindak balas berupa dendam kesumat,” katanya lagi. -TMI

3 ulasan:

Awanama berkata...

dimanakah selama ini yang dikatakan oleh org umno.. kononnya, mereka ini mempertahankan hak melayu... kerana hak melayulah agaknya habis bansa melayu jadi layu.... mat rempit, dadah, buang anak.., rompak, rogol.. dan macam2 lagi yang dilakukan oleh org2 melayu yang kononnya dipertahankan oleh umno bee end... yang sebenarnya.. perjuangan umno bee end ini ialah perjuangan poket org2 yang kemaruk duit dan pangkat didunia ini...

win win malaysians berkata...

waa dah lama tahu citer ini kot,hanya sengaja tak ambil tahu cos kita nak teriak umno lagi kuat teriak,lu tahu timun vs durian,nah skrang 2008 kuasa rakyat meningkat sehingga tersungkur 4 buah negeri,inilah kuasa ALLAH,yg kuasa umno/bn kata pertahan PJ mcm mana sekali pun najib tetap buat walau pun dgn kuasa seluar dlm busuk Sayfool,inilah kuasa umno yg sebenarnya rakyat byk tak ambil tahu,kalau rakyat cepat celik EQ... 2011 Allah anugerah MESIR dan 2013 Allah anugerah pula rakyat malaysia waa pasti....insyallah

Wan Solehah al-Halbani berkata...

Salam,


Apakah masalah umat Islam di Malaysia kita sekarangi ni?

Umat Islam kita tidak menyedari bahawa kita sedang menghadapi tiga masalah yang utama :


1. Kita tidak memahami mengenai pengertian-pengertian kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ, khususnya kita tidak memahami mengenai pengertian-pengertian Uluhiyah dan Rububiyah Allah dan Uluhiyah dan Rububiyah Manusia serta konsep-konsep Nafi dan Isbat;

2. Kita tidak memahami mengenai pengertian METOD ISLAM dalam perjuangan Islam dan perbezaannya dengan Metod kufur yang menyebabkan kita berjuang melalui jalan yang syirik dan kufur;

3. Kita tidak menyedari mengenai kewujudan penjajahan kaum Yahudi di dalam negara kita ini dalam bentuk “Neo-Colonialism” yang menindas dan menzalimi kita yang bertujuan untuk mengembalikan kita kepada kekufuran.


Pada kita Laailaahaillallah bererti Allah itu satu dan tidak lebih daripada satu. Itu sahaja! Seseorang yang mengucap dua kalimah syahadah, kemudian solat, puasa, bayar zakat, naik haji dan nikah kahwin cara Islam, kita sudah menganggapkan dia sebagai seorang Islam yang beriman kpd Allah. Ini adalah MENTALITI JAHILIYAH dan KEROSAKAN AQIDAH yang berlaku dengan lumrah dan berleluasa sekali di kalangan kita kini.


Kita tidak mengetahui mengenai kewujudan konsep-konsep Tauhid Rububiyah dan Tauhid Uluhiyah serta Nafi dan Isbat di dalam kalimah Laailaahaillallah. Kita tidak mengetahui mengenai kewujudan konsep-konsep Uluhiyah dan Rububiyah Manusia yang kafir.

Kita tidak mengetahui bahawa Tauhid Rububiyah itu bererti Allah adalah Tuhan kita yang berkuasa, berdaulat dan berhak untuk memerintah ke atas kita dan yang berkuasa, berdaulat dan berhak untuk membuat undang-undang untuk kita. Kita tidak tidak mengetahui bahawa Tauhid Uluhiyah itu bererti ketaatan kita ini adalah kepada undang-undang Allah. Kita tidak mengetahui bahawa Rububiyah Manusia ini bererti bahawa manusia adalah Tuhan kerana ia mempunyai kuasa dan hak untuk membuat undang-undang. Kita tidak mengetahui bahawa Uluhiyah Manusia bererti seseorang pemerintah itu adalah Tuhan kerana undang-undang yang dia buat itu adalah ditaati dan dipatuhi manusia.


Kita tidak mengetahui bahawa ahli-ahli Parlimen dan DUN kita ini adalah Tuhan-tuhan kita, iaitu Tuhan-tuhan Manusia yang syirik dan kafir kerana mereka membuat undang-undang serta mereka menguat kuasakannya ke atas kita. Kita tidak mengetahui bahawa mereka ini adalah Tuhan-tuhan kita yang kita sembah kerana kita mentaati segala undang-undang demokrasi ciptaan mereka ini yang dikuat kuasakan ke atas kita. Kita tidak mengetahu bahawa kita sebagai rakyat biasa ini adalah orang-orang yang kafir kerana kita menjadi para hamba kepada mereka serta kita menyembah mereka sebagai Tuhan-tuhan kita.


Perjuangan Islam melalui amalan agama demokrasi kita yang syirik dan kufur ini adalah perjuangan yang melibatkan kita dengan gejala MANUSIA MENYEMBAH MANUSIA dan MANUSIA MENJADI HAMBA KEPADA MANUSIA yang mengkufur ingkarkan Allah dan yang mengeluarkan kita daripada agama Allah! Kita menjadi kafir bukan kerana iktiqad, niat dan qasad di dalam hati kita, tetapi kerana amalan dan perbuatan kita yang mengamal dan mentaati agama demokrasi yang kafir serta kita menyetujui dan meredhainya. Seseorang yang mengamalkan agama yang kafir seperti agama demokrasi kita ini, dia adalah seorang yang kafir. Niat yang ikhlas kerana Allah tidak dapat menghalalkan amalan agama demokrasi yang kafir (Fatir 10).


Metod Islam dalam perjuangan Islam adalah Jihad, Perang dan Revolusi, bukan melalui amalan agama demokrasi yang syirik dan kufur.


Yahudi sedang memerintah ke atas kita di dalam negara kita sekarang ini melalui agen-agen mereka yang terdiri daripada Raja-Raja Melayu kita, para pemimpin kita, pegawai-pegawai kerajaan, pegawai-pegawai agama, polis, militeri dan NGO.


Sekian, terima kasih.


Wan Solehah al-Halbani