15 Jan 2010

Tiada Tuduhan Terhadap Dr Pornthip (updated)

Mahkamah Koroner dimaklumkan pakar patologi Thailand yang dilantik Kerajaan Selangor, Dr Pornthip Rojanasunad tidak melakukan sebarang kesalahan berhubung dakwaan berlaku kebocoran hasil laporan bedah siasat kedua.

Perkara itu dinyatakan peguam mewakili pejabat Peguam Negara, Tan Hock Chuan kepada Koroner Azmil Muntapha Abas dalam inkues kematian Teoh Beng Hock hari ini.

"Kertas siasatan telah diserahkan kepada pejabat AG dan peguam negara, Tan Seri Abdul Gani Patail meminta saya mengumumkan bahawa Dr Pornthip tidak melakukan sebarang kesalahan.

"Tidak ada tuduhan yang akan dibuat terhadap Dr Pornthip," katanya.

Menurutnya, polis juga mendapati Dr Pornthip tidak melakukan sebarang kesalahan.

Kontroversi ini timbul selepas pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Raub Ghani membuat laporan terhadap saksi penting dalam inkues itu pada 1 Januari lalu.

Raub membuat laporan berhubung satu artikel dalam akhbar PKR 'Suara Keadilan' yang memetik seorang pegawai kementerian kesihatan bahawa Dr Pornthip telah mengesahkan bahawa Teoh telah dibunuh.

Keluarga Beng Hock mempersoalkan tindakan Raub yang membuat laporan polis terhadap Dr Pornthip dan kemudiannya memfailkan permohonan menghina mahkamah terhadap pegawai SPRM itu. Permohonan tersebut sedang didengar di hadapan Azmil hari ini.

Mantan Setiusaha politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock, ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam selepas dia memberi kenyataan sebagai saksi dalam siasatan dakwaan salahguna peruntukan ADUN di Selangor, di pejabat SPRM di tingkat 14 bangunan yang sama pada 16 Julai tahun lalu.

Sementara itu, berlaku perang mulut antara penguam mewakili keluarga Teoh, Karpal Singh dengan peguam mewakili SPRM, Datuk Abdul Razak Musa berhubung permohonan membawa tuduhan menghina mahkamah terhadap Raub. -TVS



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kalau begitu maklumat dr pornthip adalah tepat

Tanpa Nama berkata...

Mahkamah di Malaysia ni takut Dr Pornthip bawa kes tu ke Mahkamah Antarabangsa.