30 Ogo 2010

MBE & 1Malaysia Najib Ditentang Oleh Puak Ekstremis Melayu

Meritokrasi: Mahathir 'tolak' MBE Najib

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mempertahankan pendiriannya berhubung dasar meritokrasi yang bakal menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Menurut bekas perdana menteri itu, ekonomi negara tetap mencatat pertumbuhan, malah lebih daripada negara membangun yang lain ketika DEB diamalkan.

"Jadi anda tidak boleh kata DEB menjadi halangan (kepada pertumbuhan ekonomi)," katanya ketika ditemui media selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Negara hari ini.

Tambahnya, beliau telah memaklumkan pendiriannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung dasar meritokrasi yang dipelopori bekas perdana menteri itu.

Katanya lagi, beliau berhak membuat kritikan seperti itu, namun pendapatnya tidak semestinya betul.

Beliau ditanya berhubung kritikannya ke atas pelaksanaan Model Ekonomi Baru.

Model berkenaan bertujuan membangunkan Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi melalui pendekatan lebih inklusif berdasarkan merit.

Tambahnya, perbezaan pendapat seperti itu merupakan perkara biasa, malah beliau juga menerima kritikan seumpama itu ketika menjadi perdana menteri.

Dalam pada itu, mengulas sokongan yang semakin meningkat kepada kumpulan pendesak seperti Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Mahathir berkata perkembangan itu disebabkan kegagalan Umno dalam mempertahankan hak warga bumiputera.

Peningkatan pengaruh pertubuhan itu juga menyebabkan ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin mengugut untuk keluar daripada parti sekiranya Umno menyokong PERKASA.

Mengulas ugutan tersebut, Mahathir bagaimanapun sekadar berkata: "Itu dia punya pasallah."


Perkasa persoal 1 Malaysia, gesa Najib jelaskan

Perkasa pimpinan Ahli Parlimen Bebas Datuk Ibrahim Ali hari ini memberi tekanan baru ke atas Datuk Seri Najib Razak dengan meminta Perdana Menteri menjelaskan konsepnya 1 Malaysia, yang sesetengah pengkritik menganggapnya sebagai slogan cetek dan tidak membantu meredakan ketegangan kaum.

Ibrahim berkata, konsep 1 Malaysia telah dimanipulasikan oleh sesetengah pihak dengan mendakwa ia merujuk kepada soal kesamarataan antara kaum.

“Kami meminta Perdana Menteri menjelaskan konsep 1 Malaysia,” kata wakil rakyat Pasir Mas ini kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Ibrahim, Perkasa mahu konsep itu berasaskan pada Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 153 merujuk kepada hak keistimewaan Bumiputera dan membolehkan kerajaan mengadakan kuota di institusi pengajian tinggi, peluang pekerjaan sektor awam dan permit.

Malah, Penasihat DAP Lim Kit Siang juga mempersoalkan keberkesanan konsep 1 Malaysia, yang dibawa Najib sejak dilantik sebagai Perdana Menteri April 2009, ekoran insiden-insiden bersifat perkauman dengan dua pengetua mengeluarkan kenyataan berbaur rasis.

Perkasa mengemukakan gesaan itu ketika negara membuat persediaan untuk menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-53 Selasa ini.

Ibrahim juga mencabar Najib agar membentangkan resolusi Parlimen untuk menggugurkan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan jika konsep 1 Malaysia benar-benar merujuk kepada soal kesamarataan.

“Adakah beliau boleh berbuat demikian?” kata Ibrahim lagi.

Najib menyatakan pendirian terbukanya dua hari lalu berhubung kenyataan rasis pengetua sekolah di Johor dan Kedah terhadap pelajar Cina dan India.

Kata beliau, pentadbirannya tidak akan bertolak ansur dalam isu-isu berkaitan dengan perkauman.

Perkembangan itu membawa kepada Lim semalam memberi tempoh 60 jam agar Najib mengambil tindakan terhadap pengetua-pengetua terbabit, menjelang Hari Kemerdekaan, jika tidak ia akan membuktikan dasar tidak bertolak ansur itu hanya pendekatan perhubungan awam semata-mata.

Hari ini, Ibrahim turut membidas masyarakat Cina yang menuntut agar kuota 30 peratus bagi Bumiputera digugurkan.

“Kaum ini tidak menghormati orang Melayu sebagai bangsa ketuanan,” katanya.

“Mereka tidak menghormati kerana tamak. Orang Melayu merupakan 67 peratus penduduk negara ini. Kami hanya meminta 30 peratus,” katanya. -TMI

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

semoga allah tumbangkan BN diganti dengan pemimpin beriman, adil, ikhlas dan bertanggungjawab

Tanpa Nama berkata...

1 malaysia dah jadi haru biru dengan najib

Tanpa Nama berkata...

mahathir memulakan meminggirkan melayu dan diteruskan najib...

Tanpa Nama berkata...

biar mamak sahaja hidup senang lenang di Malaysia ni..

Mahafiraun mamak madey kutti kata "Melayi mudah lupa" sebab senanag Melayu diperbodohkan,ia telah menjadi amalan UMNO perbodohkan Melayu.

Tanpa Nama berkata...

Takdirnya BN dapat ditumbangkan dalam PRU 13 nanti rasanya wad sakit mental di hospital kena dibesarkan saiznya. Antara pesakitnya ialah Najib dan isteri, Muhyidin Yasin, Rais Yatim, Jamil Khir, Ismail Sabri, Stawbery Cheek dan ramai lagi. PR kena rancang awal-awal takut puak ni mengamuk dengan menggunakan bom!