7 Ogo 2010

Kes Liwat 2 Adalah Konspirasi Politik Adalah Benar

Pihak Pembelaan Ada Asas Pertikai Keterangan Saiful Dalam Mahkamah

Pihak pembelaan kes Fitnah II terhadap Ketua Pembangkang mempunyai asas kukuh untuk memohon bagi mempertikai atau 'impeach' terhadap segala keterangan yang diberikan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan di dalam mahkamah selama ini atas dakwaan beliau telah bersekongkol atau melakukan 'complicity' dengan pihak pendakwaan.

Menurut pakar Perlembagaan, Dr Samarudin Rejab justeru itu permohonan pihak pembelaan untuk menggugurkan pertuduhan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sewajarnya diberi perhatian dengan serius oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah memandangkan kes tersebut kini menimbulkan lebih banyak keraguan dan persoalan.

Kata beliau pihak pembelaan sebelum ini sentiasa menyatakan bahawa tuduhan yang dibuat oleh saksi utama, Saiful merupakan satu konspirasi politik di peringkat tertinggi dan dakwaan hubungan sulit antara timbalan pendakwa raya, Farah Azlina Latif dan Saiful kini menguatkan lagi persepsi tersebut.

"Apa yang menimbulkan persoalan, kes hubungan intim antara pengadu, Saiful dan ahli pasukan pendakwa raya, Farah Azlina dengan jelas menunjukkan bahawa konspirasi politik itu juga melibatkan pihak pendakwaan.

"Oleh yang demikian, permohonan pihak pembelaan supaya segala tuduhan terhadap Anwar sewajarnya digugurkan," kata Dr Samarudin.

Tambah beliau, agak aneh semua permohonan pihak pembelaan untuk mendapatkan maklumat dan keterangan daripada pihak pendakwaan terpaksa dipohon dan dirayu sehingga ke Mahkamah Persekutuan tetapi sebaliknya hubungan romantis antara saksi utama dan pihak pendakwa raya berkemungkinan besar telah mendedahkan segala dokumen kertas siasatan dan keterangan pihak pendakwaan kepada pihak ketiga.

"Di manakah letak keadilan dari sudut perundangan di dalam kes ini?," soal beliau. -SK

Ulasan GB

UMNO BN bakal hancur lebur dengan konspirasi ini. Ini telah dibuktikan dimana di dalam pilihanraya 1999 iaitu selepas konspirasi liwat 1, pembangkang (semasa itu Barisan Alternatif) berjaya merampas banyak kerusi parlimen dan dua negeri jatuh kepada pembangkang.

Hancurlah kamu UMNO BN selepas ini.

3 ulasan:

Matketor berkata...

kes bunuh yang kononnya berprofil tinggi pun boleh di kambinghitamkan inikan pula kes menonggeng dah tentu boleh suruh sesiapa kambing pun menonggek di tepi jalan untuk mengemis perhatian rakyat..maaflah UBN..rakyat dah lama tau DSAI tak bersalah..janganlah buat cerita membodohkan institusi kehakiman..rakyat semakin bijak..UBN semakin bodoh dan memperbodohkan juak juak, katak katak dan ulamamak ulamamak..UBN terjunam dengan juak juaknya..biarkaaaaann...biarkaaannn..

Cabai Burung berkata...

Kita dapat lihat dgn jelas, LIWAT 2 tak berapa menjadi yg mana awal2 lagi dah 'kantoi' Saiful berjumpa dgn Najib dn dinafikan kemudian PM tukar kenyataan. Rakyat pun bukan bangang lagi... tak akan dikelentong lagi..

Jidiaz berkata...

salam semua, saya rasa banyak dah usaha dari pihak yg dituduh untuk merungkai permasalahan ini. Saya rasa disamping berusaha dimahkamah DSAI and PR kena buat pula solat hajat besar2an macam TGNA buat sebelum PRU lepas. Kita kena bergantung dgn ASW sepenuhnya dan berdoa moga dihancurkan puak2 yg zalim itu....amin