9 Dis 2010

Seks Paksaan - Seorang Suami Didakwa

Peniaga dituduh paksa isteri seks

MELAKA: Seorang peniaga dituduh di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas dakwaan melakukan hubungan seks tanpa kerelaan isterinya di kediaman mereka di Melaka Tengah, dekat sini, dua tahun lalu.

Tertuduh, Tengku Shaiful Nizam Tengku Abd Jalal, 30, (gambar) bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Muhammad Hazri Hanafi.

Beliau yang tidak diwakili peguam mengangguk kepala sebagai tanda memahami pertuduhan ketika jurubahasa mahkamah membacakan pertuduhan ke atasnya.

Berdasarkan pertuduhan, Tengku Saiful Nizam didakwa mengikut Seksyen 375A Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara hingga lima tahun kerana melakukan kesalahan itu ke atas isterinya yang berumur 29 tahun, di Taman Melaka Baru Fasa 3, Melaka Tengah, di sini sehingga menyebabkan kecederaan ke atas wanita itu pada kira-kira jam 5 pagi, pada 2 Jun 2008.

Tertuduh dan isterinya kini masih dalam proses perceraian.

Pegawai pendakwa, Inspektor Muhather Mohd Kudus dalam pendakwaannya menawarkan jaminan sebanyak RM7,000 terhadap tertuduh tetapi selepas mendengar rayuan, Muhammad Hazri membenarkan jaminan dikurangkan kepada RM6,000.

Beliau kemudian menetapkan 20 Januari 2011 untuk sebutan semula kes dan mengarahkan tertuduh melantik peguam bela. -BH

Ulasan GB

Sekadar mencatatkan hadith-hadith

Dari Abu Hurairah, bahwa Nabi shallallahu alaihi wa sallam bersabda: "Apabila seorang istri bermalam meninggalkan atau menjauhi tempat tidur suaminya, maka malaikat akan mengutuknya sampai pagi."[Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Ahmad dan Ad-Darami]

Dari Abu Hurairah, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda: "Demi ALLAH yang jiwaku di tangan-NYA, apabila seorang laki-laki memanggil isterinya tidur ke ranjang, tetapi si isteri enggan (menolak), maka penduduk langit [malaikat] marah kepadanya hingga suaminya memaafkannya."
[Muslim]


6 ulasan:

zuraimi berkata...

itulah pasal...
pelik gak suami paksa isteri...

dah suami isteri apa yg paksanya..
lainlah kalu datg bulan ke... seks melalui jalan belakang ke....

mmmmmm...

Awanama berkata...

dunia akhir zaman pemerinbtahan BN, shahrizat tentu suka, hak wanita? mana hak islam?

Awanama berkata...

bagaimana nak adil kalau islam tak ditegakkan dan BN masih perintah malaysia

Awanama berkata...

Undang-undang BN, bukan undang-undang islam

Cumi Manzui berkata...

Kalau dah jadi isteri, sudah tentu WAJIB melayani suami. Tak boleh kata TIDAK kecuali uzur. Inilah contoh isteri yang dilaknati Allah swt. Manusia moden yang dibawa barat. "Human right", kononnya. Yang bini "human" dan yang suami tu bukan "human"kah? Orang moden ni selalunya pelik. Apa beza antara orang lama dengan orang moden? Awat orang moden berak melalui mulut kot dan orang lama berak melalui dubur? Atau orang moden dilahir melalui lubang dubur? Entahlah .... bagi orang moden, binatang lebih mulia dari manusia. Tengok saja National geographic. Siapa human dan siapa binatang, kita saja yang menentukan. Kan Allah swt bagi otak untuk kita berfikir sebagai insan dan bukan berfikir sebagai binatang. Gila punya manusia. Kalaulah dia tu bini AKU, .....

Awanama berkata...

APA - APA PUN HANYA TUHAN YG TAHU....BAYANGKAN TUAN MENJADI ISTERI. TIAP-TIAP HARI DIPUKUL, DIDEBUK, DITERAJANG DAN YG SEWAKTU DGNNYA. NAFKAH ZAHIR TAK DIBERI, ANAK-ANAK DIBIARKAN SAJA....TUT..TUT...BILA SUAMI TAK BERTANGGUNGJAWAB BALIK RUMAH ASYIK NAK SEDAP AJE??? NAK BERCERAI...MAKAMAH ASYIK BAGI KAUNSELING AJE...DAH BERTAHUN-TAHUN KES CERAI PUN TAK SELESAI....ADAKAH TUAN-TUAN AKAN BERI KEMAHUAN SUAMI??? NAK - NAK DAH DAPAT TAHU SI SUAMI KAKI PEREMPUAN...KAKI DADAH...??? LU FIKIRLAH SENDIRI!!! JGN IKUT RASA HATI.....MATI!!! TAKBIR!!!