23 Jun 2010

Guna JI Untuk Paksa Sertai UMNO BN. Go To Hell UMNO!

Guna Jemaah Islamiah Untuk Beri Tekanan Kepada Dr.Asri Sertai Umno Barisan Nasional

Kerajaan pimpinan Umno-Barisan Nasional dipercayai menggunakan Jemaah Islamiah untuk menekan bekas Mufti Perlis Dr Muhd Asri Zainul Abidin dan Presiden Pas Abdul Hadi Awang memaksa mereka supaya tunduk pada pemerintah.

Pakatan Rakyat mengesyaki usaha Institut Latihan Islam Malaysia yang berada di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia mengaitkan kedua tokoh agama itu kepada gerakan pengganas adalah strategi untuk menakutkan mereka dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Spekulasi sebelum ini kuat mengatakan Asri akan memasuki parti pemerintah itu bersama beberapa golongan ulama, dalam usaha Umno untuk menarik sokongan penganut Islam menghadapi pilihanraya umum ke-13.

Pemerhati politik bagaimanapun berpendapat ulama berfahaman moderan itu tidak mungkin memasuki Umno, yang bertanggungjawab meluluskan kegiatan undi sukan dan ketegangan agama sekitar isu Kalimah Allah.

Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata tindakan kerajaan mengaitkan bekas Mufti Perlis itu kepada gerakan pengganas dipercayai strategi untuk memaksa Asri masuk Umno.

“Saya percaya ada satu sikap yang jelas kepada Umno bahawa dia tidak akan sertai Umno, dia tidak mahu sertai Umno dan ini mungkin sebagai satu tekanan kepada beliau, bagi satu tekanan besar kepada dia dan mungkin dia akan menyertai Umno.

“Bahawa apabila Dr.Asri dilabelkan dengan isu keselamatan, maka yang dibayangi untuknya ialah ISA,” katanya.

Selain dari Asri, Mufti Perlis Sahibus Samahah Juanda Jaya dan Presiden Pas Abdul Hadi Awang turut dikaitkan kepada gerakan Jemaah Islamiah.

Ahli Parlimen Kubang Kerian Salahuddin Ayub mengesyaki ada usaha untuk menjerat Abdul Hadi Awang yang tegas menolak sebarang kerjasama dengan Umno-Barisan Nasional di Muktamar Tahunan Pas ke-56 awal bulan ini.

“Saya rasa ini satu yang cuba untuk diselewengkan oleh isu yang sebenarnya. Sebagaimana yang kita bimbangani ini adalah merupakan satu konspirasi cara terancang yang melibatkan golongan agama cuba untuk menjustifikasikan matlamat mereka," katanya.

Dalam pada itu Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh mengecam tindakan kerajaan Umno-BN mengaitkan tokoh agama dan politik pembangkang dengan gerakan pengganas.

Pemimpin Parti Keadilan Rakyat ini berkata Umno-BN terdesak membendung mana-mana pemimpin masyarakat yang berpotensi menggugat kuasa mereka, termasuk mendorong orang-ramai membenci agamawan seperti Asri, Hadi, dan Juanda Jaya.

“Sebagaimana yang diketahui ISA sedang diusahakan untuk dimansuhkan maka saya sudah tengok isu JI ini telah disengajakan wujud dari minggu lepas lagi.

“Saya sudah andaikan ada satu arah dan hala tuju berkenaan dengan isu ini dan sekarang ini kita tengok ada dikaitkan dengan pimpinan-pimpinan Islamik. Ini merupakan satu yang tidak berasas dan ianya merupakan satu plotik kotor untuk membendung pemimpin-pemimpin politik yang menggugat keselamatan kerajaan Bn.

“Politik cara ini dan propaganda cara ini mesti kita tolak habis-habisan, saya ingin menegaskan ini adalah taktik kotor Bn dan kita mesti tentang habis-habisan,” katanya.

Ulasan GB

Demikian sebenarnya. UMNO BN menggunakan taktik mengugut sesiapa sahaja untuk menyertai UMNO BN. JI digembar-gemburkan untuk memaksa Dr. Asri, Ustadz Hadi dan ulamak-ulamak muda menyertai UMNO BN setelah kredibiliti UMNO BN begitu hanyir selepas isu lesen judi.

"Kamu sertai UMNO. Jika tidak kamu akan dikaitkan dengan Jemaah Islamiah." Demikianlah lebih kurang maksud mereka.

UMNO di era Najib adalah UMNO yang tidak menghormati ugama. Soal hukum halal-haram tolak tepi. Prinsip haiwaniah Machievilisme "matlamat menghalalkan cara" digunakan sepenuhnya.

Najib melakukan apa saja cara untuk memulihkan UMNO termasuk menguugut dengan pelbagai cara disamping menaburkan habuan jutaan ringgit (hasil pemberian dari tokeh judi?) bagi memancing mereka yang dilihat berpotensi menggilap semula UMNO yang telah koyak rabak.

Usaha Najib disambut oleh rakyat dengan jeritan "Go to hell UMNO!".

5 ulasan:

Awanama berkata...

tangan najip penuh dengan najis mughalazoh,dalam hatinya penuh dengan bangkai.

Kuda Perang berkata...

OOOO.. baru ana dpt tangkap apa kaitan isu JI dgn 100 orang ilmuwan nk masuk UMNGOK...

Awanama berkata...

Isu JI dan pengganas ini juga adalah untuk menjauhkan org2 bukan Islam dari PAS.

Nizam berkata...

Mari kita tunggu dan lihat sekental mana perjuangan ulama-ulama ni tentang Islam. Jika iman mereka tewas bermakna mereka SAH bukan ulama yang perlu dicontohi. Tak boleh nak salahkan umno sebab umno tu memang kita tahu JAHAT sejak dari dulu lagi. Anggaplah ini satu ujian kepada para ulama.

Memang sukar bila berhadapan dengan ujian getir sebegini. Kalau saya pun belum tentu boleh menerima ujian sebegini. Tapi masing-masing ada bahagian masing-masing. Lagi besar serban lagi besar ujiannya. Kita tengok saja lah...

Awanama berkata...

Judi halal tu mazhab mana? Ooo.... boleh jadi mazhab Islam Hadari atau mazhab Gagasan 1 Malaysia yang juga menghalalkan rasuah. Sekarang ni dah banyak ulama-ulama baru seperti Ibrahim Ali (The Katakis) Ezam (The kotakis) Zulkifli Noordin (Firaun Besar), Wee Choo Keong (Napoleon Bersar, Khairy Jamaludin (The King of Rempit, Radzi Salleh (Malaon) dan banyak lagi. Jangan bimbang sedikit masa lagi pelacuran juga akan dihalalkan bagi menarik pelancong.