2 Apr 2010

Din Beramboi Kembali Ke Rahmatullah Disyakki Deggi

Pelawak dan penyampai radio, Din Beramboi yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang (HS), Isnin lalu disahkan meninggal dunia sekitar pukul 12.35 malam tadi di Hospital Selayang.

Akhbar kelmarin melaporkan, Din Beramboi sebelum ini mengadu demam dan mendapatkan rawatan di pusat kesihatan berhampiran kediamannya di Rawang yang kemudian dirujuk ke Hospital Selayang.

Ketika diminta untuk mengulas mengenai berita sedih itu, Nizam Sani, Pengurus Saluran Astro Prima bagaimanapun masih belum bersedia memberikan sebarang komen kerana masih terkejut. Pihak keluarga dan rakan terdekat Allahyarham juga gagal dihubungi.

Din yang dimasukkan ke Wad Rawatan Rapi (ICU) kerana mengidap Dengue Shock Syndrome sudah berada dalam keadaan kritikal sejak petang semalam. Allahyarham dimasukkan ke hospital pada petang Isnin lalu selepas mengalami demam yang mempunyai tanda-tanda denggi.

Sebelum ini Pengarah Hospital Selayang, Dr Siti Zaleha Mohd Salleh, berkata Din Beramboi atau nama sebenarnya, Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 43, dibawa ke Jabatan Kecemasan Isnin lalu pada jam 3.27 petang dan dimasukkan ke Wad Rawatan Rapi (ICU) kerana mengidap Dengue Shock Syndrome.

“Dia mengalami perdarahan dalaman dengan komplikasi kegagalan beberapa organ utama dan keadaannya sangat tenat serta kritikal,” katanya.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sup ketam terbukti amat berkesan untuk mengubati penyakit denggi. Kenapa pihak hospital masih tidak mengesahkan kaedah ini?

Dalam perawatan standard utk penyakit denggi, pesakit cuma akan diberi rehat dan vitamin sahaja disebabkan tiada ubat khusus untuk virus seperti virus denggi. Pesakit akan diharap pulih hanya dgn keupayaan tubuh badan nya sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Penderita demam denggi dikehendaki minum air banyak. Proses nyah kuman berlangsung menerusi perkumohan terutama kencing. Perkara ini pernah dilaksanakan oleh bekas pengidap denggi dekat rumah saya.

Tanpa Nama berkata...

bagaimana pula nak hapuskan penyakit dengki UMNO kepada kekuatan pakatan rakyat?

Siswa berkata...

Yang menyusahkan rakyat x mati2 lagi.

Yang menceriakan rakyat pula dah bertemu Ilahi.

Innalillah..al-fatihah