26 Okt 2010

Ku Li Sudah Tahu Awal Bahawa...

Galas: Ku Li tak bersama pemimpin BN di pusat penamaan calon

Tengku Razaleigh Hamzah (kiri sekali) bersama penyokongnya dan calon BN Abdul Aziz Yusof di luar kawasan pusat penamaan calon di Gua Musang pagi tadi. — Gambar oleh Choo Choy May

GUA MUSANG, 26 Okt — Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Tengku Razaleigh Hamzah hari ini tidak hadir di pusat penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang di sini.

Tengku Razaleigh yang juga Ahli Parlimen Gua Musang dilihat tidak bersama pemimpin-pemimpin BN yang lain memasuki ke pusat penamaan calon pagi.

The Malaysian Insider difahamkan Tengku Razaleigh bersama dengan penyokong-penyokong BN di luar kawasan pusat penamaan calon.

Menurut Timbalan Pengarah Pilihan Raya Datuk Seri Mustapha Mohamad, Tengku Razaleigh yang mesra dengan panggilan “Ku Li” hadir tetapi bersama penyokong di luar.

“Ku Li ada, beliau bersama rakyat di luar.

“Beliau tidak mahu naik, bagi beliau yang lebih penting adalah pengundi. Jadi beliau mahu bersama pengundi,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Sementara itu Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin berkata Ku Li ada bersamanya di luar ketika calon dan pemimpin memasuki pusat penamaan calon tapi sudah pulang.

“Beliau ada bersama saya pagi tadi, tapi sekarang sudah balik,”
katanya.

Dalam pilihan raya kecil DUN Galas, Barisan Nasional meletakkan Setiausaha Umno Gua Musang Abdul Aziz Yusoff sebagai calon manakala PAS pula meletakkan pemangku Yang Dipertua PAS Gua Musang Dr Zulkefli Mohamad.

Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian penyandangnya Che Hashim Sulaima daripada PAS, yang meninggal dunia akibat kanser usus 27 September lalu.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, 11,553 pengundi layak untuk mengundi dalam pilihan raya kecil itu iaitu Melayu 7,125 orang atau 61.7 peratus, kaum Cina 2,317 atau 20.06 peratus, India 185, Bumiputera Siam 10 orang dan Orang Asli 1,889 orang.


BERITA BERKAITAN SEBELUM INI

Fitnah Khalwat: UMNO Telah Minta Maaf Secara Terbuka - Dr.Zul

[Video & Bergambar] Sekitar Penamaan Calon Galas

Galas: Cerah Untuk PAS, Gelap Bagi BN

[Bergambar] Lintas Lansung Penamaan Calon Galas & Batu Sapi (updated)

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

najib hanya nak perkudakan KULI

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya Ku Li serba salah. Dalam isu royalti minyak beliau dikutuk oleh rakan partinya sendiri. Tidak lama dulu gelaran Tan Sri ditarik kerana tubuh Semangat 46. Cuba bayangkan perasaan diri sendiri jika berlaku kepada diri kita