7 Jan 2011

Motif Penubuhan Suruhanjaya Diraja Oleh PM Dipersoalkan

Kes Teoh: S'jaya diraja tidak siasat punca kematian

Kerajaan akan menubuhkan satu suruhanjaya diraja bagi menyiasat sama ada wujud pencabulan hak asasi dalam proses soal siasat mendiang Teoh Beng Hock, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Suruhanjaya yang akan diwujudkan dengan terma-terma khusus itu, akan "meneliti dan mengkaji peraturan berkaitan soal siasat yang digunapakai oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia," katanya.

Bercakap dalam sidang media di pejabatnya di Putrajaya hari ini, Najib berkata, panel suruhanjaya berkenaan akan diumumkan selepas mesyuarat kabinet pada Rabu depan.

Beliau berharap, siasatan oleh suruhanjaya itu akan dapat menyelesaikan kes tersebut.

Suruhanjaya berkenaan akan diwujudkan dalam tempoh tiga bulan selepas Yang di-Pertuan Agong mengeluarkan tauliah pelantikan pesuruhjaya.

Najib juga berkata, suruhanjaya itu akan ditubuhkan di bawah Seksyen 2 Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119).

Peruntukan itu memberi kuasa kepada suruhanjaya berkenaan untuk menyiasat SPRM dan "kelakuan mana-mana pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia."

Boleh dilanjut

"Tempoh suruhanjaya itu juga boleh dilanjutkan untuk tempoh masa sepertimana dibenarkan di bawah Seksyen 5 Akta 119," katanya.

Najib berkata peguam negara yang tidak berpuas hati dengan penghakiman terbuka itu akan memfailkan semakan di mahkamah tinggi Shah Alam bagi menyemak keputusan Mahkamah Koroner.

"Sudah tentulah peguam negara tidak gembira dengan penghakiman (inkues) dan mahu ia dirujuk ke mahkamah lebih tinggi untuk menyemak keputusan itu, katanya.

Oleh demikian, menurut Najib, punca kematian Teoh tidak akan dimasukkan dalam terma-terma khusus penubuhan suruhanjaya diraja berkenaan.

"Bagaimanapun, kerajaan akan meneruskan keputusan yang telah dibuat sepertimana yang saya nyatakan pada 17 Julai 2009 untuk wujudkan suruhanjaya diraja," katanya lagi.

Perkara sebenar

Tambahnya, kerajaan bersimpati dengan apa yang telah dilalui oleh keluarga Teoh.

"Apa yang penting adalah untuk mengetahui perkara sebenar (yang berlaku terhadap Teoh).

"Kita harap mereka akan benarkan proses ini berlaku dan kita harap akan dapat pastikan (establish) apa yang sebenarnya berlaku," katanya lagi ketika ditanya.

Menurut perdana menteri lagi, beliau juga sedia menemui keluarga Teoh tetapi tidak pasti bila.

Pada Rabu lalu, mahkamah koroner membuat penghakiman terbuka berhubung inkues Teoh - iaitu beliau bukan bunuh diri mahupun dibunuh.

Pelbagai pihak kesal kerana setelah lebih setahun berlalu, punca kematian pegawai politik kepada seorang exco Selangor itu masih menjadi misteri.

Teoh, 30, dijumpai mati pada 16 Julai 2009 di tingkat lima koridor Plaza Masalam di Shah Alam selepas disoalsiasat oleh SPRM Selangor yang pejabatnya terletak di tingkat 14 bangunan yang sama. -mk

Ulasan GB

Ada beberapa perkara yang boleh dipersoalkan dari penubuhan Suruhanjaya Diraja yang hendak dibentuk oleh PM ini:-

1) Ia hanya untuk menyiasat sama ada wujud pencabulan hak asasi dalam proses soal siasat mendiang Teoh, bukan meyiasat punca sebenar kematian Teoh. Sedangkan kematian Teoh itulah yang sepatutnya menjadi fokus utama.

2) Penubuhan Suruhanjaya Diraja tersebut hanya satu "lakonan" kerajaan kononnya bersimpati dengan keluarga mendiang Teoh. Untuk apa? Pilihanraya DUN Tenang?

3) Najib berkata peguam negara yang tidak berpuas hati dengan penghakiman terbuka oleh Koronen Azmil Muntapha, ini mendorong spekulasi mengenai "tidak berpuas hati itu". Apakah Peguam Negara hendak memastikan teori "Teoh membunuh dirinya" seperti yang pernah didakwa oleh seorang menteri BN dan pendakwa raya diterima oleh mahkamah?


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

apa yang susah sangat cari penyebab maut itu, hukum dia, tentu ramai yang respect sama ini SPRM.

Tanpa Nama berkata...

untuk apa penubuhan suruhanjaya diraja itu lagi?kelak kes2 menteri dalam kabinet pun ditutup tanpa penyiasatan lanjut.Contohnya kes kehilangan injin jet,kes altantuya dan sebagainya