26 Feb 2010

Bukan Saja Azmin, Ramai Lagi Yang Dipaksa Mengaku Diliwat Anwar!!

Naib Presiden PKR, Azmin Ali, dalam ceramah di Padang Majlis Daerah Machang malam tadi mendedahkan dirinya juga pernah diugut polis supaya mengaku pernah diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditahan pada 16 September 1998.

“Pegawai polis meminta saya menandatangani surat mengakui diliwat. Saya diugut akan ditahan di bawah ISA selama 20 tahun kalau tidak mahu menurut kehendak mereka,” kata Azmin.

Azmin, Dr Munawar dan Sukma Dharmawan adalah antara mereka yang dipaksa mengaku diliwat Anwar dalam drama Liwat I pada era reformasi dahulu. Selain dari itu, seorang pemandu limousin kulit hitam dari Amerika juga pernah disogok sejumlah wang oleh seorang pegawai Malaysia supaya mengaku dia diliwat oleh Anwar ketika Anwar berkunjung ke Amerika. Tetapi pemandu limousin itu, seperti Azmin Dr Munawar dan Sukma menolak membuat pengakuan diliwat yang jelas semata-mata bagi mengaibkan bekas Timbalan Perdana Menteri tersebut.

Sebab itulah bila drama Liwat II dipentaskan oleh Mahkamah baru-baru ini, ramai yang tidak percaya, sebab ia adalah sambungan drama Liwat I dengan plotnya yang hampir serupa.

Sebenarnya bukan saja Azmin, Dr Munawar, Sukma Dharmawan dan lelaki pemandu limousin Amerika itu sahaja yang pernah dipaksa mengaku diliwat Anwar semasa era reformasi dahulu. Saya rasa senarainya lebih panjang, cuma tidak ramai yang ingin mengakuinya, mungkin atas sebab maruah. Antara yang pernah dipaksa mengaku diliwat ialah seorang anggota pangkat rendah di Kementerian Kewangan bernama Mr I (bukan nama sebenar).

Ketika era reformasi itu, saya bertugas di salah sebuah agensi kerajaan di Jalan Duta, Kuala Lumpur. Satu hari, Mr I yang berbadan agak gempal dan berperwatakan lembut itu hilang selama beberapa hari. Beberapa hari kemudian dia muncul di kantin Kementerian Kewangan dan berkata dia ditahan polis kerana disyaki terlibat menyokong gerakan pro-Anwar yang baru dipecat ketika itu. Dia juga berkata polis menawarkan sejumlah wang kepadanya (saya sudah lupa jumlahnya) jika dia mengaku diliwat Anwar. Suatu hari kerana hilang sabar kerana asyik diminta membuat pengakuan palsu, dia melondehkan seluar dalamnya kepada polis dan memekik, "Apa...kau orang ingat aku tak da k**e ke sampai nak serah buntut kat orang!". Akhirnya Mr I dibebaskan tanpa mendapat pengakuan dia diliwat.

Saya tidak tahu sama ada Mr I ada menokok tambah untuk menyedapkan ceritanya. Tapi apabila Azmin berkata dia juga dipaksa mengaku diliwat, saya teringat kepada Mr I. Dan sampai sekarang, saya percaya dengan ceritanya.

Entah berapa ramai lagi yang dipaksa polis mengaku diliwat Anwar tapi tidak mendedahkannya, sebelum mereka menemui Azizan dan Sayfool? - pendikargunung


Azmin pernah diugut polis supaya mengaku diliwat Anwar
Oleh M Faqih

MACHANG: “Saya pernah diugut polis supaya mengaku pernah diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditahan pada 16 September 1998," kata Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Mohamed Azmin Ali.

“Pegawai polis meminta saya menandatangani surat mengakui diliwat. Saya diugut akan ditahan di bawah ISA selama 20 tahun kalau tidak mahu menurut kehendak mereka,” katanya pada ceramah isu semasa di padang Majlis Daerah Machang malam tadi.

Menurutnya, beliau tidak sanggup untuk menurut kehendak mereka sehingga didera begitu rupa ketika dalam tahanan.

Malah katanya, ketika itu dua lagi kenalan rapat dengan Anwar iaitu Dr Munawar dan Sukma juga diminta membuat pengakuan serupa bagi mengaibkan bekas Timbalan Perdana Menteri terbabit.

Menurutnya, beliau hanya dibebaskan Mahkamah Tinggi kemudiannya selepas didapati tahanannya dilakukan secara salah.

“Tidak lama kemudian hakim yang membebaskan saya telah ditukar ke negeri lain,” katanya di hadapan ribuan penduduk tempatan yang memenuhi segenap ruang padang.

Oleh itu, Azmin yang juga anggota parlimen Gombak berkata, versi kedua dakwaan liwat terhadap Anwar dipercayai mempunyai elemen-elemen yang serupa pernah dilaluinya lebih 10 tahun lalu.

“Apa yang Umno lakukan sekarang hanya mengulangi kembali tragedi yang pernah dilakukan Hitler dan Lenin bagi mematikan karier politik musuh mereka dengan dakwaan seks.

“Fitnah seks yang digunakan secara berleluasa pemimpin Jerman tersebut bagi menghalang kebangkitan musuh politik mereka,” katanya.


3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

rakyat malaysia sekarang makin bijak menilai penipuan UMNO dan BN

Tanpa Nama berkata...

Agaknya penulis skrip Liwat 2 ini sama dgn penulis skrip Liwat 1. Pengarahnya pun sama.

1. Tuduhan liwat

2. Pembantu peribadi

3. Kondominium

4. Pembicaraan dan laporan menipu dlm akhbar kawalan UMNO.

Martoiriat berkata...

Pembicaraan yg tidak adil dan berat sebelah terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim, semakin nampak isu ini sengaja direka2kan oleh Najib dan kuncu2nya. Jawabnya kes ini palsu semata2 hanya nak sekat kemaraan Anwar dlm politik.
Utk menghalang Anwar, terpaksa upah budak bahalol mengaku diliwat supaya imej Anwar tercemar dimata rakyat.
Bagi pandangan saya, isu ini sengaja direka dan dicipta utk menghalang Anwar mara dlm politik bersama2 PR. Jika benar Anwar meliwat kenapa tidak dibicarakan beliau diMahkamah Syariah.
Rakyat sekarang bukannya bodoh dan menerima tuduhan pada Anwar membabi buta. Tuhan telah berikan kita akal utk kita nilaikan samada benar atau fitnah. Jadi bagi saya, buatlah apa saja terhadap Anwar, tapi saya begitu yakin 100 peratus Anwar tidak sejahat itu. Saya tetap menyokong Anwar..