22 Jan 2010

Nasib Hassan Ali & Khalid Samad. Bagaimana?

Dua pemimpin PAS Selangor yang “bertembung” sejak lebih setahun lalu iaitu Datuk Dr Hasan Ali dan Khalid Samad diperlukan untuk hadir secara fizikal petang ini sebelum penghakiman dibuat.

“Selepas meneliti segala dokumen, kami mahu kedua-dua mereka hadir (di hadapan Jawatankuasa Disiplin) sebelum keputusan diumumkan,” kata Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Kata beliau pihaknya sudah menghubungi kedua-dua Hasan dan Khalid sebentar tadi.

“Tetapi setakat ini (2 petang) belum ada kepastian sama ada mereka akan hadir ataupun tidak... kamu menunggu respons mereka dulu,” kata beliau semasa dihubungi sebentar tadi.

Jawatankuasa itu yang dijadual membuat keputusan hari ini bersidang sejak 10 pagi.

Hasan merupakan Pesuruhjaya PAS Selangor manakala Khalid merupakan bekas timbalannya.

Hasan berhadapan dengan tuduhan membuat kenyataan yang merugikan Pakatan Rakyat dan sebagai Exco Kerajaan Negeri sepatutnya menggunakan saluran rasmi untuk melahirkan rasa tidak puas hati.

Tuduhan ini dirujuk kepada kenyataan beliau mengenai Selcat dan pelantikan pemangku pengurus besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor awal tahun lalu.

Dalam pada itu Khalid, yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam dan ahli Parlimennya berhadapan dengan tuduhan mempertikaikan Hasan sebagai pesuruhjaya PAS Selangor dengan membuat kenyataan terbuka meminta beliau dipecat.

Selain itu Khalid juga dikenakan tuduhan mendedahkan maklumat mesyuarat perhubungan kepada publik.

Jawatankuasa Disiplin menyiasat mereka selepas PAS mengadakan mesyuarat khas Nov lalu ekoran gesaan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar diadakan muktamar agung khas.

Pada akhir bulan lalu awatankuasa disiplin PAS mengesahkan pihaknya sudah mengenal pasti adanya kes kukuh terhadap Hasan dan Khalid.

Khalid dan Hassan masing-masing telah dipanggil menghadap anggota jawatankuasa disiplin pada 7 dan 9 lalu.

Jika disabitkan kesalahan boleh merayu kepada jawatankuasa pusat dan majlis syura ulama. -MI

Ulasan GB

GB akan ulas selepas keputusan diumumkan.

Pelik betul Jaaatankuasa Disiplin ni, itu saja yang dapat GB utarakan setakat ini.


3 ulasan:

sb dehlawi berkata...

tunda lagi daa...29 jan. lemahnya hakim pas tuh.

Tanpa Nama berkata...

hasan ali tak wajar berada dalam Pas, pendirian berbeza dengan majoriti.

kangmadi berkata...

sepatutnya bukan org dkm jadi hakim,kita punya ramai lagi ahli yg cerdik yg tak berjawatan dlm parti yg boleh menguruskan hal displin parti.apa kurang nya perlembagaan parti hingga susahnya nak buat keputusan hasil siasatan?