20 Apr 2010

Pindah Tempat Mengundi, Tindakan SPR Keterlaluan Dan Perlu Disaman

Kecurigaan terhadap kewibawaan Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) semakin meningkat apabila badan itu memindahkanlebih 13,000 pengundi di Parlimen Hulu Selangor ke Parlimen lain atau ke pusat-pusat mengundi di luar dari tempat asal mereka.

"Ada pengundi yang melakukan semakan akhir menyedari nama mereka telah ditukarkan ke parlimen lain, sedangkan pusat pengundian mereka pada PRU-12 hanyalah dihadapan rumah sahaja," kata Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Samsul Iskandar Mohd Akin.

Antara mereka adalah 230 penyokong "tegar" Pakatan Rakyat di Kampung Tanjung, di Sungai choh dalam Parlimen Hulu Selangor. Tanpa sebarang penjelasan dari SPR, mereka dipindahkan ke Parlimen Selayang.

"Berikutan kejadian tersebut, AMK Pusat sedang melakukan siasatan dan mengkaji untuk memfailkan kes ini ke mahkamah," tambah beliau selepas mengemukakan bantahan rasmi di bilik gerakan SPR di Hulu Selangor 19 April lalu.

Pengarah Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fuziah Salleh, berkata sejumlah 13,488 pengundi dikesan menghadapi masalah tempat mengundi mereka di tukarkan.

Paling ramai ialah di DUN Batang Kali yang mencatatkan tempat mengundi 751 orang di pindahkan dari SK Serendah ke SRJK (C) Serendah. dari SRJK (C) Serendah dipindahkan ke Sek Rendah Agama Serendah 1,898 orang, dari SRJK (C) dipindah ke Sk Serendah, 904 orang dan dari SMK Syed Mashor ke SK Bandar Baru Batang Kali 2,270 orang.

"Ini jelas perbuatan tidak bertanggungjawab. SPR tidak boleh membenarkan perkara ini berlaku kerana ia akan melibatkan terlalu banyak kekecohan pada hari mengundi," tegas Fuziah.

Di Hulu Bernam, empat pertukaran pusat pengudian membabitkan SK Hulu Bernam ke Sekolah Rendah Agama Hulu Bernam, 35 orang, dari Sungai Selisik ke SK Gesir Tengah, 331 orang, dari SMK Kalumpang ke Sek Rendah Agama Kalumpang, 235 orang dan dari Sekolah Rendah Agama Hulu Bernam ke SK Hulu Bernam 1,085 orang.

Di DUN Kuala Kubu Baru pula, dari SRJK (T) Kuala Kubu Baru ke SMK Dato Hj Kamaruddin, 2,824 orang dan dari Sek Rendah Agama Kuala Kubu Baru ke SMK Kuala Kubu Baru Jalan Kolam Air, 1,081 orang.

Manakala di pusat mengundi baru pula, berlaku beberapa pertukaran iatu dari Daerah Mengundi Bukit beruntung ke Sek Rendah Agama Taman Bunga Raya, 550 orang, dari Daerah mengundi Taman Bunga Teratai ke Sek Rendah Agama Taman Bunga Raya, 302 orang dan dari kawasan sekitar, 498 orang.

Ditanya mengenai senarai pemilih yang tidak dapat dikesan dalam daftar pemilih, Fuziah berkata, daripada Disember 2009 sehingga 5 April 2010, sebanyak 558 nama dikesan telah dibersihkan dari daftar pemilih SPR.

"Menurut SPR, nama mereka ini dibersihkan kerana mereka meninggal dunia. Tetapi saya dapati dari Disember 2009 hingga 5 April 2010, tidak ada kemasukan atau tambahan baru. Petugas kita sedang "mencari" 558 orang ini untuk memastikan keadaan sebenar," katanya. -TVS


EC admits mistake for not informing voters of relocation

KUALA KUBU BHARU, April 19 — The Election Commission (EC) admitted today it had failed to inform the 228 villagers of Kampung Tanjung in Batang Kali that they were no longer voters in the Hulu Selangor constituency.

This means that come polling day this April 25, the 228 voters will not be allowed to cast their ballots.

The commission’s deputy chairman Datuk Wan Ahmad Wan Omar told a press conference here that the voters are now constituents in the Rawang state seat, which is within the Selayang Parliamentary constituency.

“‘It’s true that we have not informed them... but that is why we have the list of their names here with us. I am afraid that some voters may make trouble when they find out on polling day that they can no longer vote in Hulu Selangor,”
he said at a press conference here today.

He noted that the EC only discovered this after the final electoral roll was identified for the purpose of the coming by-election.

“The roll could have been updated by the state ECs two months back or earlier, but we only discovered it when we were deciding on the by-election date,”‘ he said.

He noted that in view of the last-minute rush of duties, the EC had not been able to find the time to inform the voters.

Wan Ahmad also said that the EC had issued a directive two weeks ago to all the state EC offices nationwide, calling them to immediately inform each individual voter of any changes in their voting system.

“They are supposed to tell each and every one of them the moment they discover things like this — that their constituencies were shifted elsewhere,” he said.

When asked why the EC still failed to do this despite the directive, Wan Ahmad said: “Well, we did not expect there to be a by-election, did we? When the MP here passed away, the state apparatus was not ready and we had to rush to do a lot of things.

“I hope the voters can understand that. It is not like their voting rights have been taken away.

“I agree we should inform them. But then, that is why we are doing this announcement now. We are taking this opportunity now because this issue was already raised (by the PKR),” he said.

PKR complained yesterday that the EC had wrongfully removed the voters from the electoral roll without any explanation.

Wan Ahmad said that the removal was done for the purpose of correcting the boundaries between the country’s constituencies from the different localities to the voting districts, state constituencies, and Parliamentary constituencies.

“In the past, the boundaries were drawn out manually. Now, we have the technology of the Geographical Information System, which was used after the 11th general election (in 2004).

“Since that election, we informed all the relevant state EC offices to undergo the process,” he said, adding that the process should be completed by year-end. “Some of the states like Selangor, have completed their mapping,” he said.

Wan Ahmad explained that the process led to the discovery that some voting stations were wrongfully placed in different constituencies in the previous elections.

Meanwhile, Wan Ahmad also lambasted the PKR for alleging that it was colluding with the BN to ensure its candidate win in the by-election.

“‘This is not true. We are an independent body and we are here to carry out our duties,” he said.

Wan Ahmad was referring to the allegation that 13, 488 voters in Hulu Selangor had their voting stations moved to different areas.

“This is just a regular exercise that we go through to ensure that the election process runs smoothly. We even added more voting stations so as to not overcrowd some of the areas. In some areas, we had to split their stations into two areas because there were too many, up to 4,000 voters arranged to cast their ballots there,” he said. -TMI

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dalang segalanya ialah UMNO yang berpakat dengan SPR, kalau buat laporan kat SPRM pun barua UMNO

Tanpa Nama berkata...

Tuan GB..SPR tu tali barut umnobn kan dulu zaman jepun dgn british pun kan ada tali barut...serupala tu.

Tanpa Nama berkata...

Kenapa setiap kali pilihanraya, SPR jadi punca yang menyebabkan kekalutan pilihanraya ? Kalau susah sangat, istiharkan shj malaysia bukan negara demokrasi dan kembalikan kuasa kepada raja melayu dan ketua menteri. Biar mereka pilih Yang Dipertuan Agung utk perintah Malaysia setiap lima tahun. Tiada BN dan Tiada Pakatan Rakyat.Tiada SPR.

Tanpa Nama berkata...

tindakan SPR wajar kerana mereka parti komponen BN macam SPRM juga

kanuar Malaya berkata...

setuju 120 %

Martoiriat berkata...

Jika benarnya SPR memindahkan pengundi2 dari kawasan Parlimen di Hulu Selangor drp tempat asal mereka, ianya merupakan satu kejahatan yg tidak bolih dimaafkan. Sahlah SPR sebuah badan yg merupakan tali barut kpd Umno. Jika begini tingkah laku SPR, sampai bila pun sistem pilihan raya di negara ini tidak akan mengalami perubahan dan tidak mempunyai kualiti dalam menguruskan pilihan raya dan Masih lagi mengunakan undang2 rimba dan terus tidak bertemaddun.

Mungkin SPR lakukan begini utk mengekalkan Umno supaya terus berkuasa di negara ini. Jika tidak berbuat begitu, mereka sudah tahu Umno tidak lagi mampu bertahan dalam pilihan raya akan datang. Bagi pandangan saya, Umno merupakan parti yg paling lemah dan tidak demokratik. Sepatutnya dinyahkan saja ke lubang kubor.

Martoiriat berkata...

Jika benarnya SPR memindahkan pengundi2 dari kawasan Parlimen di Hulu Selangor drp tempat asal mereka, ianya merupakan satu kejahatan yg tidak bolih dimaafkan. Sahlah SPR sebuah badan yg merupakan tali barut kpd Umno. Jika begini tingkah laku SPR, sampai bila pun sistem pilihan raya di negara ini tidak akan mengalami perubahan dan tidak mempunyai kualiti dalam menguruskan pilihan raya dan Masih lagi mengunakan undang2 rimba dan terus tidak bertemaddun.

Mungkin SPR lakukan begini utk mengekalkan Umno supaya terus berkuasa di negara ini. Jika tidak berbuat begitu, mereka sudah tahu Umno tidak lagi mampu bertahan dalam pilihan raya akan datang. Bagi pandangan saya, Umno merupakan parti yg paling lemah dan tidak demokratik. Sepatutnya dinyahkan saja ke lubang kubor.