7 Apr 2010

MIC Kaki Pukul, Pengundi India Tolak Gelagat Samseng MIC

Tindakan kuncu-kuncu Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu memukul seorang aktivis sosial semasa satu majlis di Bukit Sentosa, Rawang Ahad lalu telah menyebabkan penduduk hilang keyakinan kepada parti komponen Barisan Nasional itu.

Aktivis sosial itu, S.Nadarajah yang bekerja sebagai perunding pengurusan memberitahu sidang media di lobi Parlimen hari ini beliau telah dipukul oleh beberapa individu yang didakwa ada hubungan dengan bekas menteri itu sewaktu menghadiri program di kawasan tersebut.

"Pada 4 April lepas lebih kurang pukul 5 petang saya telah pergi ke Taman Bukit Teratai di Bukit Sentosa, Rawang dengan tujuan untuk memberi perkhidmatan sosial disana.

Bila tiba disitu saya dapat ada satu perhimpunan yang turut dihadiri oleh Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu.

"Pada masa tersebut saya telah bertanya pada Samy Vellu berkaitan dengan saham Maika Holding yang saya juga sebagai pemegang sahamnya. Sebelum sempat saya menerima apa-apa jawapan dari beliau, orang suruhan beliau seramai enam orang telah memukul saya termasuk seorang jurugambar dari akhbar Tamil Nesan.

"Mereka telah memukul anggota badan saya dengan menendang dan menumbuk selain mencubit. Tindakan pantas mereka menyebabkan saya tidak sempat mengelak dan melakukan apa-apa. Samy Vellu yang ada disitu tidak mengambil apa-apa tindakan menghalang selain berdiam diri, tindakan tersebut seolah-olah beliau bersubahat dengan kumpulan terbabit.

"Saya kesal pendirian seorang pemimpin parti yang menyokong kaum India hanya melihat sahaja bangsa yang sama dengannya dipukul dan ini adalah imej yang sebenar Samy Vellu dalam perjuangannya yang dikatakan membela kaum India negara ini," kata Nadarajah.

Nadarajah juga menjelaskan beliau telah menbuat satu laporan polis di Balai Polis Petaling Jaya pada hari yang sama.

5 ulasan:

Suku sakat Sg Choh berkata...

Hah bagus lah tu . Pilih lah parti samseng untuk jadi calon AP Hulu Selangor . Aku dan suku sakat aku di Sg Choh dan Sg Buaya akan pangkah calon Melayu dari PKR walaupun kami orang UMNO sejak dulu , kini dan tengok dulu lah selamanya .

Tanpa Nama berkata...

Alo Ane...
1.Betul sakitka atau mau jadi isu politik....

2.Kalu sakit betul....report polisla...

3.Nak jadi popularla tu...brapa dia orang bayar...

layarbiru15@gmail.com

Tanpa Nama berkata...

Syabas, kerana nampak gayanya rakyat sudah ada kesedaran.... saya hanya takut nanti suatu hari malaysia ni akan jadi mcm indonesia, terlalu banyak rasuah, sehingga tidak dapat dikawal, dan mcm2 lagi masalah.. apa yang dibimbangkan ialah masa depan anak cucu kita...

Tanpa Nama berkata...

woohh samseng taik kucing...apadaaa main cubit cubit ...

Tanpa Nama berkata...

Samy sendiri pun samseng, dia sangat takut dengan Subramaniam.