10 Jan 2010

Saifuddin Ganti Salehuddin Sebagai Setiausaha Agung PKR

Tahniah Saifudin, Terima Kasih Datuk Saleh

Saya mengucapkan tahniah kepada Sdr Saifudin Nasution yang baru malam tadi dipilih sebagai Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat bagi menggantikan Dato’ Saleh yang telahpun meletakkan jawatan.

Tugas yang digalas sdr Saifudin bukanlah mudah kerana beliau juga harus menumpukan perhatian serta membahagikan masa sebagai ahli parlimen. Inshaallah beliau akan melaksanakan amanah ini sebaik mungkin.

Saya mengambil kesempatan ini untuk menyatakan rasa penuh penghargaan kepada sahabat saya Dato’ Salehuddin Hashim yang telah berkhidmat cemerlang selama 6 tahun. Segala jasa dan bakti tidak akan kami lupakan.

ANWAR IBRAHIM

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aikkk...takda komen pulak!??

Tanpa Nama berkata...

tahniah pkr
tahniah saifuddin yg dilantik sebagai S/U Agong PKR yg baru

perlantikan Saifudddin diterima oleh kebykn pemimpin tertinggi dan ahli2 pkr ...

tak seperti S/U Agong kami .. dari PAS, stopa ali..

yang hanya memenuhi citrarasa Presiden tetapi tak mendpt dokongan dan sokongan dari pemimpin tertinggi dan akar umbi pas... :(