20 Jun 2010

Musa Hassan Diingat Perlu Perbetulkan Dirinya Dahulu

Anwar dingat tak campuri keselamatan negara

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan hari ini mengingatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya tidak campur tangan dalam urusan dan masalah keselamatan negara.

Katanya, Anwar cuba memperlekeh usaha PDRM dalam mengawal dan menangani ancaman kumpulan Jemaah Islamiah (JI) di negara ini dengan mendakwa kononnya ia merupakan cerita rekaan.

Anwar pada sidang media di lobi Parlimen semalam menuduh kerajaan sengaja mereka cerita kewujudan gerakan JI yang menjadi ancaman besar terhadap negara untuk mengalih perhatian rakyat terhadap isu besar lain yang timbul.

Dalam pada itu, Musa berkata polis akan memberi taklimat khas kepada Kementerian Pengajian Tinggi dan wakil-wakil IPTA pada Selasa ini mengenai usaha membendung penyebaran anasir pengganas di institusi pengajian tinggi (IPT).

Beliau berkata taklimat itu turut merangkumi usaha mengekang kegiatan kumpulan militan Jemaah Islamiah (JI) merekrut penuntut IPT menyertai kumpulan itu.

Diminta mengulas dakwaan adanya penglibatan tenaga pengajar IPT dalam JI, beliau berkata "Saya tidak boleh hendak beritahu apa-apa, biar kita siasat dahulu".

Musa bercakap kepada pemberita selepas Istiadat Perbarisan Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Pelantikan Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (Suksis) Institut Pengajian Tinggi Awam 2010 di Universiti Malaya di Kuala Lumpur hari ini.


Beliau berkata PDRM memantau segala bentuk aktiviti di negara ini termasuk yang berkaitan dengan pelampau agama dan perkauman dengan dibantu rangkaian risikan.

"Apa sahaja yang boleh menyebabkan keadaan keselamatan negara tergugat, kita akan siasat dan ambil tindakan sepatutnya, sebab itu kita juga pantau melalui risikan bagi mendapatkan maklumat sebelum terjadi sesuatu.

"Kita juga sedang memantau jika ada lagi ancaman militan selain dari JI dalam negara ini...bagaimanapun saya tidak boleh beritahu semuanya," katanya kepada Bernama.

Musa berkata sehingga kini, belum ada mana-mana tangkapan terbaru melibatkan aktiviti JI tersebut.

- Bernama

Ulasan GB

Jika rakyat tidak dibenarkan campurtangan di dalam urusan keselamatan negara, maka rakyat sudah tidak perlu memberikan kerjasama dengan polis di dalam penyaluran apa-apa maklumat dan seumpamanya.

Jika Musa Hassan begitu yakin bahawa anggota perisikannya terhebat dan sudah memadai untuk mengawal keselamatan negara perlu apa lagi kerjasama dari rakyat?

Inilah padahnya negara mempunyai seorang KPN yang taraf akademiknya pun amat diragui. Laporan di bawah ini berkaitan.


Keterangan palsu Musa mengenai kelulusan akademiknya

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Subang R Sivarasa hari ini membuat laporan di Balai Polis Damansara Utama, di sini terhadap keterangan palsu Ketua Polis Negara Musa Hassan yang mendakwa beliau (Musa) mempunyai kelulusan Ijazah Undang-Undang.

"Musa telah melakukan kesalahan jenayah dengan memberi keterangan palsu kepada mahkamah berhubung kelulusan akademiknya,” kata Sivarasa yang turut diiringi oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian.

Beliau yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat berkata, “apa yang dibuat oleh Musa adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 191 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 193 Kanun yang sama.”

Menurut beliau, Musa mendakwa beliau memiliki Ijazah Undang-Undang ketika memberi keterangan bersumpah dalam satu pembicaraan kehakiman iaitu dalam perkara Pendakwa Raya melawan Anwar Ibrahim dalam Wilayah Persekutuan Perbicaraan Kes No: 45-48-98 dan 48-49-98 pada 14 Disember 1998.

“Pada hal, beliau sendiri ketahui bahawa beliau hanya memiliki kelulusan Diploma in Law (diploma biasa) sahaja dan tidak pernah memiliki Ijazah Undang-Undang daripada mana-mana Universiti dalam atau Luar Negeri
,” katanya.

Sivarasa berkata, “kenyataan palsu Musa ini bersifat material kerana ianya mempengaruhi kredibiliti dan keboleh-percayaan peribadi beliau dalam pembicaraan kehakiman ini.

“Adalah munasabah untuk menganggap motif Musa memberi kenyataan palsu sedemikian adalah untuk melonjak secara perdayaan kredibiliti dan keboleh-percayaan dirinya di kaca mata Hakim berkenaan ketika memberi keterangan dalam pembicaraan kehakiman tersebut,” tambahnya.

Menurut beliau, kenyataan beliau ini bercanggah dengan keterangan beliau dalam kes Pendakwa Raya melawan Datuk Ramli Yusuf di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, Sabah pada 25 Jun 2009.

“Selaku saksi Pendakwa Raya, Musa berkata, kelulusan profesional saya ialah Diploma in Law and Management Studies apabila disoal-balas oleh James Tsai, peguambela Datuk Ramli,” kata beliau.

Berdasarkan kenyataan yang bercanggah ini maka jelas beliau tidak mempunyai kelulusan Ijazah Undang-Undang seperti yang diberikannya dalam kes Pendakwa Raya melawan Anwar Ibrahim pada 14 Disember 1998. – FMT


Jika benar Musa Hassan menipu mengenai kelulusan akademiknya berarti wang gaji yang diterimanya selama ini tidak sah dan perlu dibayar semula kepada Perbendaharaan Negara.

Selain itu ia adalah "wang haram" kerana gaji yang diperolehi adalah tidak bersih kerana terdapatnya unsur penipuan untuk membolehkan beliau menjawat jawatan KPN.

Bagaimana seorang anak kepada seorang ustaz (Hassan Azahari) boleh memakan harta dengan cara yang tidak betul dan bersih?

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mahasiswa sudah tolak kerajaan BN dan PTPTN

Tanpa Nama berkata...

nak sekat pengaruh mahasiswa menentang BN?

Tanpa Nama berkata...

sokongan pemuda kepada pakatan rakyat meningkat kerana nak menghapuskan PTPTN dan AUKU

Tanpa Nama berkata...

Soal keselamatan negara bukan kerja dan tanggung-jawab polis sahaja.Semua rakyat terlibat dan ada peranan untuk keselamatan negara.Inilah masaalahnya kalau selalu sangat menipu rakyat hingga rakyat hilang kepercayaan.Musa Hassan wajar faham,kini zaman bukan lagi rakyat boleh diperbodohkan.Polis wajar menjalankan tugas cara profesional bukan jadi kuda tungangan UMNO.Buktikan profesionalisma polis dan buktikan yang polis bukan kuda tungangan UMNO - untuk mendapat kepercayaan rakyat kepada polis.

Tanpa Nama berkata...

jangan ingat rakyat mudah diperbodohkan

Tanpa Nama berkata...

rakyat umno bee end yg boleh diperbodohkan oleh najib dan konco2nya. sbb mereka nie tak sekolah tinggi... dan tak mahu baca akhbar lain selain dari utusan meloya dan berita hairan aje.... dan tv rtm yang bingung tu adalah jadi tontonan mereka... setiap hari mereka ditipu oleh najib tapi tak nampak sebab dah buta dan tak dengan sebab dah pekak......