22 Feb 2010

PR Akhirnya Bersetuju Tubuhkan Jawatankuasa Petroleum

Seruan GB supaya Pakatan Rakyat bangun, supaya peka mengenai isu royalti akhirnya disambut apabila Pakatan Rakyat hari ini bersetuju melantik Datuk Husam Musa sebagai pengerusi jawatankuasa khas berhubung isu royalti petroleum di empat buah negeri pengeluar minyak.

GB sebelum ini telah menyatakan di SINI bahawa kita tidak boleh hanya menumpukan kepada isu inkues Teoh Beng Hock dan isu liwat Saiful. PR perlu bangun. PR perlu bantu Kelantan. Perlu heret kerajaan Malaysia dan Mustapha Mohamad ke muka pengadilan. GB menyatakan:

Berdasarkan Perjanjian Akta Pembangunan Petroleum 1974 yang ditandatangani dintara Kerajaan Negeri Kelantan dengan Petronas, tindakan Dato Seri Mustapha Mohammad yang secra berterusan menafikan hak royalti minyak Kelantan itu boleh diambil tindakan mahkamah.

Para peguam Pakatan Rakyat perlu berusaha untuk mengheret Mustapha dan kerajaan BN ke muka pengadilan. Jangan kesemua peguam hanya bertumpu kepada inkues Teoh dan liwat Saiful.

Kelantan Bangun! PR Bangun!


Menurut TVSelangor hari ini, “Pakatan Rakyat bersetuju untuk menubuhkan jawatankuasa petroleum, melihat kepada keseriusan isu ini. Betapa banyak sumber negara diambil oleh Pusat dan hak negeri-negeri Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak dinafikan. Maka kita cadang untuk melantik Datuk Husam Musa mempengerusikan jawatankuasa khas bagi pihak Pakatan Rakyat," kata Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.

“Dalam pada itu juga, kita akan tetap akan turun dan jelaskan kepada rakyat bagaimana hak mereka dirompak oleh pemerintah, kerana kita takut dana yang sudah kurang sekarang ini tidak dibelanjakan untuk rakyat bawahan," tegas beliau.

Menyentuh isu yang sama, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membidas Umno kerana memutar belit dan menggambarkan Kelantan seolah-olah meminta sedekah.

Bahkan Hadi berkata perkataan royalti telahpun wujud sejak dahulu lagi namun ianya ditukar kepada wang ehsan.

“Bahkan setiap belanjawan yang dibentangkan samaada dahulu semasa Datuk Seri menjadi Menteri Kewangan, perkataan royalti itu digunakan dengan rasmi oleh kerajaan. Jelas bahawa tindakan menafikan perkataan ini wujud, lebih dari itu menukarnya kepada wang ehsan seolah-olah negeri meminta sedekah," tegas Hadi.

"Walhal wang tersebut bukan hak dia. Ini satu tindakan yang rakus, dari nafsu yang bercanggah dengan prinsip Persekutuan dan perjanjian yang sepatutnya dihormati," tambah beliau.

1 ulasan:

MANSOR JUNUS berkata...

Ini adalah satu langkah yang positif ke arah menyelesaikan masalah yang sudah lama tertangguh.

Saya nampak PR banyak main isu2 perbalahan dengan UMNO/BN. UMNO serang PAS, PAS serang balik, DAP serang MCA dan berbagai2. Rakyat saya kira nak tengok lebih dari itu. Kalaulah ada kredibiliti dalam PR untuk menjadi kerajaan alternatif, mereka kenalah yakinkan rakyat yang PR ini adalah sebuah gantian yang boleh menyelesaikan masalah2 rakyat. Diantaranya:

1. Masalah keruntuhan akhlak remaja2 melayu yang semakin membimbangkan. Contohnya ialah seperti isu komen Ustaz Daud Che Ngah kepada Shahrizat baru2 ini.
2. Kemiskinan tegar yang masih kedapatan dimana2.
3. Ikatan kekeluargaan yang semakin longgar yang menyebabkan isteri tak hormat suami, anak tak dengar cakap bapa, anak tak balik rumah bapanya tak peduli dsb. Ini amat penting oleh kerana segala masalah yang berikutnya adalah berpunca dari sini. Guna kutbah mesjid, ingatkan umat islam.
4. Cyber cafe yang tidah dipantau, yang rata2 sekarang ini menjadi tempat pelajar2 ponteng sekolah, budak2 belajar hisap rokok, belajar main judi, belajar jadi gengstar dan lain2. Taukeh buat duit bangsa melayu buat penyakit. Tutup habis cerita.
5. Masalah mat rempit. Pada masa ini rata2 hanya dianggotai oleh budak2 'droput' saja. Polis Malaysia yang bijaksana mati akal. Di Thailand tak ada dan di S'pore pun tak ada. Tak malu kah....macam mana polis malaysia boleh buat muka tebal. Saya heran.
6. Isu pendatang asing yang sudah mencecah 3 juta, yang mencipta berbagai2 masalah sosial, ekonomi dan jenayah. Sempadan kita bocor bagitu teruk. kalaulah bagitu senang masuk, saya ingat, askar s'pore sudah ada satu batalion disini cuma tunggu masa saja untuk bergerak.
7. Masalah penderaan pembantu2 rumah islam oleh majikan2 bukan islam yang sering tersiar di dada akhbar. Setengah2nya pula hingga mengeruhkan hubungan dengan negara asal mereka.
8. Kutbah jumaat yang menjadi tempat orang tidur. Sepatutnya inilah kesempatan untuk mengajar serta memperingati masyarakat islam tentang perkara2 yang menyentuh kepentingan dan 'survival' mereka. Sentuh di tempat lain akan jadi isu perkauman.
8. Restoran yang belum tentu halal tetapi oleh kerana ada dua gadis melayu didepan, berpusu2lah orang islam masuk. Contoh nasi ayam hainan. Nak tipu melayu cukup mudah. gantung daging lembu, goreng daging babi. ok.

Tunjukan kebolehan PR dalam negeri2 yang PR pegang dulu. Biar rakyat nilai. Rakyat sekarang sudah cerdik dan boleh nilai sendiri.