30 Jun 2010

Ibrahim Ali Yang Patut Di ISAkan

Ibrahim jangan berlagak

KOTA BHARU - Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan mengingatkan Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali supaya tidak terlalu berlagak dengan kewujudan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan sokongan ahli yang diberikan sehingga sanggup menghentam sesama sendiri tanpa fakta yang jelas.

Ketuanya, Anuar Safian (gambar) berkata, beliau percaya bahawa Ibrahim mewujudkan Perkasa semata-mata kerana ingin menjadi ikon nasional dan menentukan kemenangan beliau di Parlimen Pasir Mas dalam pilihan raya yang akan datang.

Katanya, sekarang dari segi realitinya Ibrahim sudah tidak lagi mendapat tempat di hati Pas malah UMNO juga belum tentu sekiranya beliau mengambil sikap yang sedemikian.

“Malahan dengan tindakan beliau yang memutar belitkan isu di sebalik kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong seolah-olah beliau sudah menjadi jaguh orang Melayu dalam negara ini.

“Ibrahim harus sedar bahawa selaku orang lama dalam politik, beliau tidak sepatutnya mencari isu murahan seperti itu untuk menjadi jaguh sebaliknya perlu melihat kepada sensitiviti dasar yang hendak dilaksanakan oleh Perdana Menteri dengan konsep 1Malaysia yang hendak digagaskan,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Beliau berkata, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin telah memberikan penjelasan terhadap isu tersebut malah Wee sendiri telah pun memberi penjelasan kepada Pengerusi Pemuda Barisan Nasional berkenaan hal tersebut.

“Jadi ianya tak perlu lagi dibesar-besarkan. Pemuda negeri bukanlah hendak mencampuri urusan perbalahan pendapat antara beliau dengan Khairy tetapi harus diingat bahawa majoriti pemuda seluruh negara adalah bersama-sama dengan Khairy dalam hal ini.

“Bagi Pemuda UMNO Kelantan kenyataan Khairy mengatakan bahawa Ibrahim adalah Gedebe Politik tepat memandangkan beliau sebagai ahli politik bermacam warna yang cuba mewujudkan satu blok minoriti bebas dalam parlimen,” katanya.

Menurutnya, sekiranya Ibrahim ingin bersama-sama UMNO dalam memperjuangkan hak dan kedudukan orang Melayu ianya harus bersederhana dalam kedudukan kita sebagai sebuah negara majmuk dan terbukti berjaya seperti mana yang diamalkan sebelum ini.

“UMNO sudah perjuangkan hak orang Melayu lebih 64 tahun, masakan Perkasa yang baru setahun jagung hendak mempertikaikannya,” katanya.

Kelmarin, Khairy menyifatkan Ibrahim sebagai ‘gedebe politik’ (samseng politik). Beliau sebelum ini menyifatkan Ibrahim sebagai penghalang konsep 1Malaysia.

Beliau turut dilaporkan berkata, gelaran terhadap Ibrahim itu memang tepat berdasarkan tindak-tanduk Ahli Parlimen Pasir Mas itu selama ini.

Justeru beliau tidak akan meminta maaf ataupun menarik balik kenyataan yang dilemparkan terhadap Presiden Perkasa itu sejak beberapa hari lalu. -SH


Edisi sulung Suara Perkasa garang, gesa Ka Siong ditahan ISA

KUALA LUMPUR, 30 Jun – Edisi sulung Suara Perkasa, akhbar Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), akan muncul “garang” esok dengan tajuk “Tahan Ka Siong di bawah ISA” – laporan yang merujuk kepada Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong yang menjadi sasaran kecaman NGO itu minggu lalu.

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali sebelum ini memanggil Wee “biadap” dan menuduh beliau mempersoalkan kontrak sosial, yang menyebabkan pertengkaran antara dua pemimpin berkenaan.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin juga terlibat dalam pertengkaran itu dengan melabelkan Ibrahim “gedebe politik”, pertikaman lidah yang berpanjangan dengan Ibrahim mendesak beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Rembau kerana mempertahankan Wee.

“Perkasa mahu kerajaan menahan Wee Ka Siong di bawah ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri),” kata Timbalan Presiden Perkasa Datuk Abdul Rahman Abu Bakar ketika memperkenalkan edisi sulung “Suara Perkasa” kepada wartawan hari ini.

“Wee Ka Siong tidak boleh kata Mara (biasiswa) perlu dikurangkan... beliau menentang Perlembagaan Persekutuan,” kata Naib Presiden Perkasa, Dr Zubir Harun hari ini.

Wee sebelum ini dilaporkan meminta supaya program biasiswa Mara kepada pelajar Bumiputera perlu dimasuhkan bersama dengan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

“Jika kerajaan hanya mahu memansuhkan biasiswa (JPA) tetapi mengekalkan biasiswa Mara, ini tidak selari dengan konsep 1Malaysia yang dipromosikan kerajaan,” katanya.

“Wee membuat kenyataan itu sebagai respons kepada keputusan kerajaan yang mahu memansuhkan sebanyak 1,500 biasiswa JPA. Timbalan Menteri Pelajaran itu terlepas daripada tuduhan kerana mempersoalkan kedudukan istimewa orang Melayu.

“Isu biasiswa mempunyai kaitan dengan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera,” kata Abdul Rahman dalam artikel itu.

“Oleh itu, ia menyentuh Artikel 153 Perlembagaan Negara, yang mana Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab dalam hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera termasuk biasiswa,” kata beliau.

Wee harus ditahan di bawah ISA kerana boleh menimbulkan perbahalahan sama seperti peristiwa 13 Mei, jelas Zubir.

Wee merupakan antara pemimpin terbaru menjadi sasaran kecaman Perkasa, NGO yang ditubuhkan akhir 2008 susulan landskap politik negara selepas tsunami politik Mac 2008.

Kira-kira 100,000 ahli NGO Islam mahu Wee memohon maaf kerana mempertikaikan biasiswa Mara.

Bagi memastikan beliau bertindak demikian, Perkasa akan memastikan bahawa pengundi Melayu tidak memberikan sokongan kepada Ketua Pemuda MCA itu dalam pilihan raya umum akan datang, tambah Abdul Rahman.

Apabila ditanya jika ada sesiapa yang mempersoalkan Artikel 153 perlu ditahan di bawah ISA, Abdul Rahman dan beberapa pemimpin Perkasa lain menegaskan, “ya”.

“MCA seharusnya tidak hanya menjadi jaguh bagi orang Cina tetapi juga 1 Malaysia,” kata Zubir.

“Wee Ka Siong tidak mempertahankan (Artikel) 153, jadi beliau menentang konsep 1 Malaysia yang diasaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak... jadi beliau perlu dipecat daripada Kabinet,” tambah naib presiden Perkasa itu.

Kira-kira 25,000 naskhah akan diedarkan di seluruh negara esok.

“Kita akan bermula dengan dwibulanan (isu), kemudian dengan kebenaran KDN (Kementerian Dalam Negeri), kita harap ia boleh dipasarkan seminggu sekali,” kata Zubir.

“Akhbar ini adalah suara Perkasa dan akan menyiarkan tentang masalah orang Melayu... berkaitan dengan hak keistimewaan orang Melayu,” tambahnya.

Dijual dengan harga RM2 senaskah, akhbar itu dibiayai Media Perkasa Sdn Bhd dan modal permulaan berjumlah RM500,000. -TMI


Ulasan GB

Bukankah sepatutnya Ibrahim Ali itu yang mesti diISAkan kerana seringkali menimbulkan isu rasis dan perkauman melampau?

Kenapa KDN berdiam diri? Kerana faktor Mahathir di belakang PERKASA?

Atau apa?

Jika demikian jangan dipersalahkan kaum bukan Melayu jika mereka juga bertindak balas hasil dari kenyataan-kenyataan Perkasa dan KDN mesti memikul tanggungjawab membiarkan Perkasa satu hari menjadi gergasi rasis yang menyemarakkan api perkauman di negara ini.


7 ulasan:

shameel Iskandar berkata...

lepas ni bang brahim ali akan jadi merayau2 kat pasir mas. dunia politiknya bakal berkubur.

Tanpa Nama berkata...

biasa lah siapa tak kenal Ibrahim Ali..dah semua orang tak nak dia..dia tubuh lah Perkasa..kot kot boleh ganti UMNO..

Rakyat Untuk Rakyat berkata...

Memang kadang2 terfikir jugak kita, apa sebenarnya Berahim Ali cari dalam politik. Cakapnya pun berubah2 tak ada pegangan.. kata orang tak ada prinsip dalam perjuangan. Dalam dunia politik malaysia, beliaulah orang yang paling banyak melompat parti sehingga beliau diberi gelaran Berahim katak. Saya yakin selepas PRU 13 ini, karier politiknya akan berakhir malah akan terkubor ditelan zaman. Penduduk2 Pasir Mas tentu akan menolaknya kerana beliau sudah berpaling tadah.
Justeru itu, untuk menarik sokongan orang2 melayu, maka beliau menubuh PERKASA dengan dasar untuk mertabatkan bangsa melayu. Segala2nya donggeng dan sandiwara. Matlamatnya bukan untuk membela bangsa melayu tapi untuk kepentingan politik beliau yang tidak kemana...Insyallah di PRU 13 akan datang ini, Berahim Katak akan terkubor dalam dunia politik buat selama2nya...

Tanpa Nama berkata...

Kalau ada lagi orang Pasir Mas nak undi lagi Berahim Ali ni, tak tahu lagilah apa lagi nak cakap. Berahim ni umpama barang yang tak laku nak digadai di Kelantan.

Tanpa Nama berkata...

Pedulikan Berahim Ali tu. Biarlah dia mati sebagai orang Melayu. Kita yang beragama Islam tu harus ingat bahawa bersifat perkauman amat dilarang. Lagipun dalam Islam, tak tercatat pun hak keistimewaan orang Melayu. Melayu tak akan hilang di dunia tanpa izin dari Allah swt. Usah orang Melayu khuatir akan nasib mereka. Kalaulah kita, orang Melayu yakin akan agama Islam yang kita pegang dan anuti, sudah pasti kita yakin bahawa kemenangan sentiasa bersama umat Islam. Fikir-fikirlah saudara AKU, Melayu Kita.

Tanpa Nama berkata...

Tapi kena ingat Berehim katak ni pandai berlakon... Bila PRU 13 nanti mungkin menangis teresak-esak menyesal kerana dok hentam PAS. Semuanya agar dapat simpati.. Dia ni sanggup bersumpah dan mungkin juga berkopiah untuk menunjukkan beliau telah insaf.. Waspadalah pemimpin2 PAS dengan permainan kotor Berehim katak ni.

Tanpa Nama berkata...

Tapi kena ingat Berehim katak ni pandai berlakon... Bila PRU 13 nanti mungkin menangis teresak-esak menyesal kerana dok hentam PAS. Semuanya agar dapat simpati.. Dia ni sanggup bersumpah dan mungkin juga berkopiah untuk menunjukkan beliau telah insaf.. Waspadalah pemimpin2 PAS dengan permainan kotor Berehim katak ni.