Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan membidas kritikan pelbagai pihak berhubung kematian remaja berusia 14 tahun - Aminulrasyid Amzah dan berkata beliau sedia mengarahkan anggotanya supaya tidak lagi mengawal jika itu kehendak rakyat.
"Biarlah apa yang nak dikatakan oleh ahli politik, tapi saya ingin tahu sama ada anda mahu kami menguatkuasakan undang-udnang atau tidak.
"Kalau tak nak, saya akan beritahu orang saya supaya tidak lagi menahan kereta yang dipandu dengan cara mencurigakan atau mengambil tindakan terhadap pelumba haram yang bermaharajalela di jalan raya," katanya dalam laporan The Star online.
Musa mengulas kenyataaan pelbagai pihak berhubung kematian Aminulrasyid, apabila polis melepaskan empat tembakan ke arah kereta yang dipandu remaja itu kerana didakwa cuba berundur dan merempuh ke arah polis.
Kejadian itu berlaku di Seksyen 11, Shah Alam apabila Aminulrasyid dikatakan memecut dan melanggar beberapa lampu isyarat merah tanpa berhenti meskipun diarahkan berbuat demikian.
Menurut Musa, beliau tidak mahu membuat seberang spekulasi mengenai perkara itu dan meminta orang ramai agar tidak terburu-buru membuat kesimpulan tentang kejadian.
Beliau juga mengulangi jaminannya bahawa tiada apa yang akan disembunyikan berhubung kes itu.
"Saya tak berat sebelah, jangan buat spekualsi. Seperti yang saya kata sebelum ini, kami tak akan menyembunyikan apa-apa dan kami akan berlaku adil dalam siasatan kami. Oleh itu, tunggulah hasilnya nanti," katanya dalam laporan Bernama.
Ditanya tentang keadaan yang membolehkan polis menggunakan senjata api, beliau berkata: "Orang saya tahu bahawa mereka hanya boleh menggunakan senjata api untuk mempertahankan diri, itu sudah menjadi peraturan dalam tugas kami".
Musa berkata sesebuah kenderaan itu sama bahayanya dengan pistol, pisau atau tukul.
"Kenderaan boleh digunakan sebagai senjata... senjata bukan bermakna pistol, pisau atau parang saja. Kalau seseorang itu enggan berhenti dan cuba merempuh pegawai yang cuba menahannya, ia (kenderaan) boleh dianggap sebagai senjata kerana ia boleh membahayakan nyawa pegawai penguatkuasa," kata beliau.
Sebelum ditembak, mengikut polis Aminulrasyid mengundur kereta dan cuba merempuh pegawai polis untuk cuba melepaskan diri daripada sekatan jalan raya berhampiran rumahnya.
Musa juga menasihati orang ramai supaya berhenti apabila diminta berbuat demikian oleh polis atau pegawai penguatkuasa dan jangan cuba melarikan diri kerana perbuatan demikian boleh menimbulkan rasa curiga.
"Dalam keadaan gelap itu, siapapun tak akan dapt pastikan sama ada pemandunya adalah seorang remaja atau orang dewasa.
"Setakat itu saja yang boleh saya komen tentang isu ini kerana ia sedang disiasat. Oleh itu, jangan buat sebarang spekulasi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri acara menderma darah oleh anggota polis di Pusat Darah Negara bersempena sambutan Hari Polis di Kuala Lumpur hari ini. -mk
Ulasan GB
Prosedur menembak perlu diperbetulkan. Di dalam kes yang menimpa adik Aminulrayid Amzah dan Norizan Salleh, jelas menunjukkan bahawa polis telah melepaskan tembakan secara wewenangan TANPA benar-benar pasti mereka adalah penjenayah.
Ada banyak kaedah lain yang boleh digunakan. Mengapa polis tidak menembak tayar kereta misalnya, tetapi terus menerus menembak figur manusia di dalam kenderaan?
Apakah modus operandi sedemikian dilakukan selama ini dengan kemudiannya mengisytiharkan simati adalah "penjenayah yang dikehendaki yang mempunyai rekod jenayah sekian-sekian banyak" untuk melepaskan polis daripada bertanggungjawab tanpa perlu membawa kes itu ke mahkamah lantaran mangsa sudah tiada lagi?
Masyarakat agak terperanjat dengan jawapan biadab Ketua Polis Negara seperti dilaporkan di atas. Ini kerana kamu-kamu polis dibayar gaji oleh rakyat untuk menjaga keselamatan dan mengurangkan jenayah. Rakyat tidak menyatakan bahawa kamu-kamu tidak perlu lagi mengawal keselamatan tetapi yang rakyat inginkan ialah supaya polis berlaku benar dan professional di dalam menjalankan tugas kamu sebagai anggota polis.
Mungkinkah ini akibatnya dengan melantik orang yang berlagak sombong dan tak reti menjalankan tugas sebagai Ketua Polis Negara?
Tan Sri Musa Hassan perlu menghormati suara rakyat dan kes ini telah dibawa dan disuarakan sehingga ke peringkat parlimen. Beliau juga perlu menghormati kabinet kerana kes ini juga telah pun dibawa ke kabinet.
Kabinet perlu tegas dengan menganggil Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Negeri Selangor yang telah membuat kenyataan memperlekehkan suara rakyat apabila mereka mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang melulu dan seolah-olah menunjukkan bahawa tiada yang lebih berkuasa di dalam negara selain polis.
KPI dan NKRA yang meletakkan sasaran supaya kadar jenayah dapat dikurangkan tidak menjadi prioriti PDRM dengan tidak mengendahkan lansung mutu kerja yang professional tetapi mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan sesuatu kes iaitu TEMBAK MATI!

10 ulasan:
sebab kes tak libatkan anaknya dan anak menteri BN, hanya orang awam, adakah rakyat tak diutamakan?
kalau kereta yg dipandu amirul mengundur nak langgar polis, macam mana bahagian depan kereta tu dok terlekat kat pokok pulak. heran aku... betul ke kepala IGP ni..
salam...
ketua polis ni dah pening agaknya.
klu setakat nak tahan kenapa tidak beri amaran atau tembak tayar keta je. knp perlu tmbk kepala?? sedangkan keta yg dikejar bknnya melepaskan tembakan. setahu sy polis tidak boleh melepaskan tembakan selagi org yg ingin di tahan tidak melepaskan tembakan. agak2nya polis malam tu mabuk kot.
Ya la.. Biadab dan kurang ajar betul komen Bapak Polis Negara ni.. Kamu dibayar gaji untuk menjaga keamanan negara. Menjaga keselamatan rakyat. Sebab duit gaji kamu tu hasil daripada duit Rakyat. Bukan lesen kamu untuk suka2 mau keluar statement malas lagi mau menjaga keselamatan negara ini gara2 kena bidas..
Sepatutnya kamu lagi bersifat profesional. Baru kena kritik supah merajuk.. Tak mau lagi bertugas menahan kereta yang dipandu laju la, x mau ambil tindakan pada pelumba haram laa..
Kes, lumba2 haram yang semakin tenat pun Polis tak dapat setel2... Ni kan plak main tembak2 suka hati..Entahla.. Profesioanal laaa.
Cakap merepek repek la kepala polis ni.prosedur dan cara anggota menembak tu dipertikaikan ini cakap lumba haram la .. nak undur la..kepala apa macam ni..
Kenyataan bangang ketua polis, tak sedar diri, engkau dapat gaji dari rakyat untuk jaga keselamatan, jadi kes anggota bodoh kau yang buat silap tak ngaku pastu nak merajuk tak nak jaga keselamatan. Apa ni.....
Pastu kata kenderaan boleh jadi senjata pembunuh! kalau macamtu tembaklah semua yang bawa laju di atas jalan tu, tembak mat rempit, tembak juga naggota kau yang bawa laju masa kejar suspek, sebab bukan tentu kereta suspek tu yang boleh membunuh kete anggota kau pun mungkin juga.
Bodoh punya KPN
BANGANG punya KPN. Inilah bahana apabila melantik seseoang yang bukan ahli di tempat yang salah
penjenayah boleh ditembak amaran, orang awam dihalakan terus membunuh?
Letak jawatan je lah Musa Hassan...rakyat tak respek langsung kat hang ni....
Kita biarkan KPN tu dulu. Kita cakap fakta:
Ada dua perkara yang kita kena faham:
1. Kenapa budak umur 15 tahun memandu kereta jam 2 pagi...Apa tujuan dia dan dia ini dah hilang selama 24jam sehinggakan ahli keluarga buat laporan polis.
2. Sekira saudara sorang polis dalam keadaaa 50 - 50... apa yang saudara lakukan....tambahan malam..
Adakah saudara akan berdiam diri dan ditembak dulu (sekiranya suspek mempunyai senjata) atau saudara akan melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri.
Dalam hal ini saya tak salahkan polis..soriii.
Ingat polis dalam rondaan untuk menjaga keselamatan orang awam...
Cuma dalam hal ini juga KP Negeri dan KP Negara telah over respond dan bercakap tak guna akaiii. Adakah KPN kita ni sorang yang berakal???? Jawapan ada pada saudara....
aku rasa untuk pencalonan ABPBH tahun 2010 ni kita kena calonkan Tan Sri Musa Hassn sebagai pengarah, penerbit, pelakon lelaki terbaik, pelakon pembantu lelaki terbaik, artis baru lelaki terbaik sebab aku tengok lakonan nya cukup mantop. so kita pakat2 la undi si KPN ni moga2 dia menang blh la kot dia bertukar arah jadi pelakon pro tidak pun Datok Yusup Haslam boleh ambik dia belakon dalam Evolusi KL Drift 3 jadi mafia yang akan di tembak bertalu talu oleh siapa lagi PLOIS le ha ha ha
Catat Ulasan