7 Feb 2010

Pak Lah Pun Nak Kritik Guan Eng

Kebangkitan rakyat Pulau Pinang menyatakan bantahan terhadap kepimpinan Lim Guan Eng, adalah bukti jelas mereka tidak berpuas hati dengan cara pentadbiran, pendirian dan sikap Ketua Menteri itu.

Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, berkata perkara itu semakin nyata kerana mereka yang mengkritik adalah pemimpin parti dalam pakatan pembangkang sendiri iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Ini adalah satu tanda kelemahan yang wujud semenjak Guan Eng mengambil alih kepimpinan sebagai Ketua Menteri dan situasi ini akan berlarutan serta membawa kelemahan kepada kerajaan negeri.

"Guan Eng patut tahu di antara peranan mengkritik dengan peranan mentadbir negeri yang amat jauh bezanya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan angpau dan barangan sempena Tahun Baru Cina di sini, hari ini.

Hadir sama, ketiga-tiga Ahli Dewan Undangan Negeri dalam Parlimen Kepala Batas iaitu Datuk Azhar Ibrahim (Penaga), Datuk Roslan Saidin (Pinang Tunggal) dan Zabariah Wahab (Bertam) serta pemimpin masyarakat Cina.

Kerajaan negeri pimpinan DAP dikritik hebat sejak kebelakangan ini dengan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Zaharin Mohamed Hashim dari PKR, melabelkan Guan Eng sebagai diktator, cauvinis dan berfikiran komunis.

Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng, juga dari PKR turut mengkritik Ketua Menteri dengan mendakwa pentadbiran kerajaan negeri meminggirkan Ahli Parlimen PKR serta tidak boleh dikritik.

Jumaat lalu, kira-kira 3,000 ahli kira-kira 50 pertubuhan bukan kerajaan mengadakan demonstrasi bagi menunjukkan bantahan terhadap pentadbiran kerajaan negeri yang didakwa meminggirkan orang Melayu.

Ditanya ada dakwaan kononnya Umno menjadi dalang terhadap kebangkitan itu, Abdullah, yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas, berkata Umno tidak berbuat demikian.

"Tidak perlu nak ada dalang kerana ahli parti mereka sendiri yang sudah nampak jelas (kelemahan) dan membuat teguran serta pandangan yang berani. Itulah petanda ada kebenaran apa yang dicakapkan (kelemahan)," katanya.

Mengenai tindakan Zaharin yang melabelkan Guan Eng sebagai diktator, Abdullah berkata:

"Apa yang kita lihat ialah parti mereka sendiri (pakatan pembangkang yang membuat tuduhan), bukannya Umno yang buat kacau. Ahli parti mereka sendiri yang lahirkan rasa tidak puas hati.

"Ini (kelemahan yang berlaku) adalah satu perkara yang benar, kalau tidak, mana mungkin ahli parti sendiri yang timbulkannya. Ada kebenaran mengenai kelemahan kepimpinan kerajaan pembangkang Pulau Pinang," katanya.

Ulasan GB

Isy Pak Lah ni. Beliau terlupa pada masa beliau PM, beliau dikritik hebat bukan oleh pembangkang sahaja tetapi oleh seluruh rakyat Malaysia, terlebih-lebih lagi UMNO sendiri sehingga ada yang buat laporan polis.

Orang Nelayu di bawah Koh Tsu Koon lebih teruk nabisnya, skelaipun PM pada masa itu orang Pulau Pinang. Sampai ada yang koyakkan poster Koh Tsu Koon.

Sekarang menantu Pak Lah pun dah senyap. Ada apa-apa yang tak kena ker?

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PAK LAH ni aku cukup kesian..kena tendang dari kerusi PM sbb orng UMNO sndiri..perasan tak mase post PM pergi ke NAJIB...mase perhimpunan agung UMNO tu diorang asyik menyatakan UMNO berubah..apa yang berubah??? PAK LAH sorang je yang kena tendang out..yang lain sume dapat post baru... kesian.. PAK LAH...PAKLAH patut join parti cinta Malaysia...bagi mereka2 yang kena buang daripada parti masing2...dan menjunjung aspirasi 1Malaysia uncle najib.. wahahahahahahahahha boleh blah!

Tanpa Nama berkata...

La... Mamat ni yang orang dah ingat lagi juga nak tumpang sekaki cari pablisit? Berentilah. Ajar bini awak tu memperdalami mazhab Islam Hadhari lagi baik.