12 Nov 2010

Pelajar Tkn 2 Ditangkap Dengan Pasangan Di Hotel

Pelajar berkhalwat

TAMPIN – Kerana sayang dan cinta, seorang pelajar tingkatan dua, salah sebuah sekolah di Daerah Tampin ditangkap berkhalwat bersama pasangannya, yang juga pelajar tingkatan lima, dari Daerah Alor Gajah di sebuah hotel di sini, kira-kira jam 11 pagi semalam.

Sinar Harian difahamkan, usaha menangkap pasangan sekolah itu mengambil masa lebih dua jam apabila sepasukan kakitangan bahagian penguatkuasaan Pejabat Agama Islam Daerah dengan bantuan polis gagal memasuki bilik sewa mereka, seawal jam 8.50 pagi.

Menurut sumber, berikutan kedegilan pasangan pelajar terbabit yang berlanjutan sehingga jam 10.50 pagi, pasukan serbuan terpaksa menendang pintu untuk memecah masuk ke bilik sewa berkenaan.

“Bagaimanapun, pelajar lelaki terbabit akhirnya membuka pintu bilik hotel selepas hampir dua jam 15 minit, pasukan serbuan berusaha untuk masuk.

“Pelajar itu juga didapati masih mengenakan seluar sekolah berwarna hijau dan baju T berwarna coklat, sementara pasangannya dilihat dalam keadaan sugul dan terkejut dalam tandas. Dia berpakaian lengkap baju T dan seluar sukan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. -SH

2 ulasan:

mahaza berkata...

apasal nak tangkap dorang? bari tingkatan dua, kalau mengandung adad sekolah untuk lindung dak pompuan tu... kang KM marah kang... sekolah tak cukup ramai nanti budget kena potong....

Tanpa Nama berkata...

Ada pontesi pelajar perempuan ini untuk memasuki sekolah pemulihan di melaka yang di taja oleh Dato Ali Rustam. Tahniah KM melaka akan dapat cucu lagi.