24 Sep 2010

Penduduk Hulu Kelang Sudah Bersuara. Can Azmin Please Stand Up!

Ukay Bistari: Selesai masalah kami undi, pembeli beri BN dan PR kata dua

Gambar: Pengerusi Persatuan Pemilik Hartanah UKB (PHUKB) Dr Mohamed Rafick Khan Abdul Rahman foto: The Star

AMPANG, 24 Sept — Para pembeli rumah Ukay Bistari di Hulu Kelang, projek yang kini terbengkalai, memberi kata dua akan mengundi kepada perikatan - sama ada BN atau Pakatan Rakyat — yang sanggup menyelesaikan masalah mereka sebelum pilihan raya umum ke-13. Kata dua mereka muncul di tengah-tengah usaha keras PR dan BN mahu menambah kedudukan mereka di Dewan Undangan Negeri Selangor.

PR mengambil alih kerajaan negeri, yang paling kaya di negara ini, menerusi pilihan raya umum dua tahun lalu.

“Dalam tindakan terdesak terakhir ini, para pembeli yang kebanyakannya penduduk kawasan Parlimen Ampang dan Gombak kini menawarkan peluang kepada kerajaan negeri dan pusat dalam tender yang unik bagi memberi undi blok kepada kerajaan yang sedia membantu masalah perumahan kami,” kata

Pengerusi Persatuan Pemilik Hartanah UKB (PHUKB) Dr Mohamed Rafick Khan Abdul Rahman dalam emel kepada media hari ini.

“Kami boleh memberi jaminan kepada mereka bahawa (kami ada) minimum 4,000 undi dalam pilihan raya umum akan datang,” kata beliau lagi.

The Malaysian Insider difahamkan tindakan agresif pembeli-pembeli terbabit sudah cukup untuk menjatuhkan wakil PR di kerusi Parlimen Gombak dan Ampang serta kerusi DUN Bukit Antarabangsa.

Kata dua mereka sekali gus memberi gambaran bahawa rakyat tidak peduli mengenai politicking yang wujud sekarang, sebaliknya mahu masalah-masalah setempat yang dihadapi diselesaikan.

Ia juga memberi amaran kepada PR bahawa penguasaan mana-mana negeri termasuk Selangor bukan sesuatu yang kekal jika masalah seumpama itu tidak diselesaikan.

Dr Rafick memberitahu The Malaysian Insider hari ini, kesemua 2,000 ahli PHUKB menyokong rancangannya dan sanggup melakukan apa sahaja bagi membolehken masalah perumahan mereka diselesaikan.

“Setakat minggu lalu, kami menerima pengesahan bahawa bank undi yang terjamin adalah seramai 6,000 orang,” kata beliau sambil menambah mereka juga sedang berusaha untuk mendapatkan sokongan rakan-rakan mereka dan jiran masing-masing.

“Kami akan bercakap atas satu suara dalam isu ini,” kata beliau.

Daripada jumlah itu, 68 peratus pengundi adalah dari kawasan Parlimen Ampang, 30 peratus dari Gombak dan baki dari kawasan lain.

Beliau mendakwa jika kerajaan PR mengetepikan permintaan mereka, kemungkinan wakil rakyat semasa akan dibuang undi keluar dan digantikan oleh BN.

“Berdasarkan paten undi dan keputusan pilihan raya umum lalu, bilangan undi yang kami tawarkan sudah cukup untuk mengubah kedudukan Ahli Parlimen Gombak dan Ampang serta ADUN Bukit Antarabangsa,”
tegas beliau.

Naib Presiden PKR Azmin Ali merupakan Ahli Parlimen Gombak dan ADUN Bukit Antarabangsa manakala Ketua Wanitanya Zuraida pula Ahli Parlimen Ampang.Bagi membuktikan ikhlas dalam niat mereka, ahli-ahli PHUKB akan berhimpiun di tapak projek pada 3 Oktober untuk menaikkan kain rentang 6.6 meter x 10 meter (20 kaki x 30 kaki) menghala ke arah Jalan Lingkaran Tengah untuk meluahkan pendirian mereka.

“Kami sudah penat menjadi mangsa dalam semua perundingan bagi menyelesaikan isu ini, yang terbengkalai sejak 2003,” katanya.

“Kerajaan negeri Selangor telah campur tangan dan menjadikan keadaan lebih buruk bagi kami.

“Kami juga mengadakan perbincangan menerusi kerajaan persekutuan, melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, tetapi sehingga kini tiada masa yang diselesaikan,” katanya.

Dr Rafick juga melahirkan rasa kecewa dengan kerajaan negeri Selangor yang lebih banyak fokus ke atas pilihan raya PKR berbanding isu-isu lain yang lebih penting.

“Saya sangat kecewa. Dalam kapasiti peribadi, saya mengundi Azmin dalam pilihan raya tetapi nampaknya beliau telah mengecewakan saya,” katanya.

Azmin akan bertanding jawatan timbalan presiden dalam pemilihan pusat PKR bulan depan.

“Kami telah memberikan pemaju-pemaju satu peluang. Kami juga sudah bercakap dengan kerajaan Selangor, kementerian.

“Adalah jelas, ia memerlukan kekuatan politik untuk menyelesaikan masalah ini. Sebab itu kami tiada pilihan, dan perlu melakukan yang ini,” kata Dr Rafick.

Menurut laporan kemajuan PHUKB yang dikeluarkan Februari lalu, projek pembangunan perumahan Ukay Bistari bernilai RM200 juta dimulakan oleh sebuah syarikat dikenali sebagai Damai Bistari Sdn Bhd, yang dimiliki penuh oleh Intelbest Corporation Sdn Bhd.

Damai Bistari, menurut Dr Rafick, diuruskan oleh Tan Sri Chan Ah Chye yang merupakan penasihat korporatnya.

Chan juga pengarah eksekutif Talam Corporation Bhd, syarikat yang terpaksa memperoleh sokongan kewangan kerajaan negeri Selangor berjumlah RM392 juta untuk diselamatkan daripada hutang.

Projek Ukay Bistari melibatkan 1,800 unit rumah kos rendah, apartmen kos sederhana, apartmen servis. rumah-rumah teres, lot-lot kedai dan pejabat.

Sejak dilancarkan 98 peratus unit sudah habis dijual tetapi pembangunannya berhadapan dengan masalah ekoran kesukaran kewangan.

Ulasan GB

Bukankah GB sudah nyatakan dulu, apa perlu sibuk-sibuk bertanding untuk jawatan-jawatan kanan di dalam parti sekiranya anda belum berkemampuan untuk menjadi YB yang dihormati dan mampu menjadi penyelesai masalah rakyat?

Bagi GB, kita perlu bekerja sejujurnya untuk parti. Jawatan akan tiba ke riba kita apabila kita sudah mampu dan layak untuk memegangnya. Jawatan adalah amanah. Jawatan adalah pengikat sebelah kaki seseorang di neraka. Tuhan tahu melakukan kerjaNya.

Kita perlu buktikan kerja-kerja kita secara bersungguh-sungguh. Berlumba-lumba membuat kebaikan bukan berlumba-lumba untuk jawatan.

Menceritakan bergelumang di dalam reformasi itu adalah sejarah. Kaedah merayu simpati secara itu tidak akan memberikan impak positif kepada perjuangan parti.

Saya tidak benci kepada Azmin, tetapi saya lihat banyak masa lagi untuk Azmin. Mengapa perlu gopoh? Apa yang Azmin perlu lakukan kini ialah membentuk dirinya sebagai "role model", bekerja bersungguh-sungguh untuk rakyat dan parti, bukan untuk jawatan. Berapa ramai yang pegang jawatan tetapi kemudiannya seperti kaduk naik junjung akhirnya?

Azmin boleh menang sebagai Timbalan Presiden, tetapi ada "kos" yang perlu dibayarnya nanti, iaitu kehilangan jawatan YB! Mampukah beliau menerima itu sebagai realiti?

4 ulasan:

Awanama berkata...

Apa macam Azmin? Lebih baik kamu buat pilihan skrg. Atau tanya gb apa pengeras utk elak sumpahan rakyat Hulu Kelang?

Awanama berkata...

Salam,
Projek perumahan ini sebenarnya terbengkalai ketika zaman pemerintahan BN lagi.Ketika itu Dato Ahmad Bujang sebagai Adun di Hulu Kelang dan pejabatnya cuma seberang jalan..disebelah kanan MRR2 menghala ke Pantai Timur. Jika dia keluar ambil angin di tepi pejabatnya, YB tu akan nampak projek yang tak siap..tp tidak turun padang tanya khabar.

Sehinggalah saya pergi berjumpa dengan Dato Ahmad Bujang untuk membawa kes ini kepada pengetahuan MB Selangor iaitu Khor Toyo dan Exco Perumahan iaitu Dato Fatah (kalau tak silap) tapi mcm biasa, hampeh. Surat tersebut masih ada lagi pada simpanan saya.


Sekarang giliran PR pulak memerintah..nampaknya YB Shaari Sungib beberapa kali turun berjumpa dengan pembeli tapi mcm biasa lah..pelbagai masalah. Dan nampaknya seperti kerajaan PR tidak ubah seperti kerajaan BN dulu..hanya lebih suka main politik. MB Selangor yang baru pun, tak dapat nak tolong rakyat negeri sendiri. Kalau dah bapak sendiri tak boleh nak tolong anak, nak harap pd siapa lagi??

Awanama berkata...

Nak tambah sikit lagi...sekarang ini org main politik cuma untuk diri sendiri..segelintir saja yg jd YB hanya untuk berkhidmat sungguh-sungguh pd rakyat...baik dari BN atau PR...2 x 5 saja..sebab acuan dia sama..mahaguru pun sama..tak lari kemana ajaran. Cuma kueh je kaler lain..rasa lebih kurang sama..

lurus berkata...

PERINGATAN UTK PR, BN dan BEBAS.....*SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT* bagi aku cara ni mmang bagus supaya yb2 ni buat kerja sbb nak tolong bukan nak idup senang...kalu yg muslim tu ko paham2 jer ler...semua ni besok ko kena jwp dlm kubur.....bukan senang nak jd pemimpin...ada paham????