27 Sep 2010

Mercu Tanda PAS Pasir Gudang

PAS Pasir Gudang adalah kawasan parlimen yang berjiran dengan PAS Kawasan Johor Bahru yang bersempadan diantara Dun Stulang dengan Dun Permas dan Dun Tanjung Puteri dengan Dun Johor Jaya.

Jumaat 24 September 2010 bertempat di Taman Mawar Pasir Gudang bersempena dengan Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Pasir Gudang satu majlis perasmian Bangunan PAS Pasir Gudang telahpun disempurnakan dengan gilang gemilang

Bangunan setinggi tiga tingkat ini dibeli dengan harga RM 270,000 hasil sumbangan dari penyokong-penyokong dan dermawan yang cintakan Islam dan PAS.

Bangunan ini menempatkan dewan kuliah dan mesyuarat, juga terdapatnya Pusat Aduan Rakyat yang diseliakan oleh En Syed Othman yang pernah beberapa kali menjadi calon PAS bertanding di Dun Permas dan dibawahnya adalah ruang perniagaan restoran yang disewakan sebagai dana ekonomi PAS Pasir Gudang.

Yb Salahuddin Ayub selaku Naib Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian telah dijemput untuk merasmikan bangunan PAS Pasir Gudang sekaligus menjadi batu asas dan mercu tanda di Pasir Gudang betapa PAS kini semakin kehadapan dalam menempuh dan memenuhi impian dan mimpi soleh dalam harapan untuk menawan Nusajaya dan Putrajaya.

Apapun tahniah kepada PAS Pasir Gudang, AllahuAkbar! -pasjohorbahru

1 ulasan:

Awanama berkata...

hilangnya kuasa politik melayu dek kerana pecaturan politik umno,umno berpesta kalau pas kalah tapi bersedeh kalau mic dan mca kalah.kalau pas menang umno kata melayu berpecah tapi kalau bn menang melayu telah bersatu sokong bn inilah perangai umno/bn kini dulu dan selamanya mailah kita ramai2 tolah umno/bn pada pr ke13 nanti.