28 Mac 2010

Bayi Baru Lahir Maut Digonggong Anjing

Mayat seorang bayi yang masih belum dikenal pasti jantinanya ditemui dalam keadaan tangan hampir terputus akibat digonggong seekor anjing dalam kejadian di Jalan Padang Tembak berdekatan Lapangan Terbang Subang, di sini, petang, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya menerima maklumat daripada saksi, Ahmad Romzi, kira-kira jam 4 petang sebelum sepasukan anggota bergegas ke tempat kejadian.

“Siasatan awal polis ke atas mayat itu mendapati bayi itu baru dilahirkan berikutan masih terdapat uri ditemui bersamanya. Setakat ini, kita masih belum dapat pastikan bangsa bayi tersebut,” katanya ketika dihubungi semalam.

Arjunaidi berkata, buat masa ini masih belum dapat memastikan sama ada bayi itu mati ketika dilahirkan atau selepas dibuang selain ketika ditemui mayat terbabit sudah tidak lengkap anggota.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat dan siasatan dibuat menjurus mengikut Seksyen 318 Kanun keseksaan.

Sementara itu, Ahmad berkata, perasaan ingin tahu apa yang digonggong oleh seekor anjing membawa kepada penemuan mayat bayi malang itu.

“Apabila saya halau anjing itu, barulah tahu 'benda' yang digonggongnya adalah mayat seorang bayi dan terus menghubungi polis,” katanya.

Menurutnya, tangan kanan bayi itu juga ditinggalkan anjing tersebut dan ditemui beberapa meter dari tempat badannya dijumpai. -SH

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

inilah pencapaian awal 1 malaysia dengan slogan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. naksiat meningkat, jenayah bertambah. kemuncaknya tentulah lebih dahsyat lagi.