8 Jul 2010

Tubuh Suruhanjaya Bebas Siasat Kes Kematian Yang Ditembak Polis

Sebanyak 26 pertubuhan masyarakat negeri Johor termasuk parti politik menggesa kerajaan menubuhkan badan siasatan bebas untuk menyiasat kes-kes kematian melibatkan penggunaan kekerasan atau senjata oleh anggota polis.

Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang berkata dengan petisyen yang baru diterimanya di Parlimen daripada pertubuhan Suara hak Asasi Manusia (Suaram) pagi tadi, mereka juga mendesak kerajaan mendedahkan laporan siasatan dengan kadar segera.

Pada sidang media di parlimen tadi, wakil Suaram menyerahkan petisyen 26 Parti Politik dan Pertubuhan Masyarakat Negeri Johor Kepada Perdana Menteri melalui Lim Kit Siang. Petisyen itu diserahkan oleh Kordinator Suaram Johor Bahru, Fang Pei Fen.

Dalam kandungan petisyen tersebut memperincikan beberapa desakan antaranya meminta Ketua Polis Negara meletakkan jawatan dan mengambil tindakan undang-undang ke atas anggota polis yang terbabit.

“Ketua Polis Negara dengan hanya menyebelahi hujah anak buahnya, bukan sahaja menolak tuntutan munasabah pihak keluarga mangsa dan masyarakat, malah mengeluarkan kenyataan yang angkuh dan sombong. Beliau harus meletak jawatan dengan segera. Anggota polis yag terbabit harus dibicara dan menerima hukuman dengan adil. Pihak kerajaan pula harus menegakkan keadilan dengan membersihkan nama baik mangsa dan memberi ganti rugi kepada ahli keluarga mangsa.”

Koordinator Suaram Pusat, S. Arutchelvan menegaskan penubuhan badan bebas adalah perlu bagi memastikan siasatan yang adil, telus dan saksama bagi semua pihak.

“Hanya Suruhanjaya Diraja yang bebas dan berkuasa dpat mencungkil rahsia sebenar kematian mangsa-mangsa tembak mati polis. Lain dengan mahkamah koronel, Suruhanjaya Diraja mempunyai kuasa untuk memanggil saksi dalam proses penyiasatan. Suruhanjaya Diraja dibentuk daripada pakar undang-undang dan perubatan. Keputusan Suruhanjaya Diraja yang berdasarkan siasatan bebas dari pelbagai aspek dipercayai lebih adil. Suruhanjaya Diraja juga kelihatan lebih neutral dan berkecuali.

“Kami 26 organisasi di Johor termasuk NGO dan parti politik dan ingatkan di sini, ini satu insiden yang jelas ditembak mati dan kematian dalam tahanan terus berlaku dan kita tidak puas hati dengan siasatan yang dibuat oleh pihak polis.Polis tidak boleh menyiasat diri sendiri, kita perlu satu badan untuk menyiasat apa-apa salah polis terutamanya kematian kerana nyawa sudah hilang, nyawa itu hak untuk hidup.”

Pada 20 Oktober 2009, seorang remaja Melayu, Mohd Afham Arin, 18 tahun ditembak mati.

Allahyarham Mohd Afham menunggang motosikal bersama Mohd Firdaus Marsawai yang juga berusia 18 tahun dikejar dan ditembak mati oleh tiga polis yang berpakaian biasa semasa dalam perjalanan dari Taman Johor Jaya ke Pasir Gudang.

Mohd Afham mati kerana kecederaan yang berpunca daripada tembakan pistol di arteri jantung tiga.

Pihak polis mendakwa tiga peronda bermotosikal cuba menahan motosikal yang dinaiki oleh Mohd Afham dan Mohd Firdaus kerana mereka disyaki terlibat dalam kes ragut yang berlaku di Taman Johor Jaya.

Tembakan dilepaskan oleh anggota polis atas alasan mempertahankan diri kerana pembonceng motosikal iaitu Mohd Firdaus melibas pisau dan pedang terhadap anggota polis.

“Jadi kita sentiasa mengambil berat mengenai kes tembak. Pihak polis sewenang-wenangnya tembak. Jadi kita ada dua kes ini yang pertama atas Afham dan satu lagi kes ke atas Agustin yang berlaku di Johor.

“Hari ini saya ada satu soalan mengenai kes tembakan atas kes ini dan Aminulrasyid dan meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah kerajaan perlu meminta maaf secara rasmi kerana sewenang-wenangnya menembak mereka termasuk Aminulrasyid dan apakah siasatan sudah dibuat oleh Menteri Dalam Negeri," kata Lim Kit Siang. -TVS

4 ulasan:

blogenstarz berkata...

lAMA KELAMAAN.....
BIARKAN SAJA ORANG YANG MEMBUAT SALAH ITU BERMAHARAJA LELA DAN KITA RAMAI2 HANTAR MEMORENDUM KEPADA MP DAP SUPAYA PDRM HANYA DIBEKALKAN COTA SAHAJA SEMASA BERTUGAS.
DAN JUGA BIARKAN PENJENAYAH PULA MENGEJAR / MEMBUNUH POLIS................
NANTI PENJENAYAH PUN ADA SOP SENDIRI !!!!!

Tanpa Nama berkata...

Mengapa blogenstarz di atas bebal sangat?

Mungkin jika ahli keluarganya ditembak mati oleh polis baru dia akan tahu apa itu keadilan.

hei blogenstarz, soalnya bukan polis tidak boleh menggunakan senjata api, soalnya penyalahgunaan senjata api.

Jenayah belum dibuktikan berlaku, apa kewajaran menembak mati? kenapa tak ditembak dikaki?

oh tersalah tembak... takkan sampai semuanya tersalah tembak. yang kes aminulrasid pon teralah tembak?

jika demikian polis itu tidak profesyenal.

Yg sebenarnya bukan tersalah tembak tetapi mmg modus operandinya tembak sampai mati supaya mudah untuk kerja polis tak perlukan pendakwaan dan buktikan jenayah dilakukan atau tidak kerana suspek sudah mati.

kalau demikian tembak saja semua rakyat Malaysia yang menentang kerajaan.... ada berani?

Tanpa Nama berkata...

paling senang tutup saja mahkamah bagi kuasa kat polis untuk jatuhkan hukuman.

Tanpa Nama berkata...

Jangan tubuh suruhanjaya bebas nanti tahu perkara yang sebenar?