12 Jul 2010

Muhyiddin Dibidas, PR Selangor Tetap Pertahankan Air Percuma

Pakatan Rakyat membidas usaha Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin membela dan mempertahankan kepentingan syarikat konsesi air Syabas.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata tuduhan bahawa pemberian air percuma kepada rakyat menyebabkan Selangor menuju kemuflisan adalah usaha untuk mengalihkan perhatian dari kelemahan pentadbiran BN di negeri ini.

Timbalan Presiden Umno itu dilaporkan berkata Selangor menuju krisis air dalam masa dua tahun sekiranya ia meneruskan skim pemberian air percuma kepada rakyat.

Beliau berkata sikap Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang enggan membebankan rakyat dengan tarif air menyebabkan kerajaan negeri menyerap kos kira-kira RM13 juta setiap bulan.

Tony Pua menyanggah mimpi ngeri Muhyiddin ini dan berkata Selangor mampu menampung subsidi air RM120 juta setiap tahun kerana Pakatan Rakyat mampu mengekalkan belanjawan yang sihat dan seimbang hasil dari dasar jimat-cermat serta pembasmian rasuah.

Beliau menambah skim pemberian air ditampung keuntungan yang dijana anak syarikat kerajaan negeri, Kumpulan Darul Ehsan Bhd, dari kepentingan minoritinya di syarikat-syarikat air seperti Splash dan Abass.

"Tan Sri Muhyiddin menyokong dan cuba mempertahankan kroni Umno, Syabas, dan ibu syarikat Puncak Niaga Holdings Bhd, yang menghadapi masalah kewangan serius, termasuklah bon mencecah RM6 bilion dan hutang ratusan juta ringgit," kata Tony.

"Timbalan Perdana Menteri nampaknya telah salah fakta. Air percuma Selangor ini dibiayai hampir sepenuhnya oleh keuntungan dari kepentingan minoriti di syarikat-syarikat air seperti Splash dan Abass melalui anak syarikat kerajaan negeri, Kumpulan Darul Ehsan Bhd," tambah beliau.

Muhyiddin membidas sikap berhati-hati kerajaan negeri Selangor yang sehingga kini enggan memperkenankan projek mengimport air Pahang, terutamanya penyerahan tanah untuk pembinaan pusat rawatan air Langat 2 bagi projek itu.

Tan Sri Khalid dalam satu pertemuan bersama wakil tenaga-tenaga industri sebelum ini berpendirian bahawa Projek Pemulihan Sungai Klang yang digerakkan Pakatan Rakyat adalah RM38 bilion lebih murah dari projek mengimport air Pahang.

Di Parlimen hari ini, Tony Pua menggesa Muhyiddin untuk menjelaskan mengapa kerajaan BN Selangor sebelum ini memeterai perjanjian penswastaan yang menguntungkan konsesi tetapi membebankan rakyat dengan kenaikan tarif 37 peratus pada 2008, 25 peratus pada 2011, 15 peratus pada 2014 dan 10 peratus setiap tiga tahun bermula 2014. -TVS

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

macam saman ekor hanya untuk cari wang belanja boros kerajaan najib.

Tanpa Nama berkata...

begitulah BN, bila bantu rakyat kerajaan susah, bila bantu koperat kerajaan senang.

Tanpa Nama berkata...

nak hidup senang kena hapus kerajaan BN, hanya jaga pemimpin, bagi rakyat merana

Tanpa Nama berkata...

BN tak akan hapus apa yang dimulainya yang menekan rakyat, nak hapus tol, saman ekor, insuran mahal dllllll kena tumbangkan kerajaan UBN

rakyat marheim berkata...

Kalau sekadar 13 juta untuk bantu rakyat,no problem kepada Kerajaan PR Selangor sebab wang tak lesap ditengah jalan macam zaman Khir Toyol.Nampaknya Mahyuddin marah sebab UMNO selama ni(lebih 50 tahun)tak pernah nak kasi rakyat senang.Lagi-lagi korek poket rakyat.Itu yang UMNO tau.Kalau bo;eh darah rakyat pun nak hisap.

Anonymous berkata...

aku cuma kesian dgn syabas - tersepit kat tengah2 antara kjaan pusat dan kjaan negeri.

yang bodoh kejaan BN dulu yg sain perjanjian konsesi dgn syabas. bila kjaan betukar bukannya boleh senang2 tak ikut perjanjian.

lagi kesian bila mengenangkan 90% drp pekerja syabas ialah org melayu juga yg sebahagian drpnya mesti ada yg menyokong pakatan rakyat di selangor.

dan yg lebih menghairankan ialah 30peratus drp saham syabas adalah milik kjaan negeri selangor juga - kenapa nak serang sebahagian daripada kita jugak??

Tanpa Nama berkata...

UMNO nak cari isu yang dia sendiri taja...

Tanpa Nama berkata...

duit rakyat yang diserap oleh umno bee end tu tak nampak pun ya... habis semua duit rakyat mereka songlap tapi tak ada pun orang umno yang bising... sebabnya.... duit tu dibahagi2kan sesama dia orang. bila pakatan rakyat memerentah... poket umno bee end kosong... tu.. la... yang berusaha untok rampas balik. MUKA TAK TAU MALU BETOOOOL LA DIA ORANG NI.... HIDOONG TAK MANCUNG PIPI TERSORONG SORONG.... ORANG DAH TAK SUKA APA LAGI... BLAH LA......

Tanpa Nama berkata...

Good