9 Jul 2010

RM300 Ribu Jadi Tandatanya

Mengapa RM300,000 Tidak Disimpan Di Bank?

Bagaimana, mengapa dan untuk apa? Itu persoalan Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan berhubung penemuan RM300,000 di rumah Exco Pahang yang ditemui sekumpulan perompak 5 Julai lalu.

Azan Ismail mempersoalkan bagaimana seorang exco BN mampu mengumpulkan wang sebegitu banyak, untuk apa wang itu akan digunakan dan mengapa ia tidak disimpan dalam peti simpanan bank.

Akhbar The Star 6 Julai lalu melaporkan tindakan pantas polis menembak mati empat penjenayah yang memecah masuk rumah Datuk Wan Adnan Wan Mamat di Jalan Teluk Sisek, Kuantan.

“Saya hendak rujuk pada satu laporan akhbar The Star pada 6 Julai 2010 di mana melaporkan tindakan pantas pihak polis berjaya menembak suspek atau pun yang diklasifikasikan sebagai perompak di dalam satu kejadian pecah rumah di Kuantan yang melibatkan salah seorang Exco kerajaan negeri di dalam bidang sukan dan belia.

“Tetapi dalam berita ini menyiarkan bahawa perompak telah melarikan RM300 ribu wang tunai daripada kediaman beliau dan perkara ini telah menimbulkan banyak persoalan bagaimana Exco seorang kerajaan negeri boleh menyimpan begitu banyak tunai di dalam simpanan,” katanya.

Beliau berkata adalah menjadi perkara luar jangkaan apabila seorang Exco berani menyimpan wang yang begitu banyak di kediamannya memandangkan ia boleh menimbulkan pelbagai sangkaan.

"Hari ini begitu banyak berita berkenaan simpanan tunai yang berkaitan kerajaan beberapa isu kita dengar di Pulau Pinang dan sebagainya yang melibatkan kakitangan kerajaan ataupun orang yang diberi amanah oleh kerajaan sebagai pentadbir termasuk Exco.

"Kita minta pihak berkuasa menyiasat adakah kebenaran laporan akhbar ini bagaimana seorang Exco kerajaan negeri boleh menyimpan begitu banyak tunai di dalam kediamannya yang menjadikan kes ini kes rompakan dengan kesudahan empat orang ditembak mati oleh pihak polis yang juga menimbulkan banyak isu yang mana lima tahun kebelakangan ini banyak kes-kes tembakan yang menyebabkan berlaku kematian kepada suspek atau juga orang-orang yang di anggap penjenayah,” katanya. -TVS

2 ulasan:

Awanama berkata...

kalau perkara begini terjadi kepada umno bee end.... siapalah yang nak siasat? tapi bila kena kat pakatan rakyat... cepatnya tindakan diambil... walaupun ianya hanya fitnah semata2....

Awanama berkata...

Jikalau PEROMPAK itu tidak MATI ditembak , mungkin kita dapat maklumat darimana Rm300.000 tu datang.
Manalah tahu kalau2 perompak tu membawa wang sejumlah itu selepas merompak rumah yang ke 1 ,ke 2 ,ke 3 dan yang ke 4 ,mereka kempunan.

Mengapa POLIS tembak perompak tu yaaa..... sepatutnya tembak amaran jeeee !