19 Jul 2010

UMNO Menjulang Fahaman Perkauman Sempit Di saat Mereka Menjaja 1Malaysia

Bila Hampir Pilihanraya, Propaganda Nasib Bangsa Melayu Ditiup

Tajuk utama Utusan Malaysia hari ini bahawa Melayu bakal hilang kuasa dalam PRU-13, hanya untuk menakut-nakutkan pengundi Melayu tatkala kuasa UMNO dalam politik tanahair kian terhakis.

Adun Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad berkata media milikan kerajaan kerap menimbulkan persoalan mengenai nasib bangsa Melayu seolah-olah masyarakat Melayu tidak matang, belum cukup arif dan buta politik.

“Inilah yang BN mainkan tiap-tiap kali pilihanraya dan musim itulah permainan yang mereka mainkan cuba takut-takutkan dan berbalik kepada isu perkauman. Bagi saya itu perkara biasa,umum rakyat dah tahu dah bagaimana nasib orang melayu selama Barisan Nasional memerintah 50 tahun," kata Nik Nazmi.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Mufti Perak Dr Harussani Zakaria yang mendakwa kedegilan Parti Islam Malaysia bersatu dengan Umno akan memberi kesan buruk kepada masa hadapan bangsa Melayu.

Harussani berkata kedegilan itu adalah sifat yang keji, dan akan membawa kepada kehancuran rakyat. Beliau juga mendakwa pemimpin Pas menemui beliau meminta pandangan untuk menyatukan kedua-dua parti itu.

Pas bagaimanapun menafikan pihaknya menghantar wakil bertemu Mufti Perak agar mengaturkan perbicangan bersama Umno untuk menyatupadukan Islam dan Melayu.

“PAS tidak pernah menghantar wakil untuk bertemu dengan Tan Sri Harussani sama ada rasmi ataupun tidak rasmi saya menghadiri banyak mesyuarat peringkat pusat setahu saya tiada perbincangan untuk menghantar wakil jumpa beliau," kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad. -TVS

Ulasan GB

Sepatutnya Utusan telah lama digantung, jika KDN bertindak secara adil dan tidak diskriminasi. Sepatutnya juga Mufti Perak telah dipecat dan ditangkap kerana menimbulkan sentimen api perkauman melulu. Tetapi lantaran mereka lembu-lembu UMNO, KDN memejamkan mata. KDN akan mencari kesahalan walau sekecil kuman di media PR sahaja.

Fahaman kebangsaan sempit terus dijulang di waktu mereka menjaja gagasan 1Malaysia. Ternyata mereka hipokrit darjah tertinggi!

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya setuju dgn tuan GB UMNO gila meroyan dah nak tumpo dah...suka main2 isu melayu ni dari dulu sampai sekarang..nak tarik pengundi melayu..
woit!! UMNO tukar dasar tu dulu kepada islam baru ada jalan...

Matketor berkata...

Memang betul mereka ni hipokrit..bukan sahaja hipokrit malah tak tau malu menfitnahkan orang lain untuk menutup kebusukan mereka...rakyat dah faham dan muak dengan kebusukan dan kebodohan juak juak UBN-Najib-Rosmah...

Tanpa Nama berkata...

sebenarnya majoriti melayu sokong Pas bukan UMNO, keputusan praya hulu selangor dan bagan pinang hasil penipuan daftar pengundi SPR

Tanpa Nama berkata...

masa Pas lemah UMNO sepak terajang, bunuh macam memali dan tahan ISA, pemimpin Pas sekarang takkan nak jadi bodoh.

Tanpa Nama berkata...

UMNO main isu melayu sebab nak jerat Pas supaya pecah pakatan rakyat

Tanpa Nama berkata...

wahai orang2 beriman berpegang tegohlah pada tali Allah jangan kamu berceraiberai!,Tok mohti sepatutnya menjadi orang tengah mengajak semua orang islam bersatu atas dasar islam tak kira sama ada melayu pas atau umno dan lain2 bangsa beragama islam supaya bersatu menegakan agama Allah dibumi malaysia ini,bukanya ajak bersatu atas dasar bangsa,kemudian melebelkan pas sebagai degil dan sebagainya.

antianfusanawaanfusini berkata...

apa susahnya org melayu... kalau dah takut sangat akan nasib orang melayu, mai pakat2 join PAS, tinggalkan UMNO berseorangan, nescaya kerusi Melayu akan dipegang oleh PAS dan insyaAllah Melayu terbela, Islam terjaga! Selama ni pun dok ditangan UMNO bangsa melayu semakin layu, tanah tergadai, harta negara dirompak, undang undang diperkosa..dan banyak lagi.... Tak susah pun... cuma ubah je....

mat heiran berkata...

Anon 4.40pm
Anta munkin tak percaya,memang ada pemimpin PAS yang bengong bukan main nak sangat tidur sebantal dengan UMNO.Kalau tak percaya tanya Mustafa Ali,Hadi Awang dan Nasaruddin Tantawi.

Tanpa Nama berkata...

lambang 1 malaysia ada di mana2... agaknya bini dan najib pakai duit sendiri lah ya.... untok lambang tu... hai.... takut2 nanti malaysia akan muflis kerana membuat perkara2 yang langsung tak ada faedah... ORANG DAH TAK SUKA... TAPI MASIH TAK TAU MALU... MEMANG MUKA TEMBOK BETOOOOOL LA... BINI DAN NAJIB SERTA MANGKOK2 UMNO NI... YA.....

Tanpa Nama berkata...

tok mufti tu tak perasan kot... yang sebenornya bukan PAS yang degil tapi tok mufti yang tak faham... dia yang degil... mana tak dia jadi degil... banyak sangat makan duit ha... ha... tu kot ya... sekarang ni kalo dia ada dimana2 pun sama ada pasar tani ke... pasar raya ke... ambik cucu kat sekolah ke... macam tak ada je... orang semua dah tak heran kat dia lagi.... BODOH SOMBONGLAH NAMANYA TU... PANDAI/CERDIK TAK BOLEH DI IKUT, BODOH TAK BOLEH DI AJOR..... BIUL.. KE... NYANYOK KE... ATAU ALLAH DAH TARIK SEMUA NIKMAT DUNIA YANG ADA PADA DIA... KERANA INGKAR PERINTAH ALLAH....