9 Jun 2010

PDRM Diresapi Agen Zionis, UMNO Tetap Guna APCO

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Umno-Barisan Nasional berusaha menghalang beliau daripada terus bersuara mengenai firma pro-Zionis, Apco Worldwide di parlimen dan cuba menggantung keanggotaan beliau sebagai ahli parlimen dengan menghadapkan beliau ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan.

Malah ketika dipanggil oleh jawatankuasa itu semalam beliau tidak dibenarkan oleh pengerusi untuk mendapatkan nasihat peguamnya semasa sesi pendengaran.

"Saya telah mengemukakan bukti di parlimen kenapa kita harus menolak langsung penglibatan Apco Worldwide dalam mana-mana institusi di negara ini. Di parlimen, saya mendedahkan perjanjian antara Apco dengan Israel pada tahun 1991, dan kemudian perjanjian antara kerajaan Umno-BN dengan Apco pada tahun 2009.

"Perjanjian ini jelas membuktikan kaitan Apco yang amat rapat dengan Isreal, dan walaupun begitu, kerajaan Umno-BN meneruskan juga perjanjian dengan Apco," tegas Anwar.

Ketika berucap dihadapan lebih 3,000 penyokong pada ceramah 'Yahudi dan Judi' di Stadium Majlis Perbandaran Selayang semalam, Anwar berkata beliau mahu dihukum kerana mendedahkan kaitan Apco dengan rejim Zionis Israel tetapi pada masa yang sama Umno-BN sendiri bertindak secara tidak langsung menyokong Israel dan tidak ada apa-apa tindakan diambil.

"Kerajaan Israel melancarkan One Israel pada tahun 1999, mungkin mengikuti nasihat Apco dan pada tahun 2009, kerajaan Umno-BN pimpinan Datuk Seri Najib Razak melancarkan 1 Malaysia. Tepat 10 tahun, kita anggap kebetulan sahajalah.

"Saya juga mempunyai bukti menyatakan terdapat dua pegawai perisikan Israel yang pernah berada di ibu pejabat Bukit Aman yang bekerja memnbangunkan sistem pelaporan polis. Mereke ini bekerja untuk Asiasoft, sebuah syarikat IT dengan pejabatnya di Singapura.

"Tetapi, ibupejabat Asiasoft terletak di Israel. Bayangkan betapa banyak rahsia negara yang telahpun di bawa keluar daripada ibu pejabat polis, dengan memberikan perisik Israel ini akses penuh kepada semua komputer?

"Ini juga satu daripada nasihat Apco untuk membawa Asiasoft. Jelas perancangan Apco sejajar dengan Israel, apa jawpan kerajaan Umno-BN terhadap fakta ini?" tegas beliau lagi. -SK

Tiada ulasan: