31 Jan 2011

Kekalahan PR Di Tenang. Loceng Amaran Berbunyi (updated)

PKeputusan rasmi mengesahkan Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kerusi DUN Tenang, Johor pada pilihan raya kecil hari ini, yang terganggu disebabkan hujan lebat dan banjir.

Calon BN Mohd Azahar Ibrahim memperoleh 6,699 undi manakala calon PAS Normala Sudirman mendapat 2,992 undi.

Majoriti diperoleh BN 3,707 undi.

Sebelum ini BN meletakkan sasaran untuk mencapai majoriti 5,000 yang pernah diperoleh pada 2004.

Pada pilihan raya umum Mac 2008, calon BN menewaskan PAS dengan kelebihan 2,492 undi.

Muhasabah Awal

1) Hujan yang begitu lebat turun mungkin menjadi faktor penguni-pengundi tidak dapat menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi. Ini diakui sendiri oleh Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang berkata jumlah peratusan itu lebih rendah daripada pilihan raya umum 2008 iaitu 73.52 peratus.

2) PR tidak menduga lantas tidak bersedia dengan kaedah-kaedah untuk mengangkut pengundi apabila berlaku keadaan banjir sedemikian. Sekadar mengharapkan bot pertahanan awam dan polis, ia seperti menempa kekalahan awal.

3) Peratusan mengundi kaum Cina di bandar adalah rendah. Di satu ketika melalui twitter seorang anggota parlimen Serdang Teo menulis "Amaran! Peratusan keluar mengundi di kawasan Cina cuma 20 peratus; Felda sudah 50 peratus. Tolong bantu panggil orang yang kamu kenal di Labis." Selain hujan, ada faktor lain kaum Cina tidak keluar mengundi, dimana ditemui sekeping cek yang dikoyakkan bernilai RM3,000 dipercayai perbuatan membeli undi (atau jangan kelaur mengundi) dari kaum Cina giat berlaku.

4) Masyarakat FELDA sepertimana yang GB pernah ulas sebelum ini, menerima ugutan, sehinggakan PAS dilaporkan tidak dibenarkan berkempen di beberapa lokasi di ladang FELDA. UMNO BN menggunakan taktik yang sama di Galas. Semalam GB menyatakan:

Ingat Galas! UMNO bawa taktik Galas ke Labis. Di Galas, orang asli yang diumpan dan diugut, tetapi di Labis, warga FELDA yang menerima umpanan dan ugutan tersebut.

Buktinya:

GALAS



TENANG



4) PKR Bermasalah. Tidak dinafikan ramai pemimpin PKR yang turun membantu bertungkus lumus, namun PKR masih bermasalah. Faktor Anwar, faktor kesan pemilihan 2010 menjejaskan reputasi PKR sehinggakan masyarakat kaum bukan-Melayu (Cina & India) dikatakan enggan keluar mengundi. 2 pemimpin PKR keluar parti di masa kempen PRK Tenang, Pengasas PKR, Ng Lum Yong dan MP Gobala.

5) PAS sendiri bermasalah. Pertama, kurang mesra dengan pengundi Melayu. Hanya menemui mereka semasa pilihanraya. Kedua, ada jurang komunikasi diantara pengundi dengan parti. Dakwah belum berjejak ke akar umbi.

6) Kempen menyerang calon BN. Ia tidak berapa tersusun dan tidak tepat. Masyarakat melihat seperti PAS tidak mengkotakan janji iaitu tidak akan melakukan serangan peribadi. Ia tidak dijelaskan di peringkat awal sidang media sehinggakan satu ketika GB terpaksa membetulkan persepsi bahawa yang kita serang bukan peribadi tetapi kompetensi calon yang diketengahkan.

Akibat dari strategi yang kurang tepat, pihak lawan bertindak balas dengan dua serangan peribadi di saat akhir, satu berkenaan sijil cuti sakit suami calon siap dengan ugutadari TPM, kedua serangan sijil kelulusan SPM calon PAS yang tak berkesempatan untuk dijawab.

7) Media PR masih tidak tersusun, tidak prolifik dan tidak pro-aktif. Maklumat tidak mantap. Banyak yang keterlaluan optimisnya. Seperti kenyataan Timbalan Presiden PAS: "PAS yakin menang atau kurang majoriti BN" - apa asasnya? Bahan kempen juga tidak mencukupi untuk mengimbangi media massa arus perdana yang menyerang secara agresif. Serangan dan ucapan para pemimpin UMNO BN banyak yang tidak ditangkis.

Ada lagi beberapa sebab lain yang tidak wajar untuk GB tuliskan di sini. Akan dikemukakan jika diminta oleh parti iaitu dari perspektif seorang blogger kecil seperti GB.

Apa-apa pun kita mengucapkan terima kasih dan syabas kepada petugas yang bertungkus-lumus tanpa mengira siapa mereka, PAS, PKR, DAP, blogger, kumpulan atau individu, yang berusaha di sepanjang tempoh kempen PRK Tenang. Semuga Allah membalas segala jasa mereka yang terlibat.

GB yakin jika kita berani mengakui kelemahan dan kemudian mencari jalan mengatasinya, kita akan berjaya di dalam PRK Merlimau nanti.


"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman." (Ali 'Imran: 139)

"Jika kamu mendapat luka, maka sesungguhnya mereka itu pun mendapat luka yang serupa. Dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu, Kami pergilirkan di antara manusia (agar mereka mendapat pelajaran); dan supaya Allah membezakan orang-orang yang beriman (dengan orang-orang yang ingkar) dan supaya sebahagian kamu dijadikan-Nya sebagai syuhada. Dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim, dan agar Allah membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa mereka) dan membinasakan orang-orang yang ingkar." (Ali 'Imran: 140-141)


13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kalau mengundi dalam banjir atau peti undi diangkut dengan heli BN confirm akan menang...wallahualam

Unknown berkata...

Jika undi dalam banjir...BN hantar Hantu Air. Jika angkut dengan Hali, BN masukkan Hantu Penanggal. Jika lihat majoriti BN meningkat 1215. Jika lihat undi yg diperolehi oleh BN 2008 dan skrg hanya meningkat 3++ aje...berbaloikah usaha BN sampai berjuta duit rakyat dihabiskan. Sampai MCA hina islam...UMNOGOK...tak berani nak kata apa?? Org kanan Perkasa terus kecut Telur???

Tanpa Nama berkata...

Salam GB

terima kasih kerana menyisipkan Firman Allah di saat ada kekecewaan dan hampa di atas kekalahan kita.

namun ianya terubat dan saya akan kembali bersemangat

Semoga kita semua diberi keampunan dari Allah SWT

mantibai

Amuraria berkata...

SEKUTU APCO MENANG PASAL MASIH ADA LAGI LEMBU YANG MUDAH DICUCUK HIDUNG ! MASIH LENA LAGI KERANA HERO PORNO ?

Tanpa Nama berkata...

baru Banjir beb,
belum lagi tsunami
kalau tsunami pun belum lagi kiamat.
hukum allah jangan dihina dan di senda.
-yang haram tetap haram-
p/s. walau bagaimana pun taniah kpd pengundi pas dan para pertugas yg cekal serta tabah.
-,"jazakallahu khayran" jua diucapkan.

lolipop berkata...

Sabor jer la..
Itu Johor bro..Negeri tempat lahir UMNO..
Saka dia kuat lg kt belah Johor tuh..

Tanpa Nama berkata...

saya tertarik dengan pandangan yang diberiakan GB...tertutamanya bab pemimpin pas sendiri masih belum mesra pengundi...patutnya semua pandangan GB dijadikan iktibar kepada semua pemimpn PR

p/s:pengalaman saya sendiri sbg penyokong tegar pas..masih terasa hati dengan sikap acuh tak acuh ahli parlimen di kaw sy..sebuah jajahan dikel.sudah lah calon dr luar kel..sy masih belum merasa apa peranannya..tak tahulah

ustasr berkata...

saya memang setuju sangat pimpinaan PAS khususnya peringkat kawasan kena muhasabah.Dulu kita bekertja dengan ikhlas, tanta harap apa-apa. Waktu tu ramai dari kita tolak jawatan, takut tak mampu melaksanakan amanah, tapi sekarang dah berubah. Jawatan bagaikan batu loncatan menaik taraf diri di sisi masyarakat dan bukan lagi di sisi Allah. Semakin lama kita dah semakin menghampiri budaya UMNO. saya takut kalau kita menang, kita dah lupa asal usul peranan kita.Mungkin kalah ni lebih baik untuk kita di akhirat kelak.Saya menyeru diri saya, kalau harap biarlah rahmat dari Allah, bukannya istidraj yang menjauhkan kita lagi dari Allah.

Pakteh berkata...

Pakteh penyokong tegar UMNO
saranan pakteh apabila menerima kekalahan, lakukan seperti yang GB buat, analisis secara ikhlas bukan sekadar tuduhan melulu dan sumpah seranah.

UMNO/BN pernah tewas teruk malah dari 14 PRK selepas 2008, UMNO/BN hanya menang 6 sedangkan PR menang 8. Oleh itu, lakukan sesuatu seperti yang dicadangkan oleh GB.


Dari awal lagi, pakteh melihat kredibiliti Tok Ai melebihi kemampuan Normala, ditambah dengan Tenang memang kerusi tetap UMNO + negeri Johor yang masih belum tergugat sepenuhnya oleh PR.

Tahniah UMNO namun jangan alpa dan lupa diri, berkhidmatlah untuk rakyat tanpa mengira fahaman politik.

syabas GB, analisis anda yang menarik dan segera selepas keputusan memperlihatkan kematangan dalam berblog

Tanpa Nama berkata...

Jangan pandang remeh pengundi-pengundi. Mencaci-caci hanya menambahkan kebencian orang pada PAS dan PR. Orang-orang Tenang pasti mempunyai penilaian dan pandangan mereka kenapa mereka tidak memilih PAS. Malah undi PAS sendiri telah merosot.

Tanpa Nama berkata...

salam.. anak x2 muda berkata, masih ramai lagi yg sayang, peluk , cium pada penyamum x2 negara.. hebat ekeke.. sampai bila beb..

ketuanan melayu memang berjaya kat felda.. cayalah BN.. teruskanlah bertuan pada penyamun..

joostspring berkata...

dlm byk2 blog pr,gua plg suka baca blog lu GB...

wlpn kadang2 lu over sikit..tp tu biasa la sbb ape2 pun kena la lebihkan ape yg kita sokong...

tang lu ulas pasal pas dgn pkr tu mmg dah kena sgt dah GB...mmg tu la yg sebetul2nya..

tp pasal check tu agak tak sesuai la...mana ada org nak check time prk...org mtk CASH la bro..org politik ni boleh percaya ke??hahahahhahahah...nak mintak aper2 time PRK kena on the spot...

awl lu buat ramalan pasal prk merlimau..awat bro..dah boleh jangka ke keputusan sbb melayu 65% cina 21% n india 14% di merlimau nanti...

keputusan lbh kurang je dgn tenang nanti, bn akn menang...undi cina tetap ke PR sbb DAP, kl pkr jadi calon,undi india akan solid ke BN..(isu pala bro...lg stu leh guna gobala tuk musnahkan pkr), so kl nak minimumkan majoriti kalah letak la calon pas..hohohohohoho...

awat bro,xsudi ke berkempen tuk calon DAP??? hahahahahhahahahahaha.

PRU 12 org undi PR bkn sbb PR tu kuat...tp sbb bencikan pak lah dgn KJ@beruk bro....ni adlh satu kenyataan..

MELAYU KULAI berkata...

Salam.
Tertarik dengan kenyataan Mursyidul Am..kalau mengundi UMNO BN maka mengundi jahiliyah...cuma kekadang ada calon di mana2 kerusi yang bukan ditandingi oleh Islam/Melayu di dun atau parlimen. Di kawasan seperti ini, agak2nya ahli pas akan undi siapa. Dan kalau mereka mengundi calon PR...agak2 jahiliah juga ke mereka ini...