21 Jun 2010

Asri Sertai UMNO, So What?

Jangan korek lubang sendiri.” Demikian rumusan nasihat Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad mengulas mengenai kemungkinan bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyertai Umno, Jumaat ini.

Idris berkata, pihaknya berharap Asri tidak akan menyertai Umno dengan mengambil kira perkembangan dan pengalaman masa lalu dalam parti komponen Barisan Nasional (BN) itu.

“Kita tidak ada benda (tidak kisah), cuma kita berharap beliau tidak sertai Umno... kami kesian dengan dia, tak mahu apa yang berlaku ke atas Datuk Seri Anwar (Ibrahim) berulang dan kena pada beliau,” kata Idris ketika dihubungi The Malaysian Insider.

“Betul atau tidak (akan masuk Umno) belum pasti, tetapi saya berharap beliau tidak akan masuk Umno,” kata beliau.

Asri yang mempunyai ramai kawan dalam PAS juga pernah disebut-sebut cuba dirujuk oleh parti Islam ini.

Idris berkata Asri juga menghadiri majlis pengebumian pemimpin veteran PAS Hassan Shukri minggu lalu.

Idris berkata, kedudukan PAS tidak akan terjejas meskipun Asri menyertai Umno, yang disebut-sebut akan menjadi kenyataan Jumaat ini.

Turut akan sertai bersama Asri iala kira-kira 100 ulama muda berkelulusan tinggi.

Asri enggan mengulas lanjut ketika dihubungi lewat malam tadi.

Bagaimanapun dalam kenyataan diposkan di blognya, Asri berkata “sehingga saat ini saya belum membuat apa-apa keputusan untuk menyertai mana-mana parti politik.”

“Saya mengharapkan semua pihak tidak membuat andaian yang terlalu cepat terhadap kenyataan mana-mana pihak mengenai isu ini.

“Perbincangan dengan pihak yang membuat kenyataan akan diadakan. Sebarang kenyataan kepada media tidak akan dibuat setakat ini,” kata beliau.

Dalam ulasannya Idris menambah tiada tempat bagi golongan ulama untuk berpolitik dalam Umno.

“Harap jangan masuk, tengok orang macam Datuk Seri Anwar,.. gagal, kena fitnah. Golongan ulama tiada tempat dalam Umno, tengok pada (bekas naib presiden PAS) Datuk Nakhaie Ahmad, (Tan Sri Dr) Hamid Othman, (Datuk Dr) Mashitah (Ibrahim),” katanya lagi.

Ketika ditanya mengenai usaha PAS meminta Asri menyertai partinya, Idris berkata, sebenarnya tiada usaha secara rasmi.

“Yang jumpa dan berbincang dengan Asri adalah atas nama kawan, tiada usaha rasmi di pihak PAS... macam biasalah, kita terbuka, kami terima sesiapa sahaja yang hendak masuk PAS,” katanya. -TMI


Asri sertai Umno Jumaat ini?

KUALA LUMPUR, 20 Jun — Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang menjadi rebutan parti-parti politik Melayu Islam sejak setahun lalu dijangka akan menyertai Umno Jumaat ini.

“Keadaan nampak macam begitu, kita tunggu sehingga Jumaat ini,” kata Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh ketika dihubungi The Malaysian Insider sebentar tadi.

Turut akan sertai bersama beliau iala kira-kira 100 ulama muda berkelulusan tinggi.

The Malaysian Insider difahamkan mereka akan menyerahkan borang penyertaan sebelum Majlis Tertinggi Umno mengadakan mesyuarat bulanan Jumaat ini.

Dalam pada itu Asri (gambar, dua dari kiri) berkata, sehingga kini beliau belum membuat apa-apa keputusan untuk menyertai mana-mana parti politik.

Oleh itu Asri berkata beliau mengharapkan semua pihak tidak membuat andaian yang terlalu cepat terhadap kenyataan mana-mana pihak mengenai isu ini.

“Perbincangan dengan pihak yang membuat kenyataan akan diadakan. Sebarang kenyataan kepada media tidak akan dibuat setakat ini.

“Saya berdoa kepada Allah agar diberikan kebaikan untuk umat Islam dan para pendakwah Islam yang ikhlas,” kata beliau dalam satu kenyataan ringkas.

Asri yang terkenal dengan pendirian progresif kini berhadapan dengan tindakan undang-undang Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana menyampaikan kuliah tanpa tauliah akhir tahun lalu.

Umno Online pula menyebut mereka akan menganggotai Umno Cawangan Dataran Merdeka yang terletak dalam Bahagian Bukit Bintang di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Laporan itu memetik Rauf memberitahu beliau percaya penyertaan mereka itu akan menyemarakkan keyakinan orang-orang Melayu dan Bumiputera kepada Umno.

“Perkembangan itu akan menyemarakkan keyakinan Melayu kepada Umno, kita akan menuju pilihan raya umum ke-13 dengan Umno yang lebih cemerlang,” kata beliau ketika berucap pada persidangan perwakilan Pemuda Umno Bahagian Bukit Bintang di sini, semalam.

Rauf yang juga Ketua Bahagian Umno Bukit Bintang berkata, kemasukan ulama itu akan menjadikan Umno lebih segar, “dibajai dengan ilmu-ilmu Islam dan seterusnya membantu kepimpinan negara membangunkan Malaysia.”

Datuk Seri Shahidan Kassim yang merasmikan persidangan itu memuji usaha Umno Bukit Bintang untuk menarik 100 ulama menyertai parti utama Barisan Nasional.

“Saya berkawan dengan ulama ini sudah lama, tetapi tidak pernah saya dapat ajak mereka libat diri di dalam perjuangan (secara langsung di dalam parti) ini.

“Saya rasa kalau 100 ulama ini dapat kita terjemah sebagai 100 kekuatan luar biasa di dalam Umno, Pas tidak akan tidur lena.”

Dalam pada itu Shahidan ketika dihubungi The Malaysian Insider memberitahu beliau tiada apa-apa maklumat mengenai kemungkinan penyertaan Asri ke dalam Umno.

“Saya tidak tahu apa-apa lagi, nanti saya menelefon Dr Asri nanti,” kata Shahidan yang dilihat sebagai rakan Asri.

“Kalau beliau sertai Umno, saya menyambut baik langkah Dr Asri,” katanya lagi.

Asri disebut-sebut akan menyertai PAS atau Umno sejak awal tahun lalu. -TMI



Ulasan GB

Ada beberapa sebab yang kemungkinan besar MAZA menyertai UMNO.

1) Beliau telah diasak oleh UMNO melalui Jabatan Agama Islam Selangor dengan pelbagai kes dan dawaan di mahkamah. Terbaru tentang 'upacara telan air liur ustaz' yang dikatakan berlaku di sebuah masjid di Selangor dimana JAIS telah menafikannya.

Sebelum ini beliau telah oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berhubung kesalahan mengadakan kuliah agama tanpa tauliah daripada jabatan itu di sebuah banglo di Taman Sri Ukay, Hulu Kelang.

UMNO pasti menggunakan isu tersebut sebagai umpan MAZA menyertai UMNO agar semua dakwaan itu digugurkan.

2) Sepanjang MAZA di mahkamah beliau ditemani oleh bekas MB Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassin. Sedikit sebanyak Shahidan pasti ada berusaha untuk membawa MAZA menyertai UMNO. Apatah lagi Shahidan perlu mendapatkan sokongan dari golongan ugamawan di dalam usahanya untuk merebut kembali kerusi MB yang sudah terlepas ke tangan Mohd Isa Sabu.

3) Pemimpin Pakatan Rakyat terutama PAS gagal untuk memberikan sokongan moral kepada MAZA semasa MAZA menghadapi cabaran dan ujian khususnya di mahkamah. Tiada pemimpin PR yang turut serta mengiringinya memberikan sokongan moral sekalipun MAZA telah pun berusaha untuk mendekatkan dirinya kepada PAS dengan menghadiri bersama-sama di beberapa majlis PAS. Terbaru beliau dilihat ada bersama d majlis muktamar Pemuda PAS.

Dengan senario di atas, MAZA yang mutakhir ini dihimpit dengan pelbagai cabaran, tidak mustahil beliau akan menerima pelawaan UMNO sekalipun jauh di sudut hatinya mengetahui UMNO itu amat merosakkan.

Terlepas dari membuat sebarang tuduhan samada MAZA menerima habuan daripada UMNO yang seperti yang lazim diterima oleh mereka yang melakukan demikian, kita tidak sukar untuk menjangkakan bahawa penyertaan MAZA amat diharapkan oleh UMNO untuk memulihkan imej UMNO yang telah rosak teruk di kalangan rakyat beragama Islam akibat beberapa isu seperti kelulusan lesen judi dan seumpamanya.

Dan kepada PAS, ada pelajaran yang perlu digarap dengan isu ini. Afalaa tatafakaruun?


5 ulasan:

PAPAGEMUK berkata...

Dr Asri ni idam nak jawatan menteri di JPM...

biar kita tengok bagaimana dia akan membidas kemungkaran umno dari dalam...

Awanama berkata...

Biar asri terjun dengan labu-labunya kerana selama ini dia jujur mungkin jumaat ini dia beransur buta pandangannya mana yg baik dan tidak

Awanama berkata...

Baguslah. Semoga Kehadiran rasmi ulama' dlm UMNO ini akan dpt mendekatkan UMNO dengan PAS dan akhirnya kefahamnIslam akan menjadi dominan. Semoga orang Melayu akan bebas drpd pemimpin yang sentasa memanipulasikan kehidupan orang Melayu demi kelangsungan kekayaan dan kuasa mereka.

mtgbertam berkata...

Dia takkan lama dalam mana2 parti, sbb tujuannya semata2 nak terapkan fahaman wahabi yg diyakininya.

Tak percaya tunggu la.

Elok sgt dia masuk UMNO. Biar penentang wahabi dlm UMNO kepanasan.

Rakyat Untuk Rakyat berkata...

Mungkin ini satu spekulasi. Tapi tidak mustahil Dr Asri ingin menyertai Umno. Tapi apakah jika beliau berada dalam Umno, beliau boleh membetulkan pemimpin2nya yang rasuah?... Apakah beliau boleh mertabatkan islam melalui Umno? Yang peliknya, rakyat sibuk menentang Umno kerana luluskan judi, tapi beliau pula ingin bersama2 Umno. Saya anggap perkara ini karut dan pelik. Seorang ulamak tidak harus bersama2 Umno, memandangkan Umno sebuah parti sekular yang mengamalkan rasuah dan tidak mertabatkan Islam.. jika benar beliau ingin menyertai Umno, saya anggap beliau seorang ulamak yg lemah dan tidak mencerminkan seorang ulamak yg benar2 ingin menegakan kebenaran dan keadilan. Mungkin beliau pentingkan pulus dan jawatan meneyebabkan beliau menjadi hilang pedoman dan buta hati...