5 Ogo 2010

Kezaliman Polis : PDRM Dikutuk Sehingga Akhir Zaman

Suaram, GMI Kutuk Tindakan Ganas Polis Tahan Peserta Anti ISA

Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ganas polis terhadap perhimpunan aman lampu lilin anti-Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang diadakan serentak di Selangor, Pulau Pinang, Perak, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Johor, Sabah dan Sarawak.

Perhimpunan yang dianjurkan oleh Suaram dan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) itu bertujuan menunjukkan bantahan rakyat terhadap ISA yang telah dikuatkuasakan sejak 1 Ogos 1960.

Sejumlah 38 peserta telah ditahan semasa perhimpunan termasuk Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh, Penyelaras Suaram, Nalini Elumalai, Ong Jing Cheng, Ahli Sekretariat, Kohila, Ahli Sekretariat Pulau Pinang, Choo Chon Kai dan Pengarah Suaram, S Arutchelvan.

Menurut Suaram dalam satu kenyataan Isnin lalu, walaupun jumlah ini jauh lebih rendah daripada jumlah tangkapan tahun lalu di mana 589 peserta termasuk remaja bawah umur ditangkap, tetapi penahanan kali ini tidak perlu langsung kerana ia adalah satu perhimpunan aman.

"Anggota polis di Petaling Jaya, Pulau Pinang dan Kelantan jauh lebih angkuh dan ganas dibandingkan dengan negeri lain.

"Walaupun polis menunjukkan belang mereka di negeri lain, tetapi juaranya sudah tentu Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Arjunaidi Mohamed. Beliau bukan sahaja angkuh tetapi amat tidak profesional mengendalikan orang ramai.

"Beliau tidak memberikan masa mencukupi untuk orang ramai bersurai, lebih tepat lagi beliau tidak tahu bagaimana untuk menyuraikan himpunan dengan aman. Tambahan pula, anggotanya bertindak kasar semasa membuat tangkapan. Tindakan polis amat jelas langsung tidak mempedulikan hak asasi manusia, walaupun dengan kehadiran ahli Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dan Badan Peguam," tegas Suaram.

Menurut Suaram tangkapan itu adalah satu bentuk penyalahgunaan kuasa oleh jentera kerajaan Umno-BN dan kegagalan melindungi dan menegakkan hak asasi yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Kami amat terkejut dan terganggu dengan pelanggaran undang-undang tanpa menghiraukan implikasinya.

"Kita mendesak polis menghormati kebebasan berhimpun yang termaktub di dalam Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan. Kami mendesak Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan meminta maaf kepada peserta himpunan yang dikasari.

"KPN perlu bertanggungawab terhadap kesemua penahanan yang dibuat dan beliau patut berasa malu kerana mengubah institusi kepolisian negara kepada satu badan yang yang tiada integriti dan tidak profesional," ujar badan itu lagi.

Suaram berkata kewujudan ISA telah menjejaskan nama baik Malaysia di dalam dan luar negara dan ini menyebabkan kerajaan Umno-BN bercadang membuat kepada ISA.

Namun kerajaan tidak ada niat untuk memansuhkan senjata politik ini tetapi hanya mempropogandakan pindaan, bukannya pemansuhan.

Pindaan ini hanya berbentuk kosmetik dan tidak akan merubah apa-apa elemen penindasan yang ada sekarang tegas Suaram.

"Bagi meraikan 50 tahun penubuhan ISA, kami mencabar Perdana Menteri Najib Razak memansuhkan ISA serta-merta. Suaram dan GMI tidak akan bertolak ansur berkenaan isu penahanan tanpa bicara.

"Semua akta yang membenarkan atau menjurus kepada penindasan dan penyeksaan individu tidak patut berada di dalam statut dan patut dimansuhkan segera. Kita ingin mengingatkan kerajaan Umno-BN sekali lagi bahawa kita tidak akan berdiam diri selagi akta drakonian ISA dimansuhkan," kata kenyataan itu.

Suaram turut mendesak pemansuhan semua akta yang membenarkan penahanan tanpa bicara yang mencabul hak asasi manusia.

Suaram juga mendesak kerajaan bertindak terhadap isu yang telah lama dibangkitkan termasuk:

1) Penubuhan satu badan untuk memantau tindakan polis seperti cadangan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) yang dicadangkan oleh Suruhanjaya DiRaja Polis.
2) Pemansuhan undang-undang seperti Seksyen 27 Akta Polis yang menafikan hak bersuasa, hak berekspresi dan hak untuk berhimpun. -SK

Ulasan GB

Polis akan membayar harga yang mahal dengan tindakan zalim dan kejam mereka ke atas rakyat.

Mereka bakal kehilangan kerajaan yang mereka dokong apabila rakyat akan menggantikan UMNO BN kepada pihak yang mampu merubah PDRM supaya beradab dan berkelakuan adil dan saksama tatkala menjalankan tugas.

Perlakuan buruk itu akan mengundang hal yang buruk juga dimana kezaliman mereka akan terus menjadi kutukan rakyat sehingga ke akhir zaman.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PDRM ni pun satu macam.Perlembagaan Malaysia(Undang-undang yang tertinggi)membenarkan rakyat mengadakan perhimpunan aman,tak tercatit pun soal permit.Buatlah kerja cara profesional sikit.Bila orang kata "PDRM anjing UMNO", marah pulak tetapi sendiri buat silap kerana suka diperkudakan UMNO.Sehari-dua ni,nampak rakyat yang kena balon dengan belantan dan kena sembur air asid,tak melawan.Fikirlah,selama mana orang boleh sabar.Suatu hari yang dizalimi ni akan meletup jugak.

Matketor berkata...

Polisi nipun memang dah lama gila kuasa..naik gaji sikit dah nak berlagak..nak menunjukkan kuasa la tu..sombong dan bongkak dengan kuasa menzalimi rakyat..duit gajipun rakyat yang bayar..jangan ingat UBN yang bayar..dan rakyat akan merampas kembali kuasa yang diberi jika kamu bapak bapak polisi lupa diri bahawasanya kamu semua tu hamba rakyat dan sudah semestinya hamba TUHAN YANG MAHA ESA..

Tanpa Nama berkata...

Berdosa besar kalau tak rasuah atau menyalahguna kuasa. Hampeh sungguh malaun berlesen nih. Say NO to kerjaya polis.